Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin, yang berlangsung pada 5 Mei telah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Sementara itu Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei pula dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Paling menarik untuk saya perkatakan ialah kedua-dua pilihanraya ini dijalankan selepas ia kosong akibat kehilangan dua tokoh utama negara. Satu dari BN iaitu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terbabit dalam kemalangan helikopter, sementara itu satu lagi dr PR (Pakatan Rakyat) iaitu Ketua Pembangkang sendiri tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, Anwar cuma hilang dari persada politik tanahair untuk tempoh lima tahun sahaja selepas didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan.
Juga menarik untuk diperkatakan ialah, kedua-dua calon yang menang PRK ini ialah calon veteran atau orang lama. Malah calon PKR seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail berusia 63 tahun juga sudah bergelar "nenek" sebenarnya. Sementara itu calon BN, Datuk Hasan Ariffin adalah muka lama yang diberi nafas baru pula sudah berusia 62 tahun.
Pada PRK Permatang Pauh semalam, Wan Azizah memperolehi 30,310 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, 44 tahun yang mendapat 21,475 undi. Sementara itu di PRK Rompin, Hasan Arifin mendapat 23,796 undi menewaskan calon PAS Nazri Ahmad, 40 tahun yang mendapat 14,901 undi.
Ini bermakna, kedua-dua parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang harus sedar bahawa rakyat sebenarnya memang amat dahagakan perubahan. Persoalannya, pihak mana yang mampu perjuangkan agenda perubahan itu maka merekalah yang akan disokong.
Apapun, syabas dan tahniah kepada penyokong kedua-dua calon yang menang. Suburkan demokrasi. Cuma agak terkilan saya tidak dapat menyertai PRK Rompin seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Agak mengejutkan pula di PRK Permatang Pauh, bila calon bebas (lambang kunci) Salleh Isahak berjaya mendapat 367 undi mengatasi calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman yang hanya mendapat 101 undi.
Suburkan demokrasi, salam perjuangan buat semua.
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan