SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Agihan Bantuan Banjir 2013, Kenapa Perlu Ada Mesej Sulit ?


Pertamanya saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan syabas kepada pihak yang berkenaan kerana berusaha untuk agihkan bantuan banjir 2o13 kepada rakyat Kuantan. Walau pun agak lewat, tapi sekurang-kurangnya ia melegakan hati ribuan mangsa terutamanya kepada para penduduk Taman Inderapura, Kuantan.

Khabarnya agihan bantuan mangsa banjir berupa peti ais, tilam, bantal dan sebagainya akan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang tengahari ini (17/12) di Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang. Bayangkan selepas setahun dan akibat teguran panas Tengku Mahkota Pahang baru-baru ini tiba-tiba agihan dilakukan ketika musim tengkujuh 2014 sudah melanda. Ia sesuatu yang amat mengejutkan sebenarnya.



Diwaktu ini, lebih elok bantuan kewangan berupa wang tunai disalurkan kepada mangsa banjir setahun lalu. Atau pun berikan voucer untuk mereka tukarkan dengan barangan dapur serta peralatan persekolahan yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Anehnya peti ais, tilam dan bantal jadi keutamaan, sedangkan semua mangsa sudah membeli barangan terbabit. Akhirnya ramai mangsa terpaksa menjualkan barangan itu kepada pihak ketiga untuk digantikan dengan wang tunai. Siapa yang untung dalam isu ini? Tentulah pihak yang menguruskan bantuan berkenaan seperti pembekal, orang tengah, urusetia dan sebagainya. Mereka lebih muda bermain dengan harga untuk tujuan tersebut.



Apa mangsa banjir dapat, tak mungkin mereka boleh letakkan satu lagi peti ais dalam rumah yang sama. Tambahan pula kalau bilik atau dapur rumah berkenaan bersaiz kecil.
Satu persoalan hangat yang bermain dikalangan penduduk setempat sekarang ini ialah tentang isu mesej SULIT yang diterima oleh mangsa berkenaan. Mesej yang berbunyi:



Dipercayai telah disebarkan oleh pihak-pihak berkenaan. Soalnya, apakah tujuan mesej ini?. Apakah ini bermakna agihan yang dibuat tetap amalkan sistem "pilih bulu, pilih kasih dan double standard" seperti sebelum ini?. Jika ianilah keadaannya, maka pasti ramai mangsa akan kempunan dengan bantuan yang diagihkan, sebaliknya mereka yang rapat dengan pihak berkenaan pasti akan tersenyum riang ria kerana dapat berkali-kali barangan berkenaan. 



Apa yang berlaku ini jelas sekali melanggar titah Tengku Mahkota Pahang yang mahu agihan dibuat kepada rakyat. Rakyat bermakna semua mangsa dan bukannya orang-orang tertentu. Sikap ini tidak bagus dikala semua pihak mengharapkan bantuan. Oleh itu, saya amatlah berharap agar perkara ini disiasat dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat. Kita takut dengan tindakan ini, bukan sahaja penyokong pembangkang semakin benci kepada kerajaan, malah penyokong UMNO sendiri yang tidak sehaluan dengan pihak berkenaan juga bosan dan benci dengan kerajaan akhirnya. Kenapa perlu pilih kasih?. Banjir ini adalah satu ketentuan Illahi, dan tidak wajar bencana alam dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Ingatlah, rakyat terbanyak melihat apa yang berlaku ini dengan akal fikiran mereka. Oleh itu, berhati-hati dengan setiap tindakan. 

Rakyat Di Dahulukan !

Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: