Beri Nasihat Baik Pun, Blogger UMNO Suruh MB Saman CMK
Sungguh teruja dan cukup terkejut, apabila dimaklumkan bahawa blog PahangKu menggesa MB Pahang menyaman blog Cucu Mat Kilau gara-gara turut memberikan komen pedas tentang isu Utusan Malaysia vs Adnan Yaakob itu. Kenyataan daripada editor blog terbabit yang berbunyi "Harap Menteri Besar Pahang jangan kecualikan juga blog-blog pro pembangkang yang turut menyebar fitnah termasuk blog Pahang Daily Online dan blog Cucu Mat Kilau untuk disaman supaya dapat dijadikan pengajaran", jelas sekali menunjukkan mereka cuba mengalih pandangan daripada menyerang Utusan Malaysia kepada menyerang saya.
Mungkin juga saya akan dijadikan "kambing hitam" dalam isu ini kerana tidak munasabah untuk Menteri Besar Pahang menyaman akhbar milik partinya sendiri. Paling menghampakan, biar pun beberapa kali saya nafikan yang saya terlibat dengan mana-mana parti politik selepas meninggalkan Keadilan pada 11 Februari 2011 yang lalu, namun bagi sesetengah pihak terutamanya dikalangan penyokong UMNO BN masih tetap menganggap saya sebagai musuh mereka. Inilah yang amat memusykilkan, hingga menegur dan memberi nasihat kepada MB supaya manarik balik dakwaan terhadap Utusan Malaysia itu dianggap sesuatu yang tidak baik untuk mereka.
Dalam artikel saya terbabit dengan jelas saya menyebut "Utusan Malaysia adalah media arus perdana yang banyak membantu UMNO Barisan Nasional setiap kali pilihanraya. Makanya, tidak wajar MB menghina mereka sedemikian rupa. Malahan UMNO juga memiliki saham terbesar dalam Utusan sebenarnya". Makanya, niat saya supaya MB Pahang dan Utusan Malaysia mencari jalan perdamaian daripada bertelagah sesama sendiri yang akan memberi untuk kepada pembangkang kelak.
Namun, jika itu pun dianggap tidak bagus untuk mereka maka saya pasrah dan bersedia menghadapi apa saja dugaan yang mendatang. Sudah terlalu lama saya tidak berkecimpung dalam bidang politik sejak 2011. Namun, jika takdirnya begitu maka saya akan membuat keputusan drastik untuk kembali dalam masa terdekat ini. Apapun, saya amatlah berharap MB Pahang dan Utusan Malaysia hentikan perbalahan yang berlaku. Tiada gunanya isu dengan media arus perdana dipanjangkan kerana ia pasti akan mengundang masalah yang lebih besar di kemudian hari. Salam Perjuangan. ~ Blogger Cucumatkilau
Apa? Lu jadi kambing hitam? Telor kambing pun lu tak boleh jadilah bro.. lu punya blog satu hari barang baru ada 10 orang baca... apa kes orang nak takut sama lu? huhu