Anwar sekali lagi bermain dengan "politica magic" bila mana berjaya menggagalkan cubaan Azmin. Sebelum ini Anwar telah gagalkan cubaan Azmin untuk lawan Azizah bagi kerusi Presiden PKR. Sekali ini, beliau gagakan Azmin dalam cubaan merampas kerusi MB daripada Khalid. Namun, bagi Azmin mungkin itu tidak menjadi halangan kerana beliau boleh terima sesiapa sahaja asalkan bukan Tan Sri Khalid Ibrahim. Persoalannya, kenapa ada pihak bertindak seemikian rupa?.
Sandiwara Kajang Move Ciptaan Anwar Mula Terbongkar
Ketika Pilihanraya Kecil DUN Kajang baru-baru ini Anwar mengumumkan bahawa dalam PKR tidak ada krisis sebenarnya. Isu antara Khalid dan Azmin adalah isu terpencil. Mereka berdua akhirnya dilihat berada satu pentas yang sama. Rakyat melihat itu hanya sandiwara, namun ia dinafikan. Namun, selepas PRK Kajang ternyata hubungan Azmin dan Khalid amat panas dan menanti belah. Kekuatan Khalid berbeza dengan Zaid biarpun mereka berdua anak "Ibrahim". Zaid tiada jawatan utama lain seperti Khalid.
Soalnya, siapa yang bersalah dalam hal ini?. Inilah yang rakyat tidak tahu sejak sekian lama. Rakyat disajikan dengan adengan perbalahan yang pasti akan melemahkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PKR pada pilihanraya umum akan datang. Maka itu, baca selanjutnya dan saya akan terangkan dengan terperinci kenapa ini berlaku.
Khalid Hebat Di Mata Rakyat, Tetapi Tidak Lagi Kepada PKR
Kehebatan Tan Sri Khalid hanyalah kepada rakyat Selangor sebenarnya. Beliau berjaya melakukan banyak perubahan untuk rakyat dengan menyediakan berbagai kebajikan untuk rakyat Selangor. Namun sebenarnya itu tidak cukup untuk politik. Khalid dilihat memimpin Selangor umpama mengendalikan sebuah "Syarikat".
Umum sedia maklum beliau memangnya tokoh korporat yang terkenal sebelum terjebak ke dunia politik. Namun, dalam politik itu tidak cukup untuk menjamin kekuatannya. Sebagai MB dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khalid dilihat lupa daratan. Banyak tindakan beliau didapati membelakangkan parti itu sendiri. Terkini, keputusan menandatangani MOU air dengan kerajaan pusat baru-baru ini.
Khalid Di Dakwa Uruskan Negeri Umpama Sebuah Syarikat
Ramai pemimpin PKR termasuk kumpulan Azmin sebenarnya tidak suka Khalid uruskan negeri Selangor umpama sebuah syarikat. Beliau adalah ahli politik sekarang, maka sepatutnya dia perlu faham apa itu politik. Tindakan Khalid yang mengatur perancangan dan pembangunan negeri umpama ketika dia bergelar tokoh korporat mula tidak disenangi oleh orang-orang Azmin, terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk membantu rakyat. Bagi mereka "Apa guna ada pokok yang rendang tetapi tidak boleh menumpang teduh". Maknanya, apa guna PKR mempunyai seorang Menteri Besar di negeri kaya seperti Selangor Darul Ehsan, tetapi parti itu sendiri "kering kontang".
Malah, ramai wakil rakyat yang terpaksa mengharapkan sumbangan daripada pihak lain untuk menguruskan kawasan masing-masing. Mereka kecewa kerana Khalid tidak langsung memberi ruang kepada proksi mereka untuk mendapat sedikit projek di Selangor. Bagi mereka dengan adanya projeklah baru boleh mengisi tabung dana DUN masing-masing. Mereka tidak tahan lagi hanya mengharapkan duit gaji dan elaun wakil rakyat untuk bekerja. Perkara ini tidak berlaku di negeri lain sebenarnya, hatta di Kelantan dan Pulau Pinang yang dipimpin oleh PAS dan DAP. Ada cara wang disalurkan kepada wakil rakyat menerusi projek dan pembangunan yang diadakan di kawasan terbabit.
Khalid Terlalu Berhemah Menguruskan Wang Rakyat
Kehebatan Tan Sri Khalid adalah kerana dia tidak mahu gunakan dana rakyat untuk memperkayakan pemimpin politik terutamanya dari PKR sendiri. Baginya wang rakyat itu ada hak anak yatim dan ibu tunggal. Maka dia kalau boleh mahu bertanggungjawab kepada setiap sen wang yang dibelanjakan. Benar, kata Presiden dan Mursyidul Am PAS bahawa Tan Sri Khalid bertanggungjawab dan tidak khianat kepada rakyat. Namun, sifat ini tidak digemari oleh sesetengah pemimpin PKR.
Ini kerana Anwar lebih percayakan Azmin dari Khalid pada masa ini. Maka itu Anwar rela tukarkan Azmin dengan Wan Azizah jika Khalid dijatuhkan. Khalid perlu ditukar kerana mereka gusar duit berbilion menjadi rizab Kerajaaan Negeri Selangor akan hilang begitu sahaja jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri itu selepas PRU-14. Jalan terbaik ialah tukar Khalid. Sebab itu, Azmin sedaya upaya mencuba dan disokong oleh orang kuatnya. Khalid diserang habis-habisan.
Khalid Tidak Sesuai Jadi Orang Politik Sebenarnya
Bagi para penyokong Azmin Ali, Tan Sri Khalid hanya sesuai berada dalam dunia korporat dan tidak wajar menjadi orang politik. Mereka melihat pada awalnya, memang Khalid berjaya menguruskan negeri Selangor dengan baik. Namun, akibat sikap beliau yang langsung tidak mahu memberi ruang kepada rakan-rakan dalam PKR mendapat apa-apa projek di negeri itu, dia dituduh gagal. Gagal membantu PKR, ramai pemimpin PKR sudah banyak bergolok-gadai untuk meneruskan perjuangan parti.
Mereka amat harapkan Khalid membantu, setidak-tidaknya memberi apa jua projek kecil-kecilan kepada wakil rakyat PKR agar mereka mempunyai dana yang cukup untuk membantu rakyat. Namun, dek kerana Khalid uruskan Selangor umpama syarikat ternyata beliau berpendapat satu sen pun wang rakyat tidak akan diberi kepada mana-mana pemimpin. Sedangkan dalam masa yang sama tender teruka dibuat dan yang berjaya adalah kontraktor UMNO. Inilah yang menjadi salah satu faktor kemarahan kepada mereka yang menentang Khalid. Sepatutnya Khalid faham dalam politik dia kena bersikap terbuka dan membantu pemimpin parti.
Mereka mahu berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Inilah kelemahan Khalid yang menyebabkan Anwar mahu atau tidak terpaksa menurunkan beliau dengan segera. Jika tunggu sehingga akhir penggal, Anwar mungkin takut Pakatan Rakyat tewas di Selangor dan rizab berbilion ringgit yang disimpan oleh Khalid akhirnya digunakan oleh kerajaan BN andainya mereka menang kelak. Apa jua cara sekali pun Khalid mesti berundur, hatta Wan Azizah dijadikan taruhan.
Siapa Yang Bersalah Sebenarnya Dalam Kemelut Ini?
Segalanya berpunca daripada sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menangani isu peribadi antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya. Jika sejak awal lagi perkara berkaitan isu Menteri Besar ini diselesaikan oleh Anwar maka semua ini tidak akan berlaku. Anwar membiarkan virus itu bertambah parah.. Samalah apa yang berlaku kepada Azmin dan Zaid dulu.
Di Pahang, pernah berlaku kemelut antara Dato' Fauzi dan Azan Ismail.. Anwar juga gagal menanganinya. Azan kemudian ditendang ke Terengganu ketika masih bergelar Ahli Parlimen Indera Mahkota... Isu peribadi tak selesai. Inilah yang terjadi antara Khalid dan Azmin... Sepatutnya sebagai Ketua Umum PKR, Anwar perlu membawa Khalid dan Azmin ke meja rundingan empat mata.
Anwar gagal memainkan peranan tiba-tiba mahu Pakatan Rakyat terima Wan Azizah sebagai MB, sedangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR pun gagal berfungsi dengan baik.. semua kerja dibuat oleh Anwar hatta mesyuarat, ceramah, sidang media dan lain-lain lagi.
Mana mungkin Wan Azizah boleh jadi MB jika ini keadaannya. Beliau pasti akan jadi boneka dan Anwar yang jadi MB sebenarnya.. Maknanya di sini Anwar pula yang tamak kuasa mahu jadi MB, Wan Azizah hanyalah bayang-bayang Anwar sahaja sebenarnya.. Maka itu, tidak wajar Rafizi dan Mat Taib menyerang PAS sedangkan wabak penyakit itu adalah dibawa oleh PKR sendiri.
Isu MB: PKR Perlu Bincang Dengan Pimpinan Tertinggi PAS
Isu MB adalah isu besar dan PKR sepatutnya berbincang secara teliti dengan kepimpinan PAS, bukan dengan beberapa kerat pemimpin. Sesiapa pun akan terfikir untuk keluar dari Pakatan Rakyat jika melihat PKR sudah lari dari matlamat asal penubuhannya. Gemar bergaduh sesama sendiri dan Anwar selaku Ketua Umum parti pula gagal mendamaikan puak-puak yang bergaduh. Mereka ada hak untuk bicara soal ini kerana terlalu kecewa melihat kekecohan isu MB yang ditimbulkan oleh PKR itu sebenarnya.
Kenapa Isu Sebenar Kemelut Ini Tidak Di Maklum Kepada PAS
Mana mungkin Anwar mahu memaklumkan isu sebenar yang menjadi punca mereka mahu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ini kepada PAS. Sudah pasti PAS tidak akan setuju, kerana melihat Khalid adaah seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab dan komitmennya terhadap tugas amat jelas sekali. Lantaran itulah bila didiamkan, kekecohan berlaku.
Inilah yang dikatakan "ditelan mati emak, diluah mati bapak". PKR kini serba tak kena, akhirnya PAS yang dijadikan mangsa. Punca asal ialah pergolakan di dalam PKR, kini terpalit PAS pula. Justeru, rakyat perlu faham apa sebab MB Selangor perlu ditukar. Semuanya kerana Tan Sri Khalid dilihat gagal membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri. Sampai ada pemimpin berkata... "Apa guna ada wakil jadi MB di negeri yang kaya-raya seperti Selangor... sedangkan parti tidak berduit untuk digerakkan".
Sebab itu dalam kempennya, Khalid berjanji akan membantu parti jika dia dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Selagi dia masih Menteri Besar Selangor dan tiada jawatan penting dalam parti, mana mungkin dia boleh melaksanakan tanggungjawab itu.
Kesimpulannya
Sebagai jalan penyelamat, maka PKR tetap perlu tukarkan Tan Sri Khalid dengan segera untuk memerikan harapan baru kepada parti. Dalam hal ini, Azmin sememangnya bertanggungjawab untuk melakukan tugasan itu. Sekiranya Khalid masih MB, maka harapan itu pasti tidak kesampaian. Jika Anwar bertanding di DUN Kajang dulu dan menang, mungkin ia boleh berlaku walau pun Anwar bukan MB.
Mana mungkin Anwar akan diletakkan sebagai ADUN biasa, sedangkan dia adalah Penasihat Kewangan Negeri Selangor yang bergaji RM1 sebelum ini. Sudah pasti dia akan ditarik sebagai exco kanan terutamanya hal ehwal kewangan. Bila ini berlaku, maka mudahlah Anwar mempengaruhi MB untuk tujuan membantu parti. Namun, ia gagal bila Wan Azizah yang bertanding. Maka itulah, Anwar perlu hantar Wan Azizah seagai MB ganti Khalid. Inilah yang rakyat marhaen tidak faham. Kemelut ini pasti tiada kesudahannya. Apapun, semoga semua pihak bersabar melihat kemelut ini. Andai gagal ditangani dengan baik pasti Pakatan Rakyat akan berpisah jua akhirnya. Apapun, ramai berharap ia tidak berlaku.
BLOGGER CUCUMATKILAU
orang tamak selalu rugi, seperti anjing dengan bayang-bayang .... kita kutuk umno kerana tamak, boros dan tidak amanah uruskan duit kerajaan ..... rupanya kita hendak juga jadikan kerajaan yang diurus pr seperti umno juga .....!!!!!!!
Benda mudah dirumitkan....kenapa seseorang tidak boleh mengikut apa yg telah diputuskan oleh ketuanya. Kami sebagai pengundi pakatan diajar oleh pemimpin untuk taat dan patuh atas segala apa yg diputuskan oleh ketua....tapi ada orang atas tak mahu ikut arahan ketua...orang atas beri pandangan tak ikut jemaah...kenapa sampai begini pemimpin....tak perlu dibuat penerangan panjang lebar pun...kita tak tahu apa yg difkir oleh orang lain cuma dgn membuat telahan syok sendiri (konon intelek). Perkara mudah sahaja sebab tu parti ada struktur organisasinya....ada nakhodanya...berbaliklah kepada asasnya...mudah.
Camne ko ni bro..macam takde pendirian je khalid ko tibai anwar pun ko tibai.patut la politik ko tak khatam.lain kali klu tau pkr main duit ko kena lawan hahis-habisan sampai ko jadi presiden.lepas tu baru ko bole barsihkan dan buang sampah sarap dlm parti.macamana niat anwar nak jadi presiden umno untuk bersihkan sampah-sampah yg ada kat situ diketahui mahathir.orang pertama jadi mangsa anwar klu dia jadi presiden umno adalah daim zainudin kroni kuat mahathir..ha ha ha..
Sorry bro...aku tibai khalid and hadi..khatamkan apa aku tulis.
Ko buat lawak ke bro..sokong zaid ibrahim,dia datang dari mana tetiba masuk bertanding timbalan presiden,orang lain bersusah payah dari bawah dia senang2 je.tujuan dia cuma nak pangkat atasan je.ko tengok apa dah jadi dgn parti KITa.keluar pkr masuk parti lain terus jadi presiden.elok rasanya ko joint parti tu dari masuk umno..kah kah kah
Prinsipnya mudah. Jika setiap orang yg mengaku Islam itu benar2 beriman kepada Allah dan hari pembalasan ,maka tidak kira dari parti mana pun mereka , mereka kena sedar yg adalalah haram mengambil kesempatan dari kedudukan politik. Harta negeri Selangor adalah kepunyaan rakyat Selangor secara umum walaupun berbillion pun. Dana politik mesti bukan dari sumber negeri. Mesti dijana sendiri oleh parti politik . Tidak takutkah mereka nanti kena menjawab di hadapan Allah? Apabila tujuan dan objektif parti tidak meletakkan redha Allah sebagai tujuan yg paling unggul maka kita dapat melihat wajah 2 sebenar manusia2 ini....
Kalau ya pun...isunya Pkr selangor takde duit...knp hanya nampak duit kerajaan negeri ? Tak reti ke usaha cari dana lain ? Kalau urusan dana pun gagal...mcm mana nak urus negara ? Knp mesti ikut cara umno ? Kata anwar ada hubungn luar negara yg hebat...cari la perniagaan yg boleh menjana dana dari luar...dah takde yg berkelayakan utk projek negeri takkan tski nak bagi...nanti kalau projek gagal, siapa nak jawab dgn jabatan audit ?