Tuesday, August 8, 2017

Clever Girl: NGO Gesa Tidak Gunakan Gelaran "Wakil Negeri" !


KUANTAN: Penerbit rancangan "Clever Girl" TV3 digesa menghentikan penggunaan nama "wakil negeri" untuk rancangan tersebut bagi menggelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai. Perkara itu disuarakan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli. 

Menurut Shukri, penggunaan nama "wakil negeri" tidak bersesuaian dan jelas sekali mencalarkan imej negeri terbabit sebenarnya.

"Jika pemilihan perserta dibuat secara saringan dan melalui tapisan di peringkat daerah atau melalui institusi penganjian tinggi (IPT), mungkin ia boleh diterima dek akal. Namun, ia harus melalui perbagai tapisan melibatkan agensi yang berkenaan. Jika rancangan seperti itu hanya melibatkan pihak penerbit atau TV3 yang memilih perserta, maka tak perlulah menggunakan perkataan wakil negeri", dakwa Shukri.

Beliau turut menegaskan, rancangan tersebut nampak sekali memperbodohkan penonton kerana kebanyakkan perserta hanya "menembak" jawapan sama ada A,B, C atau D. Mereka ternyata bukanlah "bijak" atau "clever" seperti yang didakwa. 

"Jika jawapan yang diteka itu betul, ia sekadar nasib semata-mata. Jika salah ia pun nasib. Namun jelas sekali rancangan itu menipu penonton dan tidak lebih kepada propaganda semata-mata. Walhal, sebaliknya ia memalukan  wakil negeri masing-masing sekiranya mereka tidak menjawab dengan tepat dan memang tak tahu langsung jawapan sebenarnya", jelas Shukri lagi.

Justeru katanya, TV3 elok menukar format rancangan dengan tidak menggunakan istilah "wakil negeri" sebaliknya gunakan nama masing-masing. 

"Jangan gunakan wakil negeri, gunakan nama peribadi masing-masing kerana itu lebih baik dari mencemarkan imej negeri dengan tahap mentaliti yang tidak cerdik. Jika dibiarkan, pasti rancangan seperti ini akan terus dicemuh oleh para peminat selepas ini", katanya lagi.

Sebelum ini, rancangan yang sama telah mendapat kritikan daripada orang ramai. Namun pihak TV3 masih mengekalkan format yang sama iaitu menggunakan nama "wakil negeri". Penerbit seolah-olah "pekakkan telinga" dan tidak mahu mendengar komen-komen daripada orang ramai tentang perkara ini. #pdonews

1 Komen Artikel Ini:

  • Anonymous says:
    Sep 5, 2017, 12:41:00 AM

    Pernerbit jika dah bangang nak buat macam mana. Dia ingat dialah yang paling clever.