Setahun yang lalu, ketika banjir 2013 melanda ada ura-ura mahu menyediakan khemah kepada keluarga banjir di pusat-pusat pemindahan banjir di negeri ini. Namun, perkara ini nampaknya belum terlaksana walau pun menteri berkenaan mengatakan pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik.
Wakil kami sempat menerjah ke lokasi yang berkenaan semalam, dan mendapati ternyata ketiadaan khemah amat menyukarkan mangsa terutamanya yang beragama Islam.
Keadaan bercampur lelaki perempuan menyebabkan mereka merasa tidak selesa, apatah lagi ketika mahu bersolat, tidor dan kepada yang mahu menyusukan bayi masing-masing.
Maka, sebagai sebuah negara yang Islam agama rasminya perkara ini perlulah diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan. Keselesaan mangsa untuk beribadah dan sebagainya juga perlu dijaga, bukan sekadar makan minum serta kebajikan lain semata-mata.
Kami ucpakan syabas dan tahniah jika perkara ini dapat dilaksanakan. Segala yang baik itu pastinya akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan