KUANTAN, 9 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa Kerajaan Negeri Pahang tidak "pilih bulu" dalam pengagihan bantuan RM500 kepada mangsa-mangsa banjir seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Semalam, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata Kerajaan akan lebih berhati-hati dalam kaedah penentuan mereka yang benar-benar menjadi mangsa banjir serta layak untuk menerima sumbangan tersebut. Kata Adnan, Kerajaan Negeri Pahang akan menggunakan khidmat ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat termasuk parti-parti politik tunjang Kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) untuk pengesahan. Mengulas lanjut mengenai perkata itu, Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, amatlah tidak wajar bencana banjir dipolitikkan oleh mana-mana pihak baik kerajaan mahu pun pembangkang. "Bagi saya, semua mangsa yang terlibat perlu mendapat hak dan keadilan masing-masing. Tidak kira mereka menyewa atau pun tidak, mereka layak mendapat bantuan RM500 tanpa mengambilkira latar belakang politik masing-masing. Jika perkara ini diserahkan kepada JKKK, KRT, NGO dan Parti Politik yang menjadi tunjang kerajaan, maka sudah pasti birokrasi akan berlaku. JKKK pasti akan pilih hanya penyokong kerajaan (UMNO/BN) untuk dibantu. Ini bakal terjadi dan inilah yang amat menggusarkan saya sekarang. Sepatutnya mana-mana pihak yang tinggal di kawasan yang sudah sah dilanda banjir mereka layak dibantu oleh kerajaan atas dasar kemanusiaan dan darurat. Pihak berkuasa hanya perlu memastikan benarkah mangsa mendiami rumah terbabit pagi mendapat pengesahan. Walau pun mereka menyewa mereka harus diberikan hak, bukan tuan rumah... sebab harta benda yang musnah adalah milik mereka sendiri dan milik tuan rumah", kata Mohd Shukri.
Situasi di pusat pemindahan banjir dekat SUKPA Bandar Indera Mahkota
Inilah dia situasi di pusat pemindahan SRJKC Chung Ching, Tanah Putih
Semalam, Menteri Besar Pahang juga ada berkata kalau seseorang itu benar-benar menjadi mangsa (banjir), disahkan oleh ketua masyarakat di situ walaupun mereka tidak berpindah ke Pusat Pemindahan yang disediakan, namun kerajaan akan tetap memberi sumbangan RM500 itu. "Saya harap, kerajaan kotakan janji itu. Jangan nanti lain pula jadinya. Tanda-tanda ke arah itu berlaku di sana sini sekarang apabila dengan jelas petugas banjir yang telah diamanahkan memilih bulu ketika mengagihkan bantuan yang sepatutnya diberikan. Wujud unsur hanya tolong orang kita ... orang belah sana jangan tolong ... barangan disorok dan ramai mangsa dinafikan hak.. Malah, ada pula mangsa-mangsa banjir yang dilayan umpama pelarian yang tinggal di kem-kem tahanan... hak mereka dinafikan dan macam-macam masalah yang timbulkan.. Kami (Angkara) sudah kumpulkan banyak bukti tetap sikap double standard ini dan akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat. Oleh itu, saya menyeru pihak yang bertanggungjawa terutamanya AJK Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diberi amanah melaksanakan kerja-kerja amal ini dapat melakukannya dengan jujur dan ikhlas. Jangan beza-bezakan mangsa banjir dan cuba membalas dendam kerana tidak menyokong kerajaan pada Pilihanraya Umum lalu. Ini bukan masanya untuk mencampur adukkan urusan politik dengan kemanusiaan. Ini masa untuk kita bersatu membantu mangsa yang amat memerlukan", tambahnya lagi.
Keadaan pusat pemindahan yang tidak selesa buat mangsa cari alternatif lain
Antara barangan keperluan dan makanan yang tedapat di pusat pemindahan
Katanya, beliau tidak teragak-agak akan mendedahkan pusat-pusat pemindahan banjir yang mengamalkan perkara ini dalam masa terdekat. "Segala bukti sudah dikumpulkan dan tiba masanya pasti saya dedahkan", tambahnya. Mengulas lanjut tentang bantuan RM500 oleh kerajaan, Shukri menegaskan bukan masalah mangsa tidak mahu mendaftar di pusat-pusat pemindahan banjir sebenarnya tapi mereka tersiksa akibat layanan buruk dan tidak profesional yang diterima menyebabkan ramai yang mencari jalan lain untuk tinggal di rumah saudara mara atau hotel-hotel bajet di bandar ini. "Mereka sudah hadir ke pusat separuhnya, tapi mereka tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa.. maka itu mereka pindah ke tempat lain yang lebih sesuai. Mereka tetap mangsa banjir dan alami kemusnahan serta kerugian.. Maka itu, hak mereka sebagai mangsa tidak perlu dinafikan.. hanya kerana tidak berada di pusat pemindahan. Bantuan perlu diberikan.,. Ini bukan masanya untuk pilih bulu.. orang aku bagi orang belah sana tak bagi", tambahnya lagi.
[Banyak desas desus menyatakan kelewatan bantuan banjir dihulurkan kepada penduduk di kawasan Kuantan adalah kerana kekecewaan pihak tertentu terhadap rakyat yang memenangkan parti pembangkang di kawasan terbabit. Umum mengetahui, dua kawasan parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar Kuantan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum lalu. Kerusi terbabit ialah Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, mana DUN ialah Semambu, Tanjung Lumpur dan Teruntum. Kesemua kawasan ini adalah kawasan yang paling banyak terjejas akibat banjir yang melanda. Walau pun ada usaha untuk "balas dendam" kerana rakyat tidak menyokong, namun harus diingat yang menjadi mangsa ramai juga terdiri daripada penyokong kerajaan sendiri. Jangan kerana kelemahan ini menyebabkan ramai penyokong kerajaan akhirnya beralih arah menyokong parti pembangkang. Sewajarnya dikala bencana alam seperti ini, semua pihak lupakan dulu hal politik dan membantu semua rakyat tanpa perasaan dendam dan irihati. Jika ini keadaannya, sudah pasti harapan BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan dilihat semakin sukar pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Justeru, berilah layanan adil kepada semua pihak !]. sumber

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan