Demokrasi dalam parti hancur, apabila amalan politik wang dan fitnah melampau digunakan hingga membawa kepada calon Timbalan Presiden iaitu Datuk Zahid Ibrahim akhirnya tarik diri dan tinggalkan parti. Umum melihat Zaid dibeli oleh UMNO. Tapi, mana mungkin dia boleh dibeli kerana Zaid adaah satu-satu menteri kabinet yang rela undur diri ketika masih pegang jawatannya. Maknya Zaid rela tinggalkan berbagai keistimewaan sebagai menteri gara-gara tidak selari dengan udang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain dari Zaid tidak ramai pemimpin UMNO yang rela tinggakan jawatan semasa berkuasa. Kebanyakan daripada mereka kembali kepada rakyat selepas dipecat, tewas, dipinggirkan atau melihat tiada lagi ruang untuk naik dalam parti.
Saya tidak sehebat Chegubard yang terus melawan dari dalam, kerana saya merupakan seorang Blogger ketika itu. Maka keputusan diambil untuk berundur walau pun amat sedih kerana saya telah berjuang bersama KeADILan sejak era Reformasi 1998 lagi. Semua tersurat, tuduhan saya khianat tidak timbul kerana saya tidak menyertai UMNO sebaliknya keluar kerana tidak tahan dengan pengkhianatan yang berlaku dalam parti sendiri. Saya masih sayangkan PKR, namun ruang sudah ditutup rapat-rapat oleh kepimpinan parti untuk menghalang saya kembali.
Maka itulah, saya teruskan perjuangan rakyat dalam landasan yang berbeza dari luang kepompon kepartian. Dalam masa yang sama saya masih terus aktif menulis dalam laman sembang sosial termasuk dalam blog peribadi saya (www.cucumatkilau.blogspot.com). Walau pun bergerak bebas, namun hubungan saya dengan pemimpin politik di Pahang tetap akrab seperti biasa baik dari Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional. Bagi saya, hidup ini perlu diteruskan walau dalam apa jua cara sekali pun, terutamanya dalam hal ehwal memperjuangkan nasib rakyat marhaen itu sendiri.
Polemik Politik Di Selangor Semakin Membimbangkan
Saya tertarik untuk membicarakan kemelut yang melanda kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PKR di Negeri Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Awalnya saya mengambil sikap berdiam diri, namun sampai ke satu tahap saya perlu mendedahkan beberapa perkara yang rakyat tidak tahu, malahan pimpina politik juga tidak tahu. Saya boleh bersuara kerana saya terlibat secara tidak langsung dengan kesemua pihak yang bertelagah ini sebenarnya termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.
Saya hadir ke program kempen mereka di Hotel MS Garden, Kuantan (Tan Sri Khalid) dan Hotel Shahzan Inn, Kuantan (Azmin Ali) beberapa hari selepas itu. Tindakan saya ini adalah kerena melihat polimik politik yang berlaku di Selangor sekarang ini sampai ke tahap kritikal dan cukup membimbangkang. Tambahan pula bila melibatkan pula kempimpinan PAS, yang sebenarnya memang sejak dari awal tidak bersetuju dengan usaha untuk menukarkan Menteri Besar Seangor itu sebenarnya.
Kempen Pemilihan 2014 Serlahkan Kepincangan
Saya dapat melihat dengan jelas kempen kedua-dua belah pihak dalam mempertahankan prinsip perjuangan masing-masing, gara-gara mahu mencapai kemenangan dalam perubatan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ketika itu masih awal (minggu pertama). Saya mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Khalid.
Manakala, Azmin tidak hadir pada programmnya dan diwakilkan kepada orang kanan beliau iaatu YB Zuraida Kamaruddin (Calon Ketua Wanita) dan Saudara Zakaria Abd Hamid (Calon MPP). Tan Sri Khalid pula hadir bersama YB Rodziah Ismail (Calon Ketua Wanita).
Secara kesimpulannya saya dapat melihat dengan jelas sikap dan isu yang dimainkan oleh mereka. Isu pertama ialah persoalan tentang "Kajang Move" yang mana awal-awal lagi saya melihat ia adalah tidak relevan kerana memperjudikan nasib rakyat hanya untuk melempiaskan nafsu politik pihak tertentu.
Saya terkejut mendengar penjelasan daripada bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh (foto) bahawa sebenarnya perletakkan jawatan beliau sebenarnya memang telah dirancang oleh pimpinan PKR sendiri iaitu Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Beliau membuat pengakuan di hadapan khalayak ramai bahawa dua minggu sebelum dia letak jawatan, Zuraida ada berjumpa dengannya agar berbuat demikian. Lee berucap ketika berkempen untuk Azmin di Hotel Shahzan Inn ketika itu.
Kajang Move: Memang Agenda Tukar MB Sebenarnya
Penjelasan Lee itu bermakna, "Kajang Move" bukanlah agenda besar untuk merubah Putrajaya tetapi sebaliknya mahu ubah MB Selangor. Namun ia dinafikan oleh ramai pimpinan PKR dalam beberapa sidang media selepas itu. Mereka mendakwa ia tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar Selangor.
Namun, akhirnya "Kajang Move" gagal bila Anwar diumumkan tidak dapat bertanding akibat kes mahkamahnya. PKR kemudian menukarkan calon PRK DUN Kajang kepada Presiden parti iaitu Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail. Kak Wan menang dengan majoriti besar dan ini menyebabkan beliau terpaksa menjadi Wakil Rakyat, sedangkan semasa melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding 2008 dulu beliau mengatakan dia mahu berehat dan tumpukan perhatian kepada anak cucu.
Malah, Azizah juga turut memaklumkan dia mengambil tugas Anwar ketika dia di penjara dan bila Anwar bebas tugas itu perlu diberikan kepada Anwar semula. Kajang Move dilihat berhadapan dengan liku-liku kegagalan apabila Azizah dan bukan Anwar yang bertanding. Ini menyebabkan kumpulan Azmin serba salah dan kecewa. Tambahan pula Azizah dilihat proksi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri sebenarnya. Hasrat untuk menghantar Anwar menjadi MB ternyata gagal kerana Azizah.
Kajang Move: Anwar Belakangkan Sekutunya PAS
Kajang Move: Anwar Belakangkan Sekutunya PAS
Saya sempat hadir ke satu program yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di PUTIK, Peramu, Kuantan. Pada majlis itu Ketua Penerangan PKR, Razali Alias bercakap bagi pihak PKR. Razali mempertahankan agenda "Kajang Move" sedangkan Ustaz Nasharuddin mendedahkan PAS tidak mencapai kata putus untuk isu itu.
Anwar katanya mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS di rumah beliau hanya untuk memaklumkan kerusi DUN Kajang mahu dikosongkan, bagi memberi laluan beliau menjadi MB. Ia tidak dipersetujui sebenarnya oleh pemimpin PAS yang melihat Tan Sri Khalid masih wajar dikekalkan dan hal pertukaran MB tidak perlu wujud dengan "Kajang Move".
Di media, memang benar pimpinan PKR mengatakan PRK Kajang bukan untuk tukar MB. Masing-masing bersandiwara kepada rakyat. PKR membelakangkan rakan sekutunya PAS, sedangkan PAS meminta tempoh untuk adakan perbincangan sebelum bersetuju atau tidak. Anwar begitu berani dengan tindakannya hingga tidak mendengar pandangan pemimpin PAS. Apapun, PAS tetap turun berkempen untuk calon Pakatan Rakyat walau pun ada yang "boikot" Pilihanraya Kecil DUN Kajang itu sebenarnya.
Azmin Serang Hendap, Tan Sri Khalid Cepat Bertindak
Azmin Serang Hendap, Tan Sri Khalid Cepat Bertindak
Kegagalan menghantar Anwar menggantikan Tan Sri Khalid amat mengecewakan kumpulan Azmin Ali. Maka, mereka rancang berbagai helah untuk memastikan MB dimalukan. Tan Sri Khalid mungkin menyedari perkara itu dan akhirnya tidak menyambut kontrak Azmin dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Walau pun beliau nafikan terlibat atas penamatan kontrak Azmin, namun umum mengetahui dia adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan PKNS, kerana ia adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor sendiri.
Tindakan Tan Sri Khalid menyebabkan api kemarahan membuak-buak sehinggalah pemilihan PKR 2014 berlangsung. Tan Sri Khalid dengan berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Ini menggerunkan Azmin dan beliau terpaksa mencari jalan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid. Seperti pemilihan 2010, majoriti petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) adalah terdiri daripada penyokong Azmin.
Sebab itu kita tidak hairan dulu apabila berlaku kekecohan pasti di cabang orang Azmin kalah. Ia bagi tujuan pemilihan diadakan semula. Kali ini lebih teruk kerana Azmin perlu menang, jika dia kalah maka masa depan politiknya akan hancur. Azmin sepatutnya bertanding jawatan Presiden PKR menentang Wan Azizah. Namun, Anwar bermain "magic" dengan mengumumkan untuk bertanding. Semua itu adalah helah supaya Azmin tidak lawan Azizah. Azmin hormati Anwar sebagai ketuanya. Maka, Azmin perlu menang jawatan Timbalan Presiden. Jika tidak, nasib beliau lebih parah.
Pemilihan PKR 2014, Lambang Keadilan Yang Pincang
Pemilihan PKR 2014, Lambang Keadilan Yang Pincang
Dalam episod drama pemilihan ini terlalu banyak adengan memualkan telah disajikan. Banyak pendedahan dibuat dengan bukti kukuh tentang isu rasuah, blackout, tipu undi dan sebagainya dilaporkan di sana sini. Kekecohan beraku di tempat orang Azmin kalah. Trend menggunakan "samseng" dibuat sekali lagi bagi memastikan beliau menang.
Tan Sri Khalid dilihat menjadi mangsa. Namun beliau beruntung kerana masih ada jawatan "Menteri Besar", menyebabkan dia bertahan. Berbeza dengan Zaid Ibrahim dulu. Dia tidak tahan lagi dengan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan. Akhirnya Zaid tarik diri. Tapi tidak Tan Sri Khalid, dia terus lawan dan tetap lawan.
Namun, akhirnya beliau tumbang kepada proksi Azmin S.Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor pada pemilihan kali ini. Dalam masa yang sama, banyak cabang terpaksa adakan pemilihan semula akibat masalah dalaman yang dilaporkan di sana sini. JPP lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang selama ini ditodoh bersekongkol dengan BN.
Rupanya JPP bersekongkol dengan pemimpin tertentu dalam PKR. Menipu ahli sendiri untuk pastikan pemimpin tertentu menang. Pemilihan PKR 2014 menjadi lambang keadilan yang pincang sebenarnya. Kekalahan Khalid dijadikan alasan kenapa beliau harus letakkan jawatan Menteri Besar. Khalid tidak mempunyai jawatan di peringkat negeri, kerana Pengerusi PKR Selangor ialah Azmin Ali.
Serangan Di Perhebatkan, Ramai Ahli Parti Yang Di Gantung
Serangan Di Perhebatkan, Ramai Ahli Parti Yang Di Gantung
Keadaan mendesak, hingga wujudnya serangan demi serangan terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh orang-orang Azmin. Dalam masa yang sama aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrim yang banyak mendedahkan kepincangan pemilihan PKR telah dihukum penggantungan keahlian PKR. Azmin terselamat dengan tindakan tersebut kerana tiada siapa lagi berani menyerang beliau selepas itu.
Ramai yang cuba bersuaran akhirnya dipecat daripada parti, hingga ada yang mengambil tindakan untuk menyaman pemimpin tertentu gara-gara tidak berpuas hati. Sementara itu, alasan Tan Sri Khalid kalah bertanding Ketua Cabang dijadikan penyebab beliau wajar lepaskan jawatan. Walhal, beliau mendapat sokongan majoriti cabang-cabang di Selangor bagi kerusi Timbalan Presiden PKR itu sendiri sebenarnya. Inilah yang menimbulkan masalah kepada sebahagian besar rakyat dan penyokong yang tidak tahu menahu akal hal sebenar.
Anwar Panaskan Keadaan, Namakan Wan Azizah Ganti Khalid
Desakan agar Tan Sri Khalid semakin kuat menjelang Bulan Ramadhan. Dalam masa yang sama Anwar masuk campur dan akhirnya menamakan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Walau pun asasnya rakyat melihat ia lebih baik dari melantik Azmin Ali, namun hakikatnya Pakatan Rakyat itu sendiri tidak dapat menerima agenda perubahan "Kajang Move" diteruskan tatkala Tan Sri Khalid berjaya membangunkan Selangor dengan baik sejak memegang jawatan MB dulu. Sama ada cemburu atau iri hati, rakyat melihat isu ini hanyalah hal dalaman PKR semata-mata.
Namun kita ia telah melibatkan Presiden PAS sendiri, Dato' Seri Hj.Abd Hadi Awang. Malah terbaru, Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat juga terpaksa campurtangan. Kedua-dua pemimpin ini mahu Tan Sri Khalid dikekalkan berdasarkan prestasinya dan tidak terbukti dia khianat kepada parti. Rakyat makin keliru apabila Anwar dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat daripada DAP dan PAS sebelum itu mendakwa PAS bersetuju untuk tukarkan Tan Sri Khalid.
Namun, akhirnya perkara itu dinafikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa mereka bersetuju untuk membawa perkara itu bagi dibincangkan ke peringkat tertinggi parti. Kini kemelut makin parah dan rakyat melihat barah mula melanda. Ramai penyokong PAS semakin benci dengan PKR. Malah mereka bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun jika PAS tinggalkan Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah yang menjadi punca Tan Sri Khalid wajar dijatuhkan atau mahu dijatuhkan dari kerusi Menteri Besar?. Inilah yang menimbulkan kekeliruan kepada rakyat Selangor sekarang. Bagi Mereka Tan Sri Khalid sudah memberi khidmat yang terbaik dan kenapa beliau perlu diturunkan?.
Kenapa Tiba-Tiba PKR Mahu Buang Tan Sri Khalid Ibrahim
Umum terkejut dengan serangan bertalu-talu oleh parti sendiri terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Serangan bertambah parah apabila beliau "tewas mengejut" dalam perubatan jawatan Ketua Cabang. Persoalan yang bermain dikalangan rakyat dan para pemimpin PAS sekarang ialah kenapa Tan Sri Khalid mahu ditukarkan, sedangkan beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik selama memimpin Kerajaan Negeri Selangor.
Inilah rahsia yang tidak pernah didedahkan oleh mana-mana pemimpin PKR,, hatta Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Maka itulah, rakyat peringkat akar umbi hairan dan pelik dengan apa yang berlaku. MB yang bagus dan terbaik mahu digantikan dengan pemimpin lain yang belum tentu prestasinya. Tambahan pula mahu digantikan dengan Wan Azizah yang selama ini dilihat gagal memainkan peranan penting sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Bukti hujjah ini, banyak program roadshow ceramah, sidang media atau mesyuarat penting dikendalikan oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Malah, jarang sekali kita melihat Azizah tampil memberi pandangan atau memperjelaskan sesuatu isu kepada rakyat. Benarlah kata Zaid Ibrahim bahawa Wan Azizah adalah "Presiden yang tiada fungsi" gara-gara dibayangi Anwar. Maka itu, mana mungkin Wan Azizah boleh diangkat jadi MB Selangor dalam keadaan jawatanya dalam parti sendiri pun tidak jelas. Beliau selamat apabila Anwar mengacah bertanding Presiden PKR pada pemilihan parti baru-baru ini. Tujuan Anwar supaya Azmin tak kacau daun. Anwar berjaya dan Azmin akhirnya terpaksa tanding Timbalan Presiden. Anwar kemudian tarik diri. Inilah permainan politik sebenarnya.
Ramai pemimpin PAS dan DAP termasuk ahli akar umbi yang tidak tau kisah sebenar isu ini. Bagi mereka, hak Anwar untuk tukar MB kerana dia Ketua Umum PKR. Namun, dalam masa yang sama mereka lupa Tan Sri Khalid itu dipersetujui jadi MB oleh rakan Pakatan Rakyat PKR iaitu DAP dan PAS. Maka, setiap tindakan perlu mengambil kira semua pihak. Sudahlah "Kajang Move" Anwar belakangkan PAS. Kali ini beliau gunakan pengaruhnya pula untuk paksa PAS dan DAP terima hasrat calonkan Wan Azizah jadi MB. Apa motif Anwar sebenarnya beriya-iya mahu melantik isterinya pula jadi MB Selangor. Sedangkan Tan Sri Khalid adalah pemimpin tersohor yang pernah menang anugerah Tokoh Usahawan satu ketika dulu. Ramai yang pasti terkejut kenapa Tan Sri Khalid mahu diterajang?.
cucumatkikaul ni macam tektik penjual ubat juga nampaknya, ujung-ujung habuk pun tarak.
wahai cucumatkilau!...berhentilah dari membuat cerita kartun untuk kelihatan benar!
Apa punya citer la..Tajuk rahsia besar disebalik agenda tukar MB Selangor tapi tak ada rahsia yg ditulis cuma tulisan biasa yg dicopy paste dari blog biasa yg telah ditulis oleh beberapa bloger yg pro MB Selangor. Klau inilah yg kau tulis aku dah beberapa kali membacanya yg diulang2. Buang masa dan karen aja layan kau ni lah cucumatkilau.
Tak nampak... citer belum habis lagi tu.. tunggu hingga habis hazri abdullah
Ya..yang aku nampak ialah MB khalid ni sudah bukan mb dari PR lagi tetapi seolah-olah mb kepada Umno. CMK..cuba cerita kat aku sikit berapakah manifesto yang telah dijanjikan olehnya telah berjaya dilaksanakan untuk rakyat Selangor...kalau setakat air percuma 20 meter tu tak payah nak sembang lah...
ok apa tulisan cucumatkilau. sekurang nya aku yg tak berinfo ni dapat menilai kebenaran kajang move. Tq
Tski bukan JD mb um no..to puak pkr yg dah jd lg teruk dari umno.. Gila segala gala