Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir bila-bila masa dari sekarang. Semua pihak khabarnya sudah pun bersedia, tetapi sejauh mana tahap persediaan masih tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas ialah parti UMNO sudah pasti mempunyai kelebihan kerana mereka berkuasa di peringkat pusat dan hanya Presiden parti itu saja yang tahu bilakah tarikhnya parlimen akan dibubarkan. Bagi lain-lain parti terutamanya pembangkan mereka terpaksa menunggu dan terus menanti hingga saatnya tiba. Kini, semua parti telah menghantar senarai nama calon-calon untuk dipertandingkan pada PRU-13 itu nanti. Di pihak pembangkang, pengagihan kerusi di Pahang nyata masih dalam perbincangan lagi. Malah ada beberapa kerusi panas kini masih menjadi rebutan antara mereka. Itu belum lagi termasuk pertukaran yang dibuat terhadap kerusi-kerusi yang sedia ada kepada parti terbabit. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah kini nampaknya ada dikalangan mereka yang tersenarai sebagai calon telah mula berkempen ke sana sini seolah-olah berita pemilihan itu sudah diketahui. Padahal ada beberapa nama yang turut tersenarai untuk dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. Perbalahan dan sikap tidak puas hati antara sesama mereka mungkin berlaku jika senario ini gagal dibendung. Apapun, mereka harus membuat percaturan yang bijak jika mahu menang lebih banyak kerusi di Pahang nanti. Ramai juga yang bertanya, apakah CMK akan meneruskan hasrat bertanding pada PRU-13 nanti?. Buat masa ini, keputusan untuk bertanding masih diteruskan dan CMK sudah mencongak beberapa buah kerusi popular untuk berbuat demikian jika perancangan ini diteruskan. Soal bertanding atas tiket parti apa itu tidak menjadi halangan, kerana pada masa ini CMK juga memang ada menerima pelawaan dan tawaran daripada pihak tertentu untuk dipilih mewakili parti masing-masing.
Jika dilihat kepada keputusan terkini survey rakyat yang dibuat dalam blog ini DUN Semambu masih menjadi kawasan popular untuk CMK tandingi dengan mendapat 31% undian setakat ini. Sementara itu DUN Pulau Tawar (18%), DUN Teruntum (11%), DUN Chenor (11%), DUN Kemayan (7%) dan DUN Kuala Sentul (4%). Semua kawasan ini adalah sinonim dalam hidup CMK sebenarnya. Jika keputusan survey ini dituruti maka tiga DUN teratas ialah DUN Semambu, DUN Pulau Tawar, DUN Teruntum dan DUN Chenor. Empat kawasan ini punyai kesan mendalam dalam hidup CMK sebenarnya. Ini kerana DUN Semambu merupakan tempat tinggal, mengundi dan bersosial pada masa ini. Manakala DUN Pulau Tawar pula begitu sinonim dengan darah perjuangan pahlawan Melayu Pahang dan kampung asal keluarga CMK (sebelah ayah). Sementara DUN Teruntum pula adalah tempat CMK sering jalankan aktiviti (events) ketika terlibat dengan dunia hiburan (DJ Radio) dan akhir sekali DUN Chenor adalah tempat perjuangan arwah ayahanda CMK dan CMK dibesarkan. Semua kawasan ini adalah menjadi lokasi pilihan untuk CMK tawarkan diri bertanding jika diizinkan. Soalnya, apakah ada ruang untuk CMK meneruskan hasrat ini atau ia mungkin akan berkubur begitu saja. Manusia hanya merancang tetapi segalanya Allah yang akan menentukan.

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan