SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Isu Bauksit Makin Kritikal, Air Laut Pantai Kuantan Pula Merah


Amat Memalukan, Ternyata Imej "Kuantan Bandar Lestari" Semakin Tercemar. Gara-Gara Aktiviti Perlombongan Bauksit Secara Berleluasa Tanpa Kawalan, Peraturan Dan Undang2 Kini Air Laut Di Kawasan Pelabuhan Kuantan Dan Sekitarnya Pula Menjadi Mangsa.


Warna Kemerahan Akibat Lumpur Tanah Bauksit Amat Jelas Kelihatan. Satu Persoalan?. Apakah Negeri Pahang Sudah Tiada Pentadbirnya? HinggaBenda Yg Sudah Jelas "Terang Lagi Bersuluh" Ini Pun GAGAL Di Tangani Berlandaskan Undang2?.


Mana Pergi Penguatkuasaan Oleh JAS, PTG, PBT, SPAD, JPJ Dan Kerajaan Negeri Pahang Sendiri?. Apakah Senario Ini Harus Terus Di Biarkan Begini?. Ia Jelas Sekali Memalukan Terutamanya Kpd Para Pelancong Dr Dalam Dan Luar Negara Yg Berkunjung Ke Kuantan.


Mohon Pihak Berkenaan Bertindak Segera. Jangan Biarkan Rakyat Terus Di Selubungi Derita Akibat Pencemaran Yg Semakin Kritikal Sekarang Ini. Dengarlah Rintihan Rakyat. Caknalah Nasib Mereka. Jangan Hanya Fikirkan Soal Keuntungan Semata2 Hingga Persetankan Segala-Galanya !!

MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: