SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Edisi Terjah Banjir 26 Dis, Krew Angkara Bertandang Ke Pekan


Susulan laporan air mula naik di kawasan Pekan, maka malam tadi krew Angkara telah bergegas ke Bandar DiRaja itu bagi memantau situasi di sana. Ternyata para air Sungai Pahang mula naik mendadak dan sudah mencecah jambatan. Terdapat kawasan penempatan terutamanya kampung-kampung tradisional yang sudah mula dinaiki air. 

TERKINI [8.17 PM] ~ Krew Angkara Berada Di Kg. Sawah , Simpang Lamir, Pekan. Air Sedang Naik Skrg. Hujan Masih Turun. ‪#‎cmknews‬


TERKINI [8.44 PM] ~ Kami Tiba Di Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan. Air Sungai Naik Skrg. Hujan Masih Turun. Situasi Di Pekan Bandar DiRaja Masih Terkawal. ‪#‎cmknews‬


TERKINI [9.48 PM] ~ Kami Berada Di PEKAN RIVER FRONT Depan Petronas. Keadaan Air Stabil, Air Yg Naik Smlm Hinga Ke Maybank Dan Perpustakaan Pekan Sudah Surut. Keadaan Terkawal. ‪#‎cmknews‬


Sebelum Tinggalkan Pekan Tadi, Terjah Sekali Lagi Air Sungai Pahang Di Jambatan Sultan Abu Bakar. Air Masih Bertahan Skrg. Hujan Renyai2 Dah Berhenti. ‪#‎cmknews‬


Kami berada di Pekan sehinggan jam 10.30 malam bergegas balik ke Kuantan untuk meninjau masalah bekalan elektrik yang terputus di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Kampung Padang. Alhamdulillah setiba kami di SK Kg.Padang tiba-tiba bekalan elektrik pulih semula selepas makumat berkenaan disebarkan menerusi media sosial kepada pihak-pihak yang berkenaan.

BLACKOUT ~ Krew Angkara Baru Tiba Di Penempatan Banjir SK Kg.Padang Yg Bergelap. Alhamdulillah, Kami Sampai Jer Api Terus MENYALA... Tkasih TNB... Laporan Cepat Dan Pantas. ‪#‎cmknews‬


TERBAIK ~ Layanan Mesra Dari Petugas2 Di Pusat Penempatan Banjir SK Kg.Padang. Siap Boleh Mengeteh Lagi. Letrik Pun Dah OK. Tkasih Shbt2 Semua Tok JanggutAlbakri SalimKhairul Yope


Sementara itu di sebelah petangnya kami sempat menerjah Pusat Pemindahan Banjir JPD di Kemunting dan Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di Taman Tas. Ikuti rentetan perjalanan kami semalam.

EDISI TERJAH BANJIR ~ Bergambar Bersama Petugas NGO Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dalam Edisi Terjah Pusat Penempatan Banjir Di JPS Tanah Putih. ‪#‎cmknews‬


TERBAIK ~ Shbt Lama Masa Di Bandar Jengka Dulu, Sdr Kama (MElan Storm River) .. Petugas Banjir Di Pusat Pemindahan JPS, Kemunting Yg Banyak Membantu Kebajikan Mangsa2 Di Situ. Selamat Bertugas Shbt2 Di Sana. Sempat Bertemu Dato' Hamid Nazahar Di Situ Tadi. Rakyat Di Dahulukan. #cmknews



ZIARAH BANJIR ~ Pusat Pemindahan SMK Pandan, Taman Tas. Sempat Berbual Dgn Bro Azmi CHEF Masakan. Kat Sini Ada Bantuan Dr ATM. Khabarnya Mlm Ni Ada Tahlil Dan Doa Selamat Di Surau Mlm Ini Yg Akan Di Hadiri Oleh ADUN Panching, YB Dato Mohd Zaili. Apapun Syabas Dan Tahniah, Laporan Di Terima Urusan Di Sini Amat Memuaskan. Sikit2 Masalah Biasalah. Selamat Bertugas Semua. ‪#‎cmknews‬


BANJIR KUANTAN ~ Kat Lain Nampak Dah OK Sikit.. Tp Kat Kg.Chendering, Permatang Badak Masih Ada Air Atas Jalanraya. Sempat Singgah Selepas Terjah Bersama Krew Angkara Di Pusat Pemindahan Banjir SMK Pandan Ptg Tadi. ‪#‎cmknews‬


Demikianah perjaanan edisi terjah banjir kami pada 26 Disember 2014. Perjalanan seterusnya menyusul. #cmkterjah

0 Komen Artikel Ini: