Kami membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Maran dan meneruskan perjalanan ke Temerloh seperti biasa. Walau pun engkar arahan, namun niat kami ialah untuk mendapatkan gambar-gambar banjir secara dekat dari lokasi. Kami berjaya melepasi exit Plaza Tol Chenor dan kemudian meneruskan perjalanan ke R&R Temerloh untuk solat dan makan. Selepas itu kami teruskan perjalanan dan ternyata air Sungai Pahang naik tinggi dan sungguh membimbangkan.
[4.30 PM] - Laluan LPT Dr Ktn Ke KL Di Tutup Kpd Lalu Lintas. Semua Kenderaan Di Lencongkan Ke Maran Menyebabkan Kesesakan Yg Luar Biasa. Di Fahamkan Banjir Berlaku Di LPT Temerloh Dan Hanya Kenderaan Ringan Di Benarkan Lalu. Pihak Polis Memantau Di Simpang Ke Plaza Tol Maran. Sila Berhati2. #cmknews
[5.11 PM] ~ Kami Berjaya Melepas Plaza Tol Maran Ke Chenor, Selepas Membuat U-Turn Sebelum Bayar TOL. Niat Kami Nak Dptkan Gambar Dr Lokasi Banjir. Ternyata Banjir Di LPT Maran - LPT Chenor Sudah Surut. Kami Skrg Rehat Di R&R Temerloh. #cmknews
[5.20 PM] ~ Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Dr Maran Ke Chenor Lengang Tiada Kenderaa Yg Lalu. Hanya Krew Kami Yg Bergerak Utk Memantau Banjir, Bg Memberi Maklumat Terkini Kpd Shbt2. Ternyata Dr Maran Ke Chenor Sudah Boleh Di Lalui.. Banjir Sudah Surut. #cmknews
[6.45 PM] ~ Laluan Di Simpang Plaza Tol Temerloh Sudah Di Naiki Air & Bahaya Kpd Kenderaan Ringan. Mmg Tak Boleh Di Lalui Dr Kedua2 Arah Skrg. #cmknews
[6.50 PM] ~ Situasi Di LPT kat Simpang Plaza Tol Temerloh Skrg Agak Tragis, Bila Ada Yg Sanggup Meredah Banjir Utk Balik Kampung. Air Banjir Sanggup Di Redah. Semua Kenderaan Ringgan Di Halang Melalui Jalan Ini. Amat Berbahaya. #cmknews
[7.01 PM] ~ Beberapa Buah Bas Ekspress Terpaksa Meredah Air Akibat Banjir Di Simpang Plaza Tol Temerloh. #cmknews
Ini Foto Banjir Di Felda Sungai Nerek, Keluar Tol Chenor Masuk Kiri Utk Ke Pekan Awah /Temerloh Mmg Sudah Tak Lepas. Rakaman Petang Tadi Dr Lokasi. #cmknews
Kami sempat merakamkan gambar di atas jambatan dan kemudian teruskan perjalanan untuk keluar melalui Plaza Tol Temerloh.
Malahnya, di KM126 simpang masuk ke Plaza Tol Temerloh, sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan akibat dinaiki air lebih 300 meter. Demikianlah serba sedikit rentetan perjalanan kami untuk tatapan pembaca budiman. Video sila tengok di bawah:-
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan