SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Penangan "Mat Sabu", Buatkan Orang UMNO Kini Tidak Dapat Duduk Diam Dan Makin Gila Meroyan

Penangan Mat Sabu dengan isu Mat Indera dan Bukit Kepongnya menyebabkan nama Timbalan Presiden PAS itu kini lebih popular daripada mana-mana pemimpin politik di Malaysia sekarang. Apa tidaknya, sudah hampir dua minggu isu ini dimainkan oleh media arus perdana kononnya untuk kaitkan perjuangan parti PAS dengan komunis. Gara-gara isu itu juga, kini semakin banyak laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu. CMK pada awalnya melihat kesalahan terletak di tangan Mat Sabu kerana memainkan isu ini tidak kena pada tempatnya. Namun, bila dikaji semua ternyata isu ini sengaja ditimbulkan oleh media arus perdana tajaan parti UMNO bagi tujuan untuk menjatuhkan maruah serta imej PAS itu sendiri. Ucapan yang dibuat oleh Mat Sabu dalam satu ceramahnya di Pulau Pinang telah dijadikan isu kontroversi yang kini semakin panas. Persoalannya, kenapa media arus perdana mengambil berat atas ucapan yang dibuat kepada penyokong PAS oleh Mat Sabu itu?. Bukankah banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat oleh mereka daripada merakamkan segala ucapan pemimpin pembangkang dalam ceramah-ceramah umum yang dijalankan oleh mereka di seluruh negara. Ucapan Mat Sabu itu hanyalah untuk kelompok kecil penyokongnya sahaja. Mungkin juga dianggarkan sekitar 500 hingga 1,000 orang atau lebih sikit dari itu. Maknanya isu ini tidak akan mempopularkan Mat Sabu jika media arus perdana tidak memainkannya. Namun, kerakusan mereka memainkan isu menyebabkan nama Mat Sabu jadi tersohor seantero dunia sekarang. Paling menarik, Mat Sabu telah mengemukakan fakta dan dokumen berkaitan terhadap ucapannya. Biarpun, buku yang dikemukakan itu dianggap terlalu lemah oleh sesetengah pihak namun hakikatnya buku itu tidak pernah diharamkan oleh Kerajaan Negeri Johor. Malahan, Menteri Besar Johor, Abd Ghani Osman sendiri telah menukilkan ucapan aluannya dalam buku tersebut. Maknanya, buku itu yang dirujuk oleh Mat sabu adalah fakta sejarah yang tidak wajar diubah. Atas nama kebenaran, kita harus menerima semua ini tanpa prejudis. Jika mahu dipertikaikan penulisnya, maka kenapa sebelum ini tidak dipertikaikan?. Kenapa selepas Mat Sabu mengeluarkan kenyataannya barulah perkara ini mahu dijadikan pertikaian. Nampak benar isu ini telah "makan tuan" dan UMNO kini terkena akibatnya. Oleh itu, rakyat perlu bijak menilai siapakah pejuang dan siapakah pentualang dalam menuntut perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita ini sebenarnya. Banyak fakta sejarah perlu dikaji semula dan kebenaran perlu diterjemahkan. Tidak guna terus memomokkan dakwaan kononnya hanya pemimpin UMNO sahaja yang berjuang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya mereka yang bermati-matian turut sama berjuang itu dipinggirkan dari sejarah kemerdekaan negara kita.

0 Komen Artikel Ini: