Edisi Terjah Banjir Krew Angkara malam tadi agak lewat memandangkan ramai yang tidak berapa sihat terkena hujan malam semalam. Apapun, perjalanan kami malam tadi lebih mendebarkan kerana beberapa kali terpaksa mengharungi air banjir yang melimpah di atas jalanraya. Edisi bermula di Tanah Putih kemudian ke Taman Seri Inderapura. Sempat singgah santai di rumah salah seorang penduduk yang sedang bersiap sedia dan berjaga-jaga menghadapi banjir di sana. Perjalanan paling menakutkan ketika terjah banjir di Perkampungan Taman Cenderawasih. Kami mengharungi air ke dalama kawasan taman perumahan terbabit sekitar jam 5.00 pagi tadi. Sungguh menakutkan ketika tiba di kawasan Masjid Syaidina Umar Al-Khatab, air begitu dalam dan kami terpaksa berpatah balik demi kesalamatan. Apapun, ikuti rentetan perjalanan kami bermula malam tadi dan pagi ini.
TERKINI [2.57 AM] ~ Air Mula Naik Di Jalan Tanah Putih, Berhadapan Tanah Putih Baru Hingga Ke Batu 3. Longkang Besar Pembahagi Jalan Kini Sudah Di Penuhi Air. Skrg Masih Naik Lagi Dgn Pantas. #cnknews
TERKINI [3.00 AM] ~Bersama Shbt3 Team TRUCK Di Jalan Tanah Putih, Air Sedang Naik Skrg #cmknews
TERKINI [3.02 AM] ~ Laluan Di Depan KIPSAS ke Pekan Sudah Boleh Di Lalui. Air Surut Di Kedua2 Belah Jalan. # cmknews
TERKINI [3.12 AM] ~ Banjir Kuantan; Krew Angkara Sudah Memasuki Taman Seri Inderapura Skrg. Air Sedang Memenuhi Jalan Utama. Nampaknya Air Naik Agak Laju. Orang Ramai Sedang Bersiap2 Utk Berpindah Skrg. #cmknews
TERKINI [5.30 AM] ~ Krew Angkara Berjaya Terjah Masuk Ke Kawasan Perumahan Cenderawasih. Situasi Sungguh Tragis. Gelap Gulita... Perjalanan Berbahaya. #cmknews
TERKINI [5.34 AM ] ~ Perjalanan Kami Terhenti Di Masjid Syaidina Umar Al-Khatab, Taman Cenderawasih Akibat Air Terlalu Dalam Dan Cukup Berbahaya. Terpaksa Berpatah Balik Keluar Demi Keselamatan. #cmknews
TERKINI [5.58 AM] ~ Destinasi Terakhir Banjir Di Jalan Bukit Setongkol Ke Kg.Tiram. Bahaya Untuk Kenderaan Ringan. #cmknews
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan