SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Isu Curah Minyak Di Atas Jalan, NGO Gesa Kerajaan Bertindak


KUANTAN: Isu mencurah minyak atas jalanraya sepatutnya sudah tidak berlaku lagi selepas beberapa kali ia didedahkan kepada media sebelum ini. Namun, isu berkenaan seakan-akan dipandang sepi oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan hingga ia terus mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya di seluruh negara. Tragedi "kemalangan yang dirancang" ini amatlah tidak bertanggungjawab dan ternyata memang biadap sebenarnya. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) yang melihat sendiri kejadian kemalangan akibat tindakan pihak-pihak tertentu mencurahkan minyak di atas jalanraya.

Katanya kejadian berlaku di satu selekoh  berbahaya selepas keluar dari Terowong Genting Sempah, Lebuhraya Pantai Timur laluan Karak ke Kuala Lumpur malam kelmarin. "Saya melihat sendiri di depan mata sebuah kenderaan terhumbang ke dalam longkang berdekatan akibat jalan licin.. sebuah motosikal  juga terbabit dalam insiden itu selepas gagal mengawal kenderaannya akibat permukaan jalan yang terlalu licin".

"Saya melalui sendiri detik cemas, berjalan dia atas jalan raya yang terlalu licin sejauh hampir 100 meter.. dan saya menjangkakan jarak curahan minyak sekitar 600 meter. Persoalannya, adakah minyak tumpah... tidak mungkin kerana terdapat maklumat daripada orang awam di situ yang mengatakan memang ternampak beberapa buah kenderaan sengaja mencurahkan minyak di atas jalan terbabit. Modus operandi mereka ialah dengan menggunakan kenderaan lama yang ditebuk di tempat duduk sebelah pemandu, kusyen di buang dan kemudiannya mereka berjalan perlahan sambil menuangkan minyak (diesel) agar terwujudnya kemalangan di kawasan terbabit. Saya tidak pasti ia dilakukan oleh siapa, namun tidak mungkin oleh orang awam biasa kerana motif ini jelas sekali untuk keuntungan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini demi keselamatan orang awam yang lain hendaknya", kata Shukri.

Sementara itu, beliau turut menggesa pihak penyelenggara Lebuhraya Pantai Timur iaitu Malaysia Thailand Development (MTD) melalui Anih Berhad melakukan sesuatu termasuk memasang CCTV di lokasi terbabit, terutamanya di kawasan selekoh berbahaya. Ia bagi memudahkan siasatan dan pemantauan terhadap pihak yang bertanggungjawab. "Amat memusykilkan bilamana begitu cepat kenderaan tunda (towing) tiba di lokasi kejadian selepas kemalangan itu.. Kenapa trak tunda MTD begitu lambat bertindak dan seolah-olah ada ssuatu yang tidak kena dalam hal ini. Siasatan yang rapi perlu dilakukan segera agar tiada pihak yang membuat cubaan membunuh sesuka hati untuk keuntungan perniagaan mereka pada masa akan datang", tegas Shukri lagi. #sumber

0 Komen Artikel Ini: