SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kontroversi Filem "Mat Kilau", Blogger CMK Sedia Bertemu Dengan Syamsul Yusof !


Saya bersedia untuk membuat pertemuan dengan pengarah filem "Mat Kilau", Syamsul Yusof (Skop Productions) untuk merungkai isu yang menjadi persoalan dikalangan majoriti ahli keluarga pahlawan Melayu Pahang itu. 

Kita tidak mahu filem ini juga "berkubur" sama seperti filem-filem Mat Kilau yang pernah dicanangkan sebelum ini.  Jika filem "Polis Evo 2" boleh memilih Jerantut, Pahang sebagai lokasi pengambaran maka apatah lagi sebuah filem yang berkait rapat dengan kawasan itu sendiri sebenarnya.

Justeru, bagi merungkai segala kemelut maka produksi boleh pada bila-bila masa membuat pertemuan dengan pihak kami agar perkara ini dapat dijernihkan.

Kita tidak mahu filem "Mat Kilau" lahir dalam keadaan tidak direstui oleh majoriti ahli keluarga, sanak saudara dan semua yang terbabit. 

Kita mahu sama-sama menyokong filem "Mat Kilau" agar ia lebih berkualiti dan bererti untuk ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan sejarah serta perjuangan pahlawan Melayu terdahulu. Tkasih. 

Tidak Wajar, Perak Di Pilih Jadi Lokasi Utama Set Pengambaran Filem Pahlawan Melayu Pahang "Mat Kilau" !

1 Komen Artikel Ini:

  • Anonymous says:
    Apr 10, 2018, 10:21:00 PM

    Tkyoh beria sgtlah bos..entoh yer ke tok mu ni cucu mat kilau..tnye cucu mat kilau hok betul dia pun tok tahu hehehe