SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Angkara Gesa Kerajaan Bertindak Terhadap Pelombong Haram !


Sy Amat Terkejut Membaca Hasil Perjumpaan Tertutup Kontraktor, Peneroka Dgn Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bauksit Bukit Goh, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manaf Di Felda Bukit Goh Smlm.
Antara Lain Kira-kira 32 Kontraktor Yg Jalankan Aktiviti Perlombongan Bauksit Di Felda Bukit Goh Itu Memohon Kerajaan Negeri Pahang Mempertimbangkan Pengeluaran Lesen Mengeluarkan Bahan Mineral Itu Untuk Tujuan Kesejahteraan Jangka Panjang Para Peneroka Di Tanah Rancangan Itu.
Mereka Yg Mewakili 159 Peneroka Turut Memberi Jaminan Akan Mematuhi Semua Arahan Yang Termaktub Dalam Peruntukan Undang-Undang Termasuk Memastikan Tiada Pencemaran Alam Sekitar Seperti Yang Berlaku Sebelum Ini.
Paling Menarik Pihak Terbabit Juga Akan Pastikan Semuanya Berjalan Lancar Mengikut Peraturan. Masalah Sebelum Ini Kononnya Timbul Kerana Operasi Pengeluaran Bauksit Dilakukan Secara HARAM
Baca Selanjutnya Di Sini >> http://m.utusan.com.my/…/kontraktor-peneroka-mohon-pertimba…
Maka Itu Kami Menggesa Kerajaan Negeri Pahang Segera Bertindak Terhadap Para Kontraktor Berkenaan Yg Sudah Mengaku Mereka Melombong Secara Haram Selama Ini. Soalnya, Kenapa Kerajaan Tidak Mahu Gunakan Peruntukkan Undang2 Tanah Dan Galian Yg Ada Untuk Menyaman Kesemua Pelombong Terbabit?. Pengakuan Yg Ikhlas Dan Jujur Telah Di Buat Oleh Mereka.. Bertindak Sekarang Kerana Segala Rekod Dan Maklumat Pasti Sudah Ada Di Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang (PTG).
Kerajaan Harus Ingat Negeri Ini Ada Undang-Undang Berkaitan Tanah Dan Galian. Mereka Sudah Mengaku Melombong Secara Haram, Bermakna Mereka Sudah Khianat Dengan Merompak Hasil Mahsul Kerajaan Negeri. Kerajaan Gagal Mendapat Cukai Dan Royalti Akibat Aktiviti Haram Ini.
Rakyat Pula Hidup Tertekan Dengan Pencemaran Alam Sekitar Yg Melanda. Kesihatan Dan Keselamatan Rakyat Terbanyak Terancam Dgn Kebanjiran Begitu Banyak Lori2 Bauksit Yg Beroperasi Secara Haram.
Kontraktor Dan Peneroka Terbabit Sudah Mendapat Hasilnya Sejak Sekian Lama. Rakyat Yg Tidak Terlibat Menanggung Derita Dan Sengsara. Alam Sekitar Yg Tercemar Pula Merana. Maka Inilah Masa Kerajaan Negeri Pahang Perlu Buktikan Negeri Ini Ada Pemerintah Dan Undang-Undang. Kepentingan Majoriti Rakyat Perlu Di Utamakan.
Justeru, Kerajaan Negeri Pahang Tidak Wajar Melayan Sebarang Tuntutan Memorandum Untuk Memohon Pertimbangan Bg Mendapatkan Lesen Kepada Pihak Terbabit. Keadaan Sudah Makin Kritikal Dan Penderitaan Rakyat Perlu Di Beri Perhatian Sewajarnya.
Mereka Semua (Kontraktor Dan Peneroka) Sudah Mendapat Hasilnya Sejak Aktiviti Perlombongan Ini Beroperasi. Makanya, Sy Melihat Sudah Tiba Masanya Kerajaan Negeri Pahang Cakna Rakyat, Bukan Memberi Peluang Kedua Kepada Para Pelombong Haram Ini.
Akibat Dari Kekotoran Debu bauksit Dan Pencemaran Alam Sekitar Yg Berlaku, Imej Dan Maruan Kerajaan Negeri Pahang Sudah Di Cemari Di Mata Dunia Sebenarnya. Maka, Kembalikanlah Situasi Ini Kepada Asalnya. Jangan Terus Menyeksa Rakyat Dek Kerana Beberapa Kerat Manusia Yg Mengejar Kemewahan Dan Mendapat Habuan Duniawi.
Kita Takut, Allah Akan Murka Ke Atas Alam Ini Dan Menurunkan Bala Pula Di Bumi Bertuah Ini. Sy Merayu Supaya Kerajaan Negeri Pahang Bertegas Dalam Hal Ini. Tidak Perlu Ada Kompromi Utk Menyelamatkan Segelintir Manusia Yg Rakus Mengejar Keuntungan Tanpa Mengambilkira Aspek Kemanusiaan.
Kerugian Yg Peneroka Dan Kontraktor Ini Alami, Itulah Risiko Yg Perlu Mereka Tanggung. Kenapa Mahu Salahkan Kerajaan Atas Semua Ini. Ketika Mereka Mendapat Keuntungan, Pernahkah Mereka Memikirkan Nasib Rakyat Terutamanya Penduduk Sekitar Yg Saban Hari Bersuara Membantah Aktiviti Ini?.
Justeru, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Mengotakan Janji Utk Membatalkan Kesemua Lesen Melombong Bijih (MOL) Mulai 31 Julai 2015 Ini. Malah, Semua Lombong2 Haram Juga Tidak Terkecuali Perlu Akur Dgn Arahan Ini. Soal Pihak Terbabit Mahu Merayu Itu Hak Mereka. Tapi Bukan Sekarang !. Apa Yg Rakyat Mahu Selepas Tanggal 31 Julai 2015 Maka Hidup Mereka Akan Kembali Tenteram Dan Aman Damai Seperti Biasa.
Anak2 Mereka Boleh Kembali Ke Sekolah Seperti Biasa Tanpa Gangguan Dr Lori2 Bauksit Yg Bermaharajalela. Alam Sekitar Dan Keindahan Flaura Dan Fauna Yg Tercemar Juga Pulih Seperti Sediakala. Kehidupan Yg Lebih Sihat Dan Bersih Adalah Aset Paling Berharga Utk Di Nikmati Oleh Generasi Akan Datang.
"PEOPLE'S JUSTICE VOICE"
MOHD SHUKRI MOHD
RAMLI@JAMALUDDIN
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

0 Komen Artikel Ini: