SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Al-Fatihah, Blogger Pembela Negara Yang Gambi Meninggal Dunia Di Hospital Tg.Ampuan Afzan ..

Dunia media baru Pahang semalam kehilangan seorang pejuang siber pro-UMNO iaitu Blogger Yang Gambi nama sebenarnya Abdul Aziz Baharom. Beliau dipercayai menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.10 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan akibat jangkitan kuman paru-paru. Beliau yang merupakan seorang blogger penyokong kuat Blogger Pembela Negara (BPN) pergi ke rahmatullah ketika berusia 56 tahun dan jenazahnya telah dikebumikan di kampung halaman beliau di Felda Keratong 2. Sebagai makluman Yang Gambi adalah blogger yang banyak membela kerajaan terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan felda selama ini. Namun, ketika perjuangan beliau itu ada juga keluhan dan perasaan terkilan yang beliau ajukan akibat sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO BN yang memandang sepi masalah kebajikan mereka selama ini. Perjuangan mereka seolah-olah langsung tidak dihargai, banyak janji-janji untuk membela mereka hanya sekadar omongan kosong belaka. Malah, beliau juga banyak terlibat dalam agenda perubahan di bumi Pahang sebenarnya.



Kekuatan semangat untuk beliau menulis menyebabkan dia sanggup membuat posting empat hari sebelum menghembuskan nafasa terakhirnya. Posting beliau yang bertajuk "Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat". CMK merasa, UMNO Pahang kehilangan seorang penulis siber yang cukup digeruni oleh kawan dan lawan. Malah, CMK secara peribadi menghormati arwah Yang Gambi, malah blognya juga dilinkkan di laman blog CMK ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin.

0 Komen Artikel Ini: