Dua tahun yang lalu iaitu tanggal 11 Februari 2013, CMK telah membuat satu keputusan drastik iaitu mengundur diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti yang CMK wakili semasa bertanding di Pilihanraya Umum Ke-12 bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera pada tahun 2008 dulu. Tindakan itu bukanlah kali yang pertama, kerana pada tahun 2004 beberapa hari menjelang Pilihanraya Umum ke-11, CMK dan KeAdiLan bahagian Paya Besar telah keluar dari PKR gara-gara krisis mempertahankan Lokman Nor Adam yang ketika itu dipecat daripada parti selepas kontroversi beliau dengan Ezam Md Noor. Ketika itu nama CMK diwar-warkan menjadi calon Parti Keadilan Nasional (PKN) bagi DUN Lepar. CMK undur diri dan memberi ruang kepada calon PAS bertanding di kerusi itu (Ustaz Rosli Jabar). CMK, Lokman Nor Adam dan kepimpinan PKN Paya Besar telah dibawa mengadap MB Pahang (Dato' Sri Adnan Yaakob) dan kemudian Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Pekan ketika itu. Sempat menjamu selera bersarapan pagi (nasi lemak zaman) dengan Najib, Rosmah Mansor serta anak-anaknya selama lebih kurang 45 minit. Kecoh dibuatnya selepas sidang media dan keluar di dada-dada akhbar. Ramai yang menyangka CMK akan bersama UMNO selepas keluar dari PKN. Selang beberapa tahun, CMK masih tetap dengan perjuangan rakyat. Tohmahan mengatakan CMK mendapat habuan bernilai jutaan ringgit selepas keluar PKN meleset. Akhirnya CMK ambil keputusan kembali sertai KeADILan yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas itu. CMK ambil keputusan sertai semua PKR (2007) beberapa tahun selepas keluar parti kerana kecewa dengan tindakan Lokman Nor Adam yang tiba-tiba bertindak sertai UMNO mengikut jejak langkah Ezam Md Noor. CMK hairan dengan politik beliau, dia yang beriya-iya berjumpa CMK dan mahu dirinya dibela selepas dipecat dari parti tiba-tiba duduk pula semeja dengan Ezam. Padahal ketika CMK membela beliau, isu utamanya ialah kerana kes Ezam. Dia dedahkan banyak fail Ezam kepada Najib hingga menyebabkan Ezam gagal untuk berlawan dengan Najib di Parlimen Pekan ketika itu. Bila Lokman kembali bersama Ezam, CMK terfikir dia tidak jujur dalam perjuangan. Dia marah bila CMK tidak kembali kepada parti UMNO.
Menjadi Calon PKR Pada Pilihanraya Umum Ke-12
Akhirnya pada tahun 2008, CMK ditawarkan untuk bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. CMK bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Pengerusi PKR Pahang ketika itu iaitu Zakaria Abd Hamid. Ramai yang tidak yakin CMK akan teruskan perjuangan biar pun menjadi calon PKR pada PRU-12 itu. Tambahan pula dalam tempoh sehari dua berkempen, begitu ramai "parasit-parasit" yang datang berjumpa CMK untuk menawarkan habuan tertentu supaya menarik diri dari bertanding. Malah, pada malam terakhir (hari ketiga) jumlah tawaran hampir mencecah RM1 juta. Namun, CMK tetap teruskan perjuangan hingga mengecewakan sebahagian daripada mereka yang amat berharap CMK undur diri. Walau bagaimana pun CMK tewas kepada calon BN pada pilihanraya itu. Selepas itu barulah pihak-pihak yang selama ini tidak yakin dengan perjuangan CMK mula ambil perhatian. Cuma CMK agak terkilan kerana selepas PRU-12, langsung tidak dipanggil oleh kepimpinan parti di Bera untuk CMK turun berceramah di kawasan itu. Mungkin mereka terlupa atau terlepas pandang agaknya. Mujurlah PAS Kawasan Bera ada mengundang CMK dalam majlis mereka.
Tahun 2010-2011, Mula Naik Ke Pentas Ceramah
Pada tahun 2010 dan 2011 barulah CMK turun ke pentas ceramah di seluruh negeri Pahang, itu pun atas pentas parti PAS. CMK sempat berceramah dengan beberapa orang kepimpinan PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan yang lainnya. Malah CMK juga sempat bersama bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar dan ramai lagi. PAS banyak membuka ruang untuk CMK turun ke pentas ceramah. Ceramah terakhir yang CMK sertai ialah pada penghujung bulan Disember 2011 yang lalu iaitu ketika bersama Profesor Dr.Aziz Bari di Pontian, Johor. CMK tidak kekok untuk berceramah, walau pun sudah lama tidak berbuat demikian. Namun, kemahiran itu tetap ada kerana CMK adalah bekas Juruhebah dan Pengacara semasa di RTM Pahang dulu. Di samping ceramah, PAS juga telah mengundang CMK untuk berbicara soal blog dan media baru di Temerloh. CMK sempat bersama dengan Ustaz Nik Abduh (Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub dalam program tersebut. Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tahun lalu, CMK berada dalam dilema untuk membantu pihak mana berkempen. Namun akhirnya, CMK memilih menjadi team media PAS atas pelawaan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Walau bagaimana pun timbul isu panas ketika itu apabila CMK dikatakan akan menyertai UMNO dihadapan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program di sana. Tambahan pula CMK dilihat sering berada di Bilik Gerakan BN ketika itu. Heboh cerita pasal CMK hilang beberapa hari dan akan muncul untuk membuat pengumuman menyertai UMNO beberapa hari sebelum waktu pengundian. Namun akhirnya CMK buktikan masih setia pada perjuangan.
CMK terfikir untuk meninggalkan PKR bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana pihak sebenarnya. Walau pun tuduhan itu dilontarkan kepada CMK namun ianya tetap tidak menghalang CMK untuk terus setia kepada perjuangan rakyat. Tindakan undur diri daripada PKR terpaksa diambil selepas berlaku krisis dalam pemilihan PKR 2010 (hanya mereka yang tahu sahaja boleh mengingatinya). CMK dituduh berpihak kepada kumpulan tertentu dan memusuhi kumpulan tertentu, sedangkan hakikatnya CMK bersikap neutral dengan sesiapa sahaja. Tuduhan paling berat apabila ada yang mengatakan CMK adalah "kempen manager" calon Timbalan Presiden iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Akibat tuduhan melulu dan mengambil kira CMK tidak mahu berbalah dengan sesiapa di dalam parti, maka akhirnya CMK mengambil keputusan meninggalkan PKR. Berita tersebut CMK siarkan di blog, namun tiba-tiba pada 27 November 2011 akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita CMK Keluar PKR iaitu beberapa bulan lebih awal daripada keputusan yang sepatutnya CMK buat. Heboh dibuatnya, dan ramai yang menuduh CMK pengkhianat dan sudah dibeli. Ada yang menghubungi CMK bertanyakan berapa banyak wang yang CMK terima. Mereka menuduh berbagai-bagai terhadap CMK, hingga akhirnya CMK terpaksa ambil keputusan untuk saman Utusan Malaysia gara-gara kenyataan tidak benar yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit.
CMK tegaskan, keluar PKN 2004 bukan kerana mahu sertai UMNO tetapi kerana kecewa dengan Ezam Md Noor. Akhirnya, CMK kembali sertai PKR melalui Fuziah Salleh, Ketua Bahagian Kuantan ketika itu. Kemasukan CMK ditentang oleh ramai pimpina PKR termasuk beberapa kepimpinan bahagian terbabit. Namun, segalanya dibuktikan bila CMK tetap meneruskan perjuangan bersama rakyat walau pun penuh kontroversi. Rumah CMK telah digeladah polis pada Disember 2007 akibat beberapa tulisan yang mengancam keselamatan negara katanya. Pintu dipecah dan CMK telah disoal siasat oleh pihak polis di IPD Kuantan. Apapun CMK akhirnya dibebaskan, mujurlah CMK tabah menghadapi segalanya. Berita penangkapan CMK telah disiarkan di dalam banyak blog dan termasuk juga akhbar Suara Keadilan. Ramai yang terkejut dengan apa yang terjadi itu.
Menjadi Calon PKR Pada Pilihanraya Umum Ke-12
Akhirnya pada tahun 2008, CMK ditawarkan untuk bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. CMK bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Pengerusi PKR Pahang ketika itu iaitu Zakaria Abd Hamid. Ramai yang tidak yakin CMK akan teruskan perjuangan biar pun menjadi calon PKR pada PRU-12 itu. Tambahan pula dalam tempoh sehari dua berkempen, begitu ramai "parasit-parasit" yang datang berjumpa CMK untuk menawarkan habuan tertentu supaya menarik diri dari bertanding. Malah, pada malam terakhir (hari ketiga) jumlah tawaran hampir mencecah RM1 juta. Namun, CMK tetap teruskan perjuangan hingga mengecewakan sebahagian daripada mereka yang amat berharap CMK undur diri. Walau bagaimana pun CMK tewas kepada calon BN pada pilihanraya itu. Selepas itu barulah pihak-pihak yang selama ini tidak yakin dengan perjuangan CMK mula ambil perhatian. Cuma CMK agak terkilan kerana selepas PRU-12, langsung tidak dipanggil oleh kepimpinan parti di Bera untuk CMK turun berceramah di kawasan itu. Mungkin mereka terlupa atau terlepas pandang agaknya. Mujurlah PAS Kawasan Bera ada mengundang CMK dalam majlis mereka.
Tahun 2010-2011, Mula Naik Ke Pentas Ceramah
Pada tahun 2010 dan 2011 barulah CMK turun ke pentas ceramah di seluruh negeri Pahang, itu pun atas pentas parti PAS. CMK sempat berceramah dengan beberapa orang kepimpinan PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan yang lainnya. Malah CMK juga sempat bersama bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar dan ramai lagi. PAS banyak membuka ruang untuk CMK turun ke pentas ceramah. Ceramah terakhir yang CMK sertai ialah pada penghujung bulan Disember 2011 yang lalu iaitu ketika bersama Profesor Dr.Aziz Bari di Pontian, Johor. CMK tidak kekok untuk berceramah, walau pun sudah lama tidak berbuat demikian. Namun, kemahiran itu tetap ada kerana CMK adalah bekas Juruhebah dan Pengacara semasa di RTM Pahang dulu. Di samping ceramah, PAS juga telah mengundang CMK untuk berbicara soal blog dan media baru di Temerloh. CMK sempat bersama dengan Ustaz Nik Abduh (Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub dalam program tersebut. Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tahun lalu, CMK berada dalam dilema untuk membantu pihak mana berkempen. Namun akhirnya, CMK memilih menjadi team media PAS atas pelawaan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Walau bagaimana pun timbul isu panas ketika itu apabila CMK dikatakan akan menyertai UMNO dihadapan Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program di sana. Tambahan pula CMK dilihat sering berada di Bilik Gerakan BN ketika itu. Heboh cerita pasal CMK hilang beberapa hari dan akan muncul untuk membuat pengumuman menyertai UMNO beberapa hari sebelum waktu pengundian. Namun akhirnya CMK buktikan masih setia pada perjuangan.
Semasa kes liwat II timbul, CMK telah dikaitkan terlibat dengan blog Pahang Daily Online kononnya menfitnah Saiful Bukhari Azlan dalam isu sakit yang dihidapinya selepas melakukan sumpah laknat. CMK telah ditahan selama 8 jam oleh pihak polis dari Bukit Aman. Selepas di soal siasata akhirnya CMK dibebaskan. Pengalaman itu sungguh mendebarkan dan CMK telah jadikan sebagai pengajaran yang amat berguna sekali. Artikel panas berkaitan Saiful kemudian telah ditarik balik oleh blog terbabit pada awal tahun 2011 yang lalu. Laporan berkiatan kes tersebut telah disiarkan oleh kesemua media arus perdana. CMK sendiri telah ditemubual oleh Sinar Harian dan laporannya telah disiarkan di muka depan akhbar terbabit (Nasional). Apapun, CMK memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas kes yang berlaku ini. Semuanya tidak mematahkan semangat CMK untuk teruskan perjuangan bersama rakyat.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan