Edisi Terjah Banjir NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) ke Pekan petang semalam adalah yang terbaik sepanjang musim banjir ini. Ia kerana saya sendiri berjaya mengadap dan berbual mesra dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Ahmad Shah ketika baginda hadir ke program sumbangan banjir di Pusat Pemindahan Banjir Di Sekolah Kebangsaan Pahang Tua.
Pertemuan yang tidak dirancang itu berlaku ketika kami menerjah banjir di Kg.Semangat, Kg.Lamir berdekatan dengan Kg,Pahang Tua. Kami bergegas ke SK Pahang Tua selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk bahawa ada majlis penyerahan bantuan banjir oleh Tengku Mahkota Pahang di sana. Tidak syak lagi kehadiran kami kena pada masanya. Sempat melihat anakanda baginda menyampaikan sumbangan banjir di situ, sebelum saya mengambil kesempatan untuk mengadap baginda secara berdepan. Sempat berbual dan bergambar seketika sebelum banginda dan rombongan beredar ke lokasi lain.
Terdahulu, kami sempat merakamkan beberapa gambar dan video di Kg. Permatang Pasir dan Kg.Lamir. Sebelum balik ke Kuantan sempat memantau keadaan terkini air Sungai Pahang di Jambatan Sultan Abu Bakar dan selepas itu ke Riverfront Pekan untuk melihat sendiri keadaan air sungai di sana. Ternyata keadaan masih terkawal dan air masih belum naik sepenuhnya membanjiri bandar Pekan.
Foto2 Yg Sempat Di Rakamkan Ketika Kami Berkunjung Ke Kg.Lamir, Kg.Pahang Tua .. Utk Meninjau Situasi Terkini Banjir Ptg Tadi. Air Sedang Naik. #cmknews
[4.55 PM] ~ Singgah Di Kg.Semangat, Dlm Edisi Terjah Ke Pekan. Kawasan Ini Air Baru Naik Dan Mangsa Banjir Kini Di Tempatkn Di Dewan Orang Ramai. Sempat Posing Dgn Anak2 Penduduk Di Sini. Hati2 Semua Yer. #cmknews
[5.10 PM] ~ Kami Berada Di Kg.Lamir, Pekan. Air Sedang Naik Skrg. Cuaca Kini Hujan Sekejap2 Kadangkala Lebat. Edisi Terjah Banjir Akan Ke Bandar DiRaja Pekan Utk Melaporkan Berita Terkini Selanjutnya.#cmknews
[8.30 PM] ~ Shbt2 Yg Nak Ke Pekan Bandar DiRaja Di Minta Berhati2 Kerana Air Sudah Mula Naik Atas Di Hadapan SMK Ubai, Jalan Pekan-Kuantan. #cmknews
Sebelum beredar sempat makan martabak Pekan. Kami tinggakan Pekan sekitar jam 8.30 malam, dan terserempak pula dengan air banjir yang sudah mula naik ke atas jalan berhadapan Sekolah Menengah Ubai.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan