Tuesday, April 3, 2018

Dua Kerusi Parlimen Dan Empat DUN Jadi Pilihan Sekiranya Saya Sertai PRU-14 Ini !


Pilihan Raya Umum Ke-14 kini semakin dekat. Ramai yang bertanya adakah saya akan sertai PRU kali ini. Saya tidak mahu mengiyakan, namun tidak menolak kemungkinan untuk sertai PRU14. 

Kali ini saya menyasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan juga DUN pula.

Saya pernah bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Bera  pada PRU12 lalu dan keputusan untuk meneruskan hasrat bertanding timbul selepas melihat situasi politik semasa. 

Rakyat keliru mahu memilih, maka beri mereka pilihan ketiga (3rd Force) yang lebih juju berjuang untuk rakyat jekata tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing.

Asalnnya saya nak rehat dan bagi sokongan kepada rakan-rakan yang lain. Namun selepas berbincang dengan beberapa orang sahabat.. mereka merestui agar saya bertanding sekali lagi kali ini.

Pada PRU13 lalu, saya bertanding bebas di kerusi DUN Semambu, Parlimen Indera Mahkota dan hanya mendapat 880 undi ketika itu. 

Saya ggal bertanding bebas di PRK Rompin ada kekeliruan dan kontroversi yang berlaku.

Jika diberi pilihan , kali ini saya  berminat untuk tawarkan diri bertanding kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Sementara itu bagi DUN pula di Semambu, Teruntum, Pulau Tawar dan Chenor. 

Saya bebas memilih di mana mahu bertanding kerana tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tapi, bagi rakyat yang keliru dengan situasi politik hari ini maka mereka boleh memilih calon bebas pro-rakyat.

Apapun keputusan saya untuk bertanding bebas masih belum muktamad lagi kerana mungkin saya akan sertai salah satu parti politik popular negara. Sekiranya itu berlaku maka saya  mungkin hanya akan bekerja untuk memenangan calon yang terbabit sahaja.

Nantikan perkembangan lanjut. Terima kasih.