Persoalannya, apakah calon dari PAS bakal menjadi pilihan Sultan Selangor?. Secara matematiknya, jika PKR tidak diterima maka sudah pastilah calon PAS akan mendapat tempat, tidak mungkin DAP. Namun, segalanya kini terletak ditangan Tuanku Sultan. Malah, paling memeritkan PAS sendiri kini mempunya dua kumpulan. Satu yang mahu calon dari parti mereka diangkat sebagai Menteri Besar dan satu lagi tetap mahu calon dari PKR. Lihat saja kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mendakwa PAS tidak akan menerima jawatan MB dan ia milik PKR. Jika ini keadaannya, sudah pasti akan menyusahkan tuanku untuk membuat pilihan.
Malah Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini memutuskan untuk kekal dengan pendirian mereka sebelum ini iaitu tidak menuntut kerusi menteri besar Selangor, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Mustafa berkata PAS juga memutuskan untuk menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor bagi memutuskan nama Menteri Besar Selangor yang baharu. Maka dengan pendiri terbaru PAS ini pasti polimik MB akan lebih sulit lagi sebenarnya. Tuanku murka kepada PKR dan DAP, PAS pula setuju beri jawatan MB kepada PKR. Amat janggal bunyikan?.
Jalan terakhir yang dilihat sekarang ialah ia memungkinkan Menteri Besar Selangor yang ada sekarang iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim akan dikekalkan hingga tamat penggal ini. Itulah saja jalan yang ada, akibat kemelut yang melanda Selangor sebenarnya. Sebab itu ada desas-desus mengatakan istana ada hak memilih calon lain dari Pakatan Rakyat.
Tidak mungkin calon dari UMNO BN akan dilantik kerana mereka tidak memiliki majoriti di DUN Selangor. Ramalan saya pasti Tan Sri Khalid Ibrahim akan dikekalkan, kerana Tuan Sultan Selangor lebih menyukai beliau daripada yang lainnya. Malah, Tan Sri Khalid sudah membuktikan beliau berjaya menjaga kebajikan rakyat Selangor sejak dilantik sebagai Menteri Besar.
Saya amat yakin, Tan Sri Khalid pasti kekal kerana kesukaran Sultan Selangor mengundang kekalutan yang amat berpanjangan. Inilah yang dikatakan, "ayam menang kampung tergadai". Akibat kerakusan pihak tertentu untuk mengambil alih kuasa dari Tan Sri Khalid maka kini mereka menerima padahnya. Apapun, ini hanya firasat hati saya sebagai seorang blogger yang telah hampir 15 tahun mengikuti perjalanan PKR dan Pakatan Rakyat dalam kancah politik tanahair ini sebenarnya.
Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman Tuanku Sultan Selangor dalam masa terdekat ini. Jika benar ramalan saya maka pembaca jangan anggap saya "bomoh". Ia sekadar pandangan peribadi, kerana inilah yang berlaku di negeri Pahang Darul Makmur sebenarnya. Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabar telah menamakan calon Menteri Besar yang baharu, namun kerana Tuanku Sultan masih sayang dan percayakan Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, maka ADUN Pelangai itu tetap memerintah Pahang sehingga sekarang. Semua ini adalah atas kuasa Tuanku Sultan. ~ CMK
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan