SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

NGO "Angkatan Pembela Rakyat" Rayu Bantuan Dana Kewangan Untuk "Misi Kemanusiaan" Mangsa Banjir !!


KUANTAN, 9 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di sini. Semalam,  mereka menhulurkan sumbangan berupa makanan, tuala, kain batik, kain pelekat dan pakaian terpakai di sekitar kawasan Perkampungan Sungai Isap. Kawasan terbabit merupakan antara penempatan penduduk yang paling teruk terjejas akibat banjir besar yang melanda pada 3 Disember lalu. Menurut Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata beliau dan beberapa orang petugasnya akan terus menhulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir walau pun tidak mendapat sokongan daripada pihak yang sepatutnya. "Kami berusaha sendiri mencari dana demi meneruskan misi kebajikan ini. Kami bergerak sebagai entiti bebas yang pro rakyat dan tidak terikat dengan mana-mana fahaman politik kepartian. Kami tidak menggunakan apa-apa lambang parti politik dan menolong sesiapa sahaja tak kira mereka UMNO, PAS, PKR, DAP atau sebagainya. Cara kami berbeza dengan parti-parti politik yang bergerak dengan lambang parti masing-masing untuk menunjukkan kepada rakyat mereka prihatin dengan masalah ini. Bagi kami, memakai baju berlambang parti menyebabkan pasukan sukarelawan lebih menfokuskan kumpulan masing-masing sahaja... Jika pembangkang mereka akan lebihkan bantuan kepada penyokong mereka, begitu juga jika mereka UMNO BN.. hanya akan hulurkan bantuan kepada penyokong BN sahaja... Ini tidak adil untuk rakyat... Kita tidak perlu ada pemisahan dikala darurat seperti ini.. Kita perlu menolong semua orang tanpa perlu tanya mereka ahli parti apa....Sebab itu kami bergerak bebas tanpa apa-apa lambang parti.. ada juga yang tanya.. sumbangan yang diberikan dari parti apa?. Saya jawab, sumbangan ini adalah dari rakyat yang prihatin dan bukan dari mana-mana parti politik seperti disangka", kata Shukri. 


[Pahang Daily Online (PDO) amat berbangga dengan usaha yang dijalankan oleh NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara). Walau pun NGO terbabit belum dilancarkan secara rasmi namun halatujunya nampak jelas untuk membela rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Malah, pergerakan mereka juga dilihat lebih pro rakyat yang neutral dan bebas. Apapun, dek kerana dana yang diperolehi masih belum cukup untuk bergerak dengan lebih menyeluruh, maka hanya mangsa-mangsa yang dikenal pasti sahaja yang dibantu terlebih dahulu. Justertu, sekali lagi PDO merayu kepada semua pembaca untuk memberikan bantuan dana seminima RM10 seorang kepada NGO terbabit agar boleh melancarkan lagi pergerakan mereka ini. Salurkan bantuan anda ke akaun Maybank 5560 1105 9285 (CMK Events Management). Info lanjut sila SMS, WhatsApp atau WeChat ke talian hotline 012-3854400. Tahniah atas usaha murni yang dijalankan, semoga Allah jua membalasanya. Sokongan diharapkan]. sumber

0 Komen Artikel Ini: