Keputusan Pilihan Raya Kecil P091 Rompin sudah pun diketahui. Seperti yang saya maklunkan kepada pihak media ketika "koyak kertas pencalonan" pada 22 April sebelum ini bahawa BN akan menang dengan majoriti bawah 10,000 undi akhirnya terbukti.
Kemenangan yang dijangka tapi tidaklah terlalu membanggakan. Bayangkan kalau BEBAS masuk dan dapat tarik 5,000 undi seperti yang saya war-warkan... maka undi BN pasti akan turun lagi kepada paras di bawah 3,000 undi dan pasti keputusannya berbeza sama sekali.
Kejatuhan undi ke paras 41% membuktikan pengundi Rompin sudah mula memberi isyarat awal bahawa mereka tolak GST dah FGV.
Maka itu BN perlu berhati2 selepas kemenangan ini. Apa yg dijanjikan perlu dilaksanakan segera tidak seperti di Teluk Intan atau lain2 kawasan sebelum ini.
Rakyat akan melihat dan menilai dlm tempoh tiga tahun menjelang PRU14 ini.
Kekalahan PAS mmg sudah dijangka namun parti itu berjaya menakluki banyak peti undi terutamanya di kawasan Felda. Ia merupakan isyarat jelas bahawa Felda bukan lagi aset utama buat BN sekarang ini..
Apapun.. syabas dan tahniah kepada BN atas kejayaan memenangi PRK Rompin.. Dgn kekuatan jentera dan kewangan sepatutnya BN menambah lagi undi. Namun, itulah hakikatnya. Rakyat ternyata mahukan perubahan.
Buat PAS, syabas dan cuba lagi di masa akan datang. Kekuatan dan sokongan sudah ada, cuma perlu diperkemaskan lagi unktu sebuah kejayaan. Teruskan usaha.
Salam perjuangan dari bekas calon bebas "tak jadi".
MOHD SHUKRI MOHD RAMLI
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
A N G K A R A
(Blogger Cucumatkilau)
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
A N G K A R A
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan