SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sibuk Memenuhi Undangan Ceramah Umum PAS, Terkini Bersama Salehuddin Ayub Di Putra Balok

Nampaknya mutakhir ini semakin banyak tawaran ceramah yang telah CMK terima terutamanya daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terkini, CMK akan berceramah sepentas dengan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu YB Salehuddin Ayub di Putra Balok pada 11 Januari ini. Setakat ini CMK telah bersama dengan tiga Naib Presiden PAS iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Felda Bukit Kuantan dan terbaru YB Dato' Hj.Mahfuz Omar di Kompleks Iman Ass-Shafie (KIAS) Kg.Temin Jerantut pada 26 Disember lalu. Apa yang menarik ketika di Madrasah Al-Husna, Pekan pada 25 Disember lalu bilamana CMK dapat berceramah sepentas dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah iaitu YB V.Sivakumar. Sambutan sungguh menggalakan, tambahan pula CMK menggunakan teknik baru menggunakan slide projector sama seperti yang dilakukan oleh Ustaz Yusof Embong (Timbalan YDP PAS Pahang) dan Ustaz Suhaimi Saat (Ketua Pemuda PAS Pahang) sebelum ini. Apa yang menarik, ia sungguh berkesan terutamanya apabila membuat persembahan bergambar. Di samping orang ramai mendengar apa yang diperkatakan mereka juga boleh melihat sendiri gambar-gambar yang berkaitan. Ia memberi kesan yang cukup mendalam di hati masing-masing. Malah, CMK turut mendapat jemputan untuk berceramah semula di kawasan Pekan iaitu di Felda Chini 2 pada 4 Feb bersama Chegubard (Badrul Hisam Shahrin). Ada juga jemputan lain di Gancong yang akan CMK tetapkan tarikhnya kemudian. Di Jerantut, CMK turut akan menyampaikan ceramah di Pulau Tawar tidak lama lagi. Sunguh teruja kerana berceramah di kampung asal dan tempat lahirnya pahlawan Mat Kilau dan Tok Gajah. Apapun, semoga perjuangan lebih bertenaga lagi selepas ini hendaknya.

0 Komen Artikel Ini: