Tuesday, January 12, 2016

Angkara Silap, Jawapan Untuk "Hero Bauksit" Si Jong Jongae !

Susulan pendedahan saya sebelum ini bahawa ada pemimpin pembangkang di Pahang yang terlibat dengan aktiviti bauksit, maka saya telah diserang bertalu-talu dalam facebook group Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) hari ini.

Ia berikutan tindakan sahabat Jong Jongae (JJ) yang mungkin juga "hero bauksit" kerana berani mengeluarkan kata-kata sinis dan memperli istana Pahang dalam isu ini. Tulisan ringkas JJ "@Angkara Silap, masih menanti pendedahan cucu mat kilau dato syukry ramlee" telah mendapat respon dan kritikan daripada pembaca terhadap saya.

Bagi saya komen yang dibuat oleh beliau itu ada asasnya kerana heboh diperkatakan mereka hari ini bahawa salah seorang Pegawai PTG Pahang yang ditangkap oleh SPRM dalam isu Bauksit juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan. Lantas beliau mengatakan saya silap dan sebenarnya pemimpin UMNO yang terlibat.

Sila KLIK SINI untuk membaca artikel sepenuhnya

Persoalannya, pemimpin UMNO itu ditangkap bukan atas kapasiti orang parti (politik) yang terlibat secara langsung mendapat hasil dari bauksit. Beliau mungkin terlibat atas kes yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang sebagai penjawat awam. Bahkan, tiada mana-mana media yang mendedahkan siapakah beliau, apa jawatannya dalam parti dan sebagainya. Cuma orang Kuantan yang kenal dan tahu, dia ada jawatan dalam UMNO Kuantan sahaja yang menviralkan perkara itu. Sebelum ini umum hanya mengetahui yang ditangkap adalah pegawai PTG Pahang. Ini bermakna, ia bukan melibatkan pemimpin politik sebenarnya. 

Tapi, ia berbeza dengan isu pemimpin pembangkang yang dipercayai terlibat dengan aktiviti bauksit. Terlibat bukanlah bermakna mereka dengan secara jelas menjalankan aktiviti tersebut secara terang-terangan. Tetapi, keterlibatan mereka adalah melalui "pihak ketiga". Tidak perlulah saya mendedahkan siapa mereka yang berkenaan. Cukup sekadar itu maklumat yang boleh dipaparkan. 

Tuduhan kononnya saya takut untuk mendedahkan kerana tidak cukup maklumat. Itu pun sangkaan yang meleset. Saya mengambil kesempatan untuk memantau dan mengumpulkan bukti-bukti kukuh sebelum ia didedahkan kepada umum. Sebelum ini saya pernah mahu mengadakan sidang media berkenaan perkara ini. Tapi saya tangguhkan dulu kerana memberi peluang kepada pihak berkenaan untuk menyedari keterlibatan mereka sudah di hidu. Saya tidak mahu, kes pendedahan tentang orang kuat PAS Pahang terlibat dengan projek Lynas beberapa tahun lalu berulang kembali. 

Pada awalnya, ramai menuduh saya fitnah dan sengaja mereka-reka cerita. Saya memberi tempoh kepada pihak terbabit untuk berundur dari parti atau melepaskan kepentingan mereka dalam projek Lynas. Tapi tidak diendahkan dan menganggap maklumat yang saya ada tidak lengkap. Tapi akhirnya saya dedahkan dan ia meletup menyebabkan, PAS terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua individu terbabit. 

Sila KLIK SINI untuk membaca artikel sepenuhnya

Sila KLIK SINI untuk membaca artikel sepenuhnya

Selepas habis tempoh yang saya berikan kepada pimpinan PAS Pahang, akhirnya saya terpaksa dedahkan dua individu terbabit. Ia cukup menggemparkan hingga perkara ini kemudian telah disebut oleh Menteri Besar Pahang ketika sidang DUN Pahang selepas itu. 

Sila KLIK SINI untuk membaca artikel sepenuhnya

Masing-masing terkejut dengan pendedahan kerana menyangka ia hanyalah "hear say" sahaja. Saya difahamkan, kedua-dua mereka akhirnya meletakkan jawatan dari parti dan terus menjalankan aktiviti mereka dengan Lynas. 

Kenyataan saya supaya PAS menyiasat lebih awal tidak diberi perhatian, akhirnya pendedahan panas terpaksa dilakukan. Saya benci dengan mereka yang berpura-pura, depan menentang tapi di belakang sapu projek. Mereka lebih utamakan kepentingan peribadi tanpa mengambil kira kedudukan dalam  parti. Persoalannya, adakah semua itu adalah fitnah?. Akhirnya semua orang heboh dan mula curiga, kerana ramai lagi pemimpin dan anak-anak orang PAS kemudiannya bekerja di Lynas hingga ke hari ini. 

Perjuangan membantah Lynas pula seolah-olah sudah berakhir apabila NGO-NGO yang berkenaan seolah-olah sudah menyerah kalah dalam isu tersebut. Malah lebih mengejutkan lagi ada NGO yang hebat seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) kemudian didaftarkan sebagai syarikat oleh pihak-pihak tertentu supaya akaun bank mereka tidak diketahui umum. segala sumbangan akhirnya beku begitu sahaja. Mana-mana AJK yang bising akan dipecat. Inilah hakikat yang terjadi. Semua ini boleh disiasat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Justeru, saya berharap sahabat-sahabat yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan Bauksit diminta jangan panik. Usahlah memaksa saya untuk membuat pendedahan panas kali kedua. Kerana jika ia didedahkan, sudah pasti rakyat jelata akan terkejut dan kecewa dengan berita ini. 

Tunggulah saat dan ketikanya sama ada pendedahan itu perlu dibuat atau tidak. Apapun, berjuanglah dengan jujur dan ikhlas demi rakyat. Jangan sesekali abaikan rakyat dan menjaga kepentingan peribadi semata-mata kerana mahukan kemewahan duniawi. Persoalannya, apakah maklumat ini fakta atau pun auta?. Tunggu..  #CMKNEWS

1 Komen Artikel Ini:

  • IBU SUNARTI DI KALIMANTAN says:
    Jul 14, 2016, 11:57:00 AM

    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))