Masih ramai yang tidak tahu dan salah faham mengenai kehadiran sy ke Pemilihan PKR Cabang Kuantan baru-baru ini. Terutamanya ketika sy dihalau semasa mahu mendaftar nama untuk membuang undi. Seronoknya sy dihalau oleh calon yg bertanding dan didiamkan oleh Pegawai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yg bertugas. Surat bantahan telah dihantar kpd JPP, tp tidak dpt dipastikan apakah siasatan sudah dijalankan dan ia telus dan adil untuk semua atau seperti pemilihan 2010 yang lalu agaknya
Pegawai JPP (gambar foto paper Cina) hanya menunjukkan keratan Utusan Malaysia bertarikh 27 Nov 2011 ttg laporan sy keluar dr PKR. Walhal berita itu adalah FITNAH dan sy telah menfailkan tindakan saman terhadap Utusan atas artikel berkenaan.
Sy mengundur diri secara rasmi dr PKR pada 11 Februari 3011 (11.2.11). Sidang media telah dibuat dan sy dimaklumkan oleh PKR Pahang bahawa surat pemecatan akan dihantar segera. Namun selepas tiga tahun, jangankan surat pemecatan dr PKR Pusat, malah surat dari cabang pun tidak diterima.
NAMA MASIH TERSENARAI SEBAGAI AHLI PKR YANG SAH
Maka pada awal bulan April 2014, sy dihubungi oleh shbt PKR yg bertanya adakah sy masih layak mengundi. Sy maklum sudah bersara, dia tanya ada dapat surat rasmi atau tidak dari parti?. Jika tiada maka dia akan semak nama dengan menggunakan SMS kad pengenalan saya 710525065197. Sungguh mengejutkan nama sy masih ada dalam PKR selepas tiga tahun berehat. Maknanya sy masih AHLI YANG SAH SERTA LAYAK MENGUNDI.. Malah, semakan nama pada Buku Daftar Pemilih yang sah juga mendapati nama saya masih ada. Ini bermakna sy masih layak mengundi berdasarkan undang dan perlembagaan parti. Malah mengikut undang2 ROS, juga ada menyatakan mana2 ahli layak mengundi jika nama mereka berdaftar secara sah dalam buku daftar pemilih.
SURAT PEMECATAN TAK RELEVAN
Persoalannya, kenapa surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution itu MASIH PANAS dan dikeluarkan ketika kerancakan pemilihan PKR?. Kenapa surat itu tiada salinan kepada saya dan pejabat PKR Pahang sendiri. Surat tersebut hanya dihantar kpd Ketua Cabang Kuantan dan salinan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Surat yang dibuat secara tergesa2, itu jelas sekali untuk menutup kelemahan, sedangkan faktanya nama saya termaktub secara sah dalam Buku Daftar Pemilih 2014 yg dipamerkan.
Malah sy turut mempertikaikan dalam surat tersebut mengatakan sy dipecat kerana bertanding bebas, sedangkan ketika sy menyertai PRU13 memang sy sudah undur diri dari parti dan bergerak sebagai aktivis bebas pro rakyat bersama NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara). Kenapa surat tidak dihantar tiga tahun lalu (2011). Kenapa tergesa2 ketika pemilihan PKR berjalan?. Sepatutnya keputusan pemecatan dan surat tersebut terbatal sebab dibuat tanpa melalui prosedur yang dibenarkan (sebelum nama digazetkan dalam buku daftar pemilih 2014)
Bersambung/-
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan