SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Angkara Anjurkan Flashmob Bantah Pengerusi TH Di Kuantan


Pada Isnin tanggal 11 Mei lalu, saya bersama sahabat-sahabat dari PAS dan KeADILan telah mengadakan satu himpunan aman Flashmob protes Pengerusi Tabung Haji (TH) di Pejabat Tabung Haji, Jalan Bukit Ubi Kuantan.

Program anjuran NGO Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA) itu bagaimana pun tidak dipromosikan secara meluas kerana tempoh yang agak terhad. Program bermula sekitar jam 10.30 pagi iaitu terlewat sejam dari jadual asalnya 10.00 pagi.



Sebelum program saya telah menyebarkan maklumat menerusi media sosial kepada rakan-rakan NGO dan parti politik untuk sama-sama hadir memberikan sokongan dalam protes aman yang diadakan itu. Apapun, hanya Pengerusi NGO Badan Bertindak Rakyat Pahang yang hadir iaitu Tn Syed Ali. 



Turut hadir ialah Kamarzaman Md Yunus yang mewakili PKR Pahang, Sdr Alang mewakili Parlimen Kuantan dan Bung Hatta mewakili Parlimen Indera Mahkota. Selainnya beberapa orang penyokong PAS termasuk Blogger PKR, Wan  Fauzdins. 



Sebelum program kami bersarapan di Restoran KITA untuk berbincang strategi berikutnya. Sekitar jam 10.30 bergerak ke Pejabat Tabung Haji. 20 bunting disediakan oleh Syed Ali. Seperti arahan pihak polis, kami hanya berhimpun secara aman seramai hampir 50 orang.



Tiada ucapan berapi dan tiada provokasi berlaku. Program dipantau oleh pihak beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB). Bunting dipamerkan kepada orang ramai yang lalu lalang. Kenderaan kemudian membunyikan hon sebagai tanda sokongan.



Kami berhimpun sekitar satu jam di hadapan Pejabat Tabung Haji Kuantan tanpa sebarang adengan yang tidak diingini. Selepas merakamkan gambar dan video  yang berkaitan kami kemudian bersurai sekitar jam 11.45 pagi. 

Masing-masing bergerak ke Food Court, Arked Mara berhampiran untuk bertukar-tukar pandangan. Pada dasarnya program berjalan dengan baik dan kami hanya mahu membawa suara rakyat agar Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeeez Abdul Rahim dan empat yang lain meletakkan jawatan mereka.



Pendeposit sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan mereka akibat isu pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) yang amat meragukan. Himpunan seterusnya akan diadakan di lokasi yang lain pada masa akan datang. #CMKNEWS

0 Komen Artikel Ini: