SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Jadi Pembentang Kertas Kerja Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan Di Hotel Green Park

CMK ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dibawah pimpinan Ustaz Nasharuddin Hassan atas kesudian mengundang CMK sebagai salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Hotel Green Park Temerloh pada 15 Januari ini. Dalam sejarah lebih 11 tahun berkecimpung dalam dunia blogger inilah kali pertama CMK diberi penghormatan untuk menyampaikan kertas kerja dalam seminar seperti ini. Memang sudah lama bercita-cita untuk berkongsi idea dan maklumat tentang media baru sebenarnya, namun tidak kesampaian. CMK berkali-kali mencari peluang yang manakah paling sesuai untuk menyuarakan pandangan tentang kepentingan blog dalam memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Namun ruang yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya. Maka itulah, kepercayaan yang diberikan oleh Dewan Pemuda PAS ini dianggap sebagai satu peluang terbaik untuk CMK berkongsi maklumat dan pandangan tentang perkara ini. CMK diberika tajuk "Blogger Dan Isu Semasa" dalam program itu nanti. Apapun, CMK ucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas daya usaha mengadakan program seperti ini. Ia mungkin akan menjadi pemangkin kepada kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti hendaknya.

0 Komen Artikel Ini: