KUANTAN, 8 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meneruskan "Misi Bantuan Kemanusiaan" dengan menjejaki serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar daerah ini semalam. Antara kawasan terbabit ialah Perkampungan Cenderawasih, Bukit Setongkol, Perkampungan Sungai Isap, Taman Guru, Taman Sri Damai Indah dan Taman Inderapura. Menurut penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) misi bantuan yang dijalankan adalah secara sukarela dan mereka tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan. "Kami hulurkan bantuan seadaanya, atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa banjir. Biar pun dana tidak mencukupi tapi kami tetap cuba untuk membantu bagi meringankan bebanan mangsa. Operasi yang kami jalankan ialah menyerahkan terus sumbangan kepada mangsa di rumah masing-masing tanpa melalui mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pun parti-parti politik. Kami tidak memilih bulu .. semua mangsa yang dikenalpasti akan ditolong tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Dikala situasi darurat (banjir) seperti ini, semua pihak perlu dibantu... Tidak perlu pilih pihak-pihak tertentu sahaja...". kata Shukri.
Sumbangan kepada mangsa banjir dekat Taman Sri Damai Indah
Sumbangan mangsa banjir dekat Cenderawasih dan Taman Inderapura
Bersama mangsa banjir dekat Bukit Setongkol, Abdul Bashir Abd Ghani
Beliau yang juga salah seorang krew Pahang Daily Online (PDO) di sini berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan dan bantuan dana daripada mana-mana pihak terutamanya para pembaca blog ini. "Jika seorang pembaca menghulurkan sumbangan miniman RM10 seorang pun sudah cukup untuk membantu mangsa-mangsa yang kami kenalpasti.. Oleh itu, saya menyeru pembaca setia PDO untuk sama-sama menyumbang bagi membantu misi kemanusiaan kami (Angkara). Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank CMK Events Management 5560 1105 9285. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan. Semuanya akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang amat memerlukan bantuan itu sekarang", tambah Mohd Shukri lagi.
[Banyak pihak yang ingin menghulurkan sumbangan tetapi terkadang mereka tidak tahu pihak mana yang berbuat demikian. Oleh itu, dengan adanya NGO dan pihak yang berkenaan diharap ia dapat memudahkan urusan berkaitan. Oleh itu, Pahang Daily Online (PDO) menyeru para pembaca setia blog ini yang prihatin dan berhati mulia untuk sama-sama membantu NGO terbabit dalam meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan sekarang ini. Andainya seorang pembaca hulurkan kadar minima RM10 seorang, jika ada 100 pembaca yang berbuat demikian maka NGO terbabit sudah ada RM1,000 untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, hulurkanlah sumbangan anda agar dapat sama-sama membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa yang terlibat]
Sebahagian barangan makanan yang siap sedia untuk disumbangkan

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan