Wednesday, January 17, 2018

Hina Sultan Pahang: Mahfuz Tak Usah Berdolak Dalih, Mohon Maaf Segera !


Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, mengaitkan nama Sultan Pahang dalam ceramah beliau baru-baru ini jelas sekali merupakan tindakan biadap yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemimpin politik.

Atas apa jua alasan tindakan Mahfuz jelas sekali sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Walau pun Mahfuz nafi beliau menghina Sultan Pahang, namun bila saya dengar dan ulang beberapa kali video ceramahnya itu.. ternyata kesilapan Mahfuz ialah mengaitkan usia Tuanku Sultan Pahang dengan Tun Mahathir. Beliau malah seolah-olah memperli kononnya Sultan Pahang yang sudah berusia masih lagi pegang kuasa.

Mahfuz gagal membezakan, politik dengan institusi istana serta memahami undang-undang tubuh Negeri Pahang dalam mengeluarkan kenyataannya.

Biarpun Mahfuz mendakwa beliau hanya membangkitkan isu ekoran daripada pemimpin UMNO mempersoalkan usia Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak melayakkan dia menjadi Perdana Menteri, namun apa yang dilakukan itu jelas sekali memperli.

Mahfuz tidak perlu untuk berdolak-dalih, kerana jelas saya melihat kenyataan beliau itu kononnya Tun Mahathir walau pun sudah tua, layak jadi PM sebab usia Sultan Pahang sebegitu pun masih kekal sebagai Sultan.

Justeru, saya menggesa pihak berkuasa menyiasat kes ini dibawah Akta Hasutan kerana keceluparan pemimpin politik seperti Mahfuz mengusik institusi istana untuk jadi bahan jenaka beliau dalam ceramah tersebut.

Sebagai rakyat Pahang yang kasihkan raja kami, maka Mahfuz perlu mohon maaf. Usah berdolak dalih..Tindakan beliau jelas mengguris perasaan kami. Dahlah, Sultan Pahang sedang gering sekarng ini.

Saya juga  menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak manakah yang  menyebarkan video Sultan Pahang yang menjadi viral itu. Tidak wajar "video sulit" seperti itu boleh terlepas kepada umum, yang akhirnya menjadi bahan jenaka kepada orang politik seperti Mahfuz. #cmknews

0 Komen Artikel Ini: