SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Jalan Kotor, Imej "Kuantan Indah Lestari" Kini Makin Tercalar !


Nampaknya isu jalan kotor akibat aktiviti perlombongan Bauksite di Kuantan kini terus menghantui penduduk. Saya menerima satu gambar terbaru yang amat memalukan. Begitu kotor dan amat menjijikkan. 

Saya hairan dengan sikap pihak berkuasa yang terus menyepi dalam isu ini. Sudah berpuluh kali rakyat mengadu dan mereka berjanji untuk mengatasinya, namun kini segala janji tinggal janji. Jalanraya semakin kotor terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan lokasi lombong sekitar Rancangan Tanah Pemuda Bukit Goh dan menghala ke Gebeng/Pelabuhan Kuantan.

Keadaan ini jelas sekali boleh merosakkan imej "Kuantan Indah Lestari" yang menjadi cogankata dimana-mana papan tanda gergasi di sekitar bandar ini. Kuantan kini sudah seperti Pekan Koboi. Malu kepada para pelancong yang datang terutamanya dari luar negara.



Saya tidak faham kenapa isu ini masih gagal ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan?. Apa yang jelas dapat dilihat sekarang, Pahang seolah-olah tidak mempunya peraturan dan undang-undang. Tiada penguatkuasaan dan tiada tindakan kerana isu masih tidak selesai hingga sekarang.

Kasihan benar belihat rakan-rakan yang menanggung sengsara akibat senario ini. Bayangkan anak-anak terpaksa ke sekolah melalui jalan kotor dan menjijikkan seperti ini. Sudah pasti ia juga akan menganggu kesihatan penduduk setempat terutamanya kanak-kanak.

Himpunan yang diadakan di Surau Tg Pasir, Bukit Goh sebelum ini langsung tidak memberi apa-apa kesan. Ternyata jika isu ini berlarutan, pasti lebih ramai pelancong akan mengubah jadual mereka ke Bumi Darul Makmur ini. Tolonglah kerajaan. Dengarkan rintihan rakyat. CMK@ANGKARA

4 Komen Artikel Ini:

  • Tanpa Nama says:
    14 Mei 2015, 11:47:00 PTG

    Assalam..sya setiap hari guna jalan bukit goh ke tempat kerja.bayangkanlah betapa sengsaranya ibu bapa yang hantr anak ke sekolah dgn motosikal setiap hari.trpKsa berjuang dgn debu, selut dan lori2 boksid yang mmg kurang ajar tak mengira masa.kami hanya mmpu mengeluh xde tmpt nk mengadu..zamree_m

  • Tanpa Nama says:
    15 Mei 2015, 3:30:00 PTG

    maroh sekejab jer bulih br1m diamla biasala melayu umno

  • Tanpa Nama says:
    17 Mei 2015, 9:08:00 PTG

    Anonymous @Anonymous said...
    maroh sekejab jer bulih br1m diamla biasala melayu umno..ko yg terhegeh hegeh amik dulu..kah

  • haslizam says:
    8 Jul 2015, 11:47:00 PG

    media arus perdana tak akan lapor kecuali terjadi di penang, selangor atau kelantan..