SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Ringlet: ANGKARA Gesa Kerajaan Dengar Suara Rakyat Sebelum Buat Apa Jua Pembangunan Yang Berisiko !


KUANTAN, 23 Okt - Tragedi banjir lumpur yang melanda Ringlet, Cameron Hihglands awal pagi tadi kemungkinan boleh dielakkan sekirangan Kerajaan Negeri Pahang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), mendengar rintihan dan aduan yang dikemukakan oleh rakyat. Namun, dek kerana kedegilan dan keangkuhan pihak terbabit menyebabkan tragedi seperti ini berlaku sebenarnya. Demikian ditegaskan Penyelaras NGO  Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata berrdasarkan maklumat sahih, sebelum ini sudah ada kes orang asli membantah projek seperti itu. Difahamkan pada 21 Februari 2013 lalu lebih 50 orang asli Cameron Highlands dan Orang Asli Perak telah menyerahkan memo kepada TNB kerana merasakan kehidupan mereka terjejas akibat pembinaan projek pencawang antara Tapah ke Ringlet di Cameron Hihglands. "Saya difahamkan orang asli Pahang juga telah menyerahkan memo berkenaan beberapa kali Menteri Besar di Wisma Sri Pahang sebelum ini. Memo berkenaan telah diserahkan kepada TNB dan MB Pahang iaitu pada 17 November 2012 (MB Pahang), 25 Januari 2013 (TNB dan SUK Pahang). Sebelum itu pada 19 Februari 2013, 75 orang asli dibawah Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Perak telah menghantar memorandum bantahan kepada TNB berhubung projek berkenaan... Namun, kesemua memo tersebut mungkin di pandang sepi oleh pihak berkuasa... Hak rakyat dinafikan dan akhirnya inilah jadinya.. seperti apa yang kita saksikan", kata beliau. Mohd Shukri juga berkata dia amat hairan kenapa pihak berkuasa langsung tidak mahu mendengar suara rakyat.


Jika suara rakyat didengari lebih awal, pasti insiden ini dapat dielakkan 

"Kini, nasi sudah menjadi bubur... akhirnya rakyat menderita dan ada mangsa yang meninggal dunia gara-gara kejadian berkenaan. Saya juga hairan berdasarkan laporan media pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian... Bayangkan dalam tempoh 20 minit dan ketika manusia sedang tidur lena enak dibuai mimpin mana mungkin mereka boleh bersiap sedia begitu cepat untuk menyelamatkan diri. Sepatutnya siren dibunyikan dua atau tiga jam sebelum.. kenapa bila sudah kritikal baru TNB mahu bertindak?", tambah beliau lagi. Justeru beliau amatlah berharap agar pihak berkuasa mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Katanya, kerajaan harus cakna dan mendengar suara rakyat sebelum melaksanakan sesuatu projek yang berisiko tinggi seperti ini di masa akan datang.


[Kerajaan sepatutnya bertindak tegas apabila mendapat aduan daripada rakyat. Jangan terlalu mengejar keuntungan semata-mata hingga mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat itu sendiri. Sebelum ini sudah banyak isu pencerobohan dan penggondolan hutan yang berlaku di Cameron Hinghlands. Namun, apabila dibongkarkan seolah-olah pihak yang berkenaan kebal dari undang-undang. Kemungkinan besar unsur rasuah menyebabkan mereka bertindak demikian. Banyak maklumat daripada penduduk di Cameron Hihglands mengatakan projek begitu mudah dibuat di sana asalnya ada "wang besar" yang boleh dihulurkan kepada pihak-pihak tertentu, walau pun kawasan yang dipohon itu tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri sebenarnya. Apalah gunanya undang-undang jika ia gagal dilaksanakan?. Maka itu, jabatan kerajaan yang berkenaan digesa tidak menutup sebelah mata isu ini. Jangan kerana dapat habuan maka banyak projek yang berisiko diluluskan hingga menjejaskan nama Kerajaan Negeri Pahang sendiri akhirnya. Oleh itu, berhati-hatilah dan dengar suara rakyat. Jangan, bila sudah berlaku.. baru mahu sedar!].

0 Komen Artikel Ini: