"Jika benar dakwaan ini, maka saya sebagai rakyat Pahang amat terkilan dan rasa terhina dengan tindakan mereka. Persoalannya, bagaimana kain rentang yang berbentuk provokasi melampau begitu boleh terlepas pandang oleh pihak stadium?. Mana pergi pegawai bertugas?. Memang kita tau ini bukan kerja sebahagian besar penyokong JDT, namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Justeru, saya menggesa satu siasatan lanjut dijalankan segera demi kebaikan semua", kata Shukri.
"Sebagai anak Pahang, saya memang berharap isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak berkuasa... saya juga menggesa warga Pahang membuat laporan polis di seluruh negeri ini terhadap penghinaan melampau itu. Soal siapa punya kerja itu kedua, masalahnya bagaimana longgarnya pegawasan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin hingga boleh membiarkan adengan memualkan ini terjadi.. FAM juga di gesa bertindak segera terhadap JDT dalam hal ini. Menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun penghinaan sedemikian rupa amatlah tidak berperikemanusiaan", katanya.
Tidak dapat dipastikan kesahihan gambar pada kain rentang tersebut, namun siasatan perlu dijalankan segera bagi tidak mencemarkan imej negeri Pahang. Ramai peminat yang marah dan kecewa dengan tindakan itu. Baca kenyataan salah seorang penyokong Pahang di lama facebooknya. "1 november 2014 mereka buat tifo gajah pink kentut di stadium nasional bukit jalil 31 januari 2015 di stadium tan sri hassan yunos larkin mereka menggambarkan presiden FAM yg juga KDYTM Tengku Mahkota Pahang sbg anjing. Dan anjing hitam putih itu sbg pahang. Hati ini amat terguris dan apakah jua hati 1.4 juta rakyat pahang. Walaupun hati org pahang ini lemah lembut seperti tertulis dalam jata negeri pahang, yaa alif lam tho yaa fa (yaa latif) membawa maksud yang maha lembut (salah satu nama dan sifat Allah) namun kesabaran hati kami ada batasnya. Semoga Allah memberi hidayah pada kalian. Nak sumpah laknat pun kalian masih seagama, sebangsa dgn aku".
Tindakan biadap penyokong Johor ini juga mendapat komen daripada Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Maimunah Iskandariah di twitternya. Sila rujuk kenyataan baginda di bawah:
Bolasepak adalah sukan untuk keamanan, namun pertembungan Pahang vs JDT senantiasa sahaja berakhir dengan kontroversi yang berpanjangan. "Atas semangat kesukanan, saya menyeru penyokong Johor agar lebih bersikap terbuka dalam tindakan.. Janganlah kerana bolasepak kita akan terus bermusuhan sehingga ke akhirnya.. Sukan bolasepak itu adalah untuk mewujudkan peyatuan dan keharmonian sesama kita.. Isteri saya sendiri orang Johor dan beliau juga kecewa dengan senario yang berlaku.. amat menjijikkan sama sekali.. Marilah kita bersatu atas nama sukan", kata Mohd Shukri lagi. #pahangdaily
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan