Pertamanya, CMK mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh rakyat terutamanya mereka yang mengenali atau yang menyokong CMK selama ini. Ternyata, lembayung 2010 telah CMK tinggalkan dengan berbagai episod suka duka dan pahit manis. Semuanya itu memantangkan lahi hasrat murni dan semangat untuk meneruskan perjuangan nenek moyang Mat Kilau dan Tok Gajah. Tahun 2010, cukup manis buat CMK kerana buat pertama kali dalam sejarah apa yang diperjuangkan oleh CMK telah disiarkan dalam hampir kesemua media arus perdana termasuk juga TV. Malah, cerita CMK membela tanah rizab surau yang diceroboh dekat Indera Mahkota Kuantan itu disiarkan secara eksklusif selama dua hari berturut-turut dalam siaran Buletin Utama TV3. Bayangkan, CMK yang dikenali cukup lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan UMNO BN akhirnya diberi ruang sebegitu rupa. Malah, RTM turut membuart siaran isu yang sama hingga akhirnya kes tersebut berjaya selesai dengan jayanya. Satu pengorbanan terhadap perjuangan untuk rakyat. Banyak lagi isu-isu rakyat terutamanya di negeri Pahang telah diperjuangkan. CMK juga banyak terlibat membela rakyat dalam isu-isu semasa selepas itu. Banyak laporan polis dan sidang media yang telah dibuat berhubung perkara berkenaan. Anehnya, banyak laporan yang dibuat bagaikan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Setakat hari ini, CMK langsung tidak nampak yang mana satukah siasatan telah dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Apapun, CMK harapkan tahun 2011 ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan akan datang. Perjuangan akan diteruskan dalam apa jua keadaan sekali pun. Salam
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan