SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Projek "Spiritual Tourism" Di Gambang, NGO Angkara Gesa Kerajaan Negeri Pahang Saman Syarikat Pemaju

KUANTAN - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan tegas dengan menyaman syarikat pemaju Enchants Acress Sdn Bhd yang telah menipu kerajaan berhubung projek pembinaan sebuah pusat pelancongan kerohanian (Spiritual Tourism) pelbagai agama di Gambang dekat sini. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, syarikat terbabit jelas telah memalukan dan menjatuhkan imej Kerajaan Negeri Pahang di mata dunia, apabila sewenangnya mengatakan projek itu mendapat sokongan padu daripada kerajaan. "Saya hairan, kenapa Kerajaan Negeri Pahang awal-awal lagi tidak mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit... Kenapa selepas sekian lama mereka mengadakan promosi secara besar-besaran barulah ia disedari?. MB Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob pernah mengatakan apa yang telah ditimbulkan selama ini, hanyalah merupakan satu langkah penipuan dan beliau juga difahamkan terdapat usaha mengutip duit bagi tujuan itu. Ini bermakna, sudah ramai yang ditipu dengan projek mega itu.. Kerajaan tidak wajar berdiam diri dalam hal ini. Jika benar syarikat terbabit menipu, bawa mereka ke muka keadilan kerana jelas sekali syarikat ini telah memalukan Kerajaan negeri Pahang ini sebenarnya", kata Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau.


Sementara itu, Adnan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan kelulusan tanah 250 ekar berkenaan kepada syarikat milik Bumiputara iaitu Waras Mekar Sdn Bhd. Pembatalan tersebut ekoran syarikat berkenaan (Waras Mekar Sdn Bhd) tidak juga memulakan projek pembangunan bercampur perumahan dan perkedaian sepertimana dipersetujui, selepas tempoh dua (2) tahun ia diluluskan. Malahan katanya, syarikat terbabit masih tidak menjelaskan bayaran premium tanah seluas 250 ekar yang terletak di Gambang dekat sini, sebanyak RM20 juta sebagaimana syarat-syarat kelulusan. "Saya amat terkejut dengan dakwaan Adnan ini... bagi saya kenapa selepas dua tahun lamanya tidak bayar premium baru kerajaan mahu bertindak. Sepatutnya batalkan terus kelulusan tanah ini sejak awal-awal lagi. Kenapa tidak bertindak dari awal lagi. Jika berlaku kepada orang awam biasa.. sudah pasti kelulusan tanah itu akan ditarik balik serta merta jika tidak bayar premiun dalam tempoh ditetapkan. Malah, tidak mungkin kerajaan langsung tidak tahu menahu cadangan projek berkenaan sedangkan syarikat terbabit telah memuak naik video yang berkenaan dan boleh ditonton oleh orang ramai dari seluruh dunia. Kelewatan bertindak, menyebabkan kerajaan negeri dimalukan dan ditipu oleh syarikat terbabit sebenarnya.. Apakah cukup dengan hanya membatalkan kelulusan tanah berikutan insiden memalukan ini?", tambah beliau lagi.


[Paparan video di atas jelas sekali membuktikan ada alibi untuk mendakwa syarikat berkenaan yang secara jelas dan terang menipu kerajaan negeri. Malah, lebih mengejutkan tidak mungkin Waras Mekar Sdn Bhd boleh semudah itu mengadakan projek usahasama atas kelulusan tanah untuk  pembangunan bercampur perumahan dan perkedaian  kepada projek pembinaan sebuah pusat pelancongan kerohanian (Spiritual Tourism) pelbagai agama. Apakah tidak ada seorang pun pegawai kerajaan daripada Pejabat Tanah Dan Daerah atau Pejabat Pengarah, Tanah Dan Galian Pahang yang memantau kelulusan tanah ini?. Bayangkan dalam tempoh dua tahun perkara ini berlalu tanpa disedari oleh sesiapa (jika merujuk kenyataan Kerajaan Negeri Pahang). Seolah-olah, jika isu ini tidak dihebohkan dan banjir besar tidak berlaku di Pahang maka kerajaan memekakkan telinga sahaja dengan projek ini sama seperti projek berisiko dan impak besar yang diprotes oleh rakyat sebelum ini. Kerajaan Negeri Pahang perlu tubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat siapakah dalang yang menukar status kelulusan tanah berkenaan daripada pembangunan perumahan dan kedai kepada Spiritual Tourism yang langsung tidak diketahui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipengerusikan oleh MB Pahang sendiri. Ramai muyskil dengan apa yang berlaku. Akibat tiadanya pemantauan, sebabkan Kerajaan Negeri Pahang dimalukan]. #sumber

0 Komen Artikel Ini: