SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Festival Music Kuantan, Sila Kaji Dulu Sebelum Luluskan Lesen


Walau pun Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin ada mengatakan beliau yakin apa yang berlaku di Festival Future Music Asia (FFMA) 2014 itu tidak akan berulang di Festival Muzik Antarabangsa Kuantan  pada 4 hingga 5 April ini., namun ia wajar diperhalusi betul-betul demi kesucian agama Islam. Sebagai orang lama yang banyak terlibat dengan kegiatan hiburan dan muzik di Kuantan, saya juga berharap jaminan kerajaan itu turut disertai dengan tindakan, bukan sekadar omongan kosong semata-mata.

Tindakan menghalang aktiviti minuman keras, pil khayal, dadah dan sebagainya dipintu masuk. Malah, pihak polis, agensi dadah dan pihak berkuasa yang lain perlu mengawal para peserta sejak dari awal hingga berakhir acara ini. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bukit Jalil berlaku pula di Kuantan. Daripada senarai nama artis yang terlibat memang saya nampak ia tidak sehebat di sana (Bukit Jalil).. kerana di Kuantan lebih ramai artis yang bermain alatan muzik (akustik). Malah turut diundang beberapa orang artis tempatan untuk menjayakan acara ini. Cuma apakah adengan yang sama boleh dijamin tidak berlaku di Kuantan?. Kita takut aktiviti tidak sihat seperti minum arak dan dadah juga berleluasa. Dalam hal ini saya bersikap terbuka dan tidak mahu menghentam sembrono kerana mungkin pihak penganjur telah berurusan secara rasmi dengan Kerajaan Negeri Pahang terhadap penganjuran acara ini. Tonton video artis undangan di sini

Jabatan Mufti Pahang, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga peru masuk campur dan meneliti penganjuran acara  ini dari berbagai aspek. Lebih baik ia dibatalkan atau ditunda ke tarikh yang lain kerana seluruh rakyat kini sedang bersedih dengan tragedi kehilangan MH370. Acara sebegini tidak wajar diadakan pada masa sekarang kerana semua rakyat disuruh berdoa, solat hajat dan sebagainya, namun dalam masa yang sama acara hiburan sebegini diteruskan juga. 

0 Komen Artikel Ini: