Sunday, April 1, 2018

Tidak Wajar, Perak Di Pilih Jadi Lokasi Utama Set Pengambaran Filem Pahlawan Melayu Pahang "Mat Kilau" !


Tindakan penerbit filem "Mat Kilau" yang memilih lokasi utama pengambarannya di Kampung Telok Bakong, Bota Perak dan bukannaya di kampung asal pahlawan Melayu itu di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.



Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd. itu akan diarahkan oleh pengarah filem muda terkenal, Syamsul Yusof. Filem ini memakan masa penggambarannya selama dua bulan, bermula pada April sehingga Jun dan menelan kos sehingga RM5 juta itu sepatutnya tidak "memalsukan" sejarah asal perjuangan Mat Kilau.

Persoalannya wajarkan filem sejarah seperti ini menafikan hak lokasi asal tempat perjuangan Mat Kilau menentang penjajah British dengan memilih tempat lain sebagai lokasi utamanya.



Sedangkan umum mengetahui Mat Kilau adalah pahlawan Melayu Pahang, bukan Perak. Pahlawan Melayu Perak ialah Dato' Sagor, Dato' Maharajalela, Ngah Ibrahim dan Pandak Endut.


Tetapi Mat Kilau, dan Tok Gajah adalah Pahlawan Melayu Pahang. Maka adalah lebih sesuai lokasi utama yang dipilih di negeri Pahang dan lebih menarik lagi di kampung kelahiran serta perjuangan Mat Kilau itu sendiri iaitu Pulau Tawar.


Namun, anehnya lokasi utama yang dipilih ialah di Perak. Inilah yang menjadikan filem sejarah ini seolah-oleh cuba dipalsukan oleh pihak terbabit. Ia amat mengecewakan sebahagian besar anak-anak Pulau Tawar dan orang Pahang itu sendiri sebenarnya.

Difahamkan, lokasi padang koba (Padang Ragut) di Kampung Telok Bakong telah di pilih menjadi set lokasi utama penggambaran filem. Gambaran dibawah ialah kerja-kerja persiapan set pengambaran yang dijalankan oleh krew bertugas di kampung terbabit baru-baru ini.



Persoalannya jika benar dakwaan Pahang tiada kawasan lapang yang luas untuk pengambaran, ia sungguh mengecewakan dan satu penghinaan buat rakyat Pahang. Umum mengetahui, Pulau Tawar itu sendiri merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantu yang sesuai dijadikan set pengambaran. Ini kerana di sinilah bermulanya perjuangan Mat Kilau menentang penjajahan British di negeri ini.


Bukti kawasan Paya Kangsa Pulau Tawar, kawasan lapang luas > sesuai untuk pengambaran filem Mat Kilau sebenarnyaKampung Pulau Tawar adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu dinamakan Paya Kangsa. Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang menjadi Kampung Pulau Tawar yang asal.

Bukti kawasan Paya Kangsa Pulau Tawar, kawasan lapang luas
sesuai untuk pengambaran filem Mat Kilau sebenarnya

Diantara kampung-kampung yang terdapat di Kampung Pulau Tawar ialah Kg Pulau Tawar
Kg Kedondong, Kg Kubang Sekendal, Kg Bandar, Kg Perian, Kg Bukit Rang, Kampung Bukit Rang Jaya, Kg Kempot, Kg Merbau, Kuala Salan, Kg Paya Tak Untung dan Kg Masjid.

Salah sebuah rumah penduduk Pulau Tawar yang boleh dijadikan
saalah satu lokasi pengambaran filem Mat Kilau itu sebenarnya.

Banyak peninggalan sejarah Mat Kilau yang boleh dijadikan bahan untuk menambahbaik pembikinan filem tersebut sebenarnya. Contohnya seperti masjid Mat Kilau yang kini dijadikan madrasah yang terletak di tebing Sungai Pahang.


Masjid ini ialah lokasi di mana Mat Kilau mengisytiharkan dirinya sebagai Pahlawan Melayu Pahang pada 21 Disember 1969. Di hadapan masjid ini ada kawasan lapang yang dipercayai menjadi tempat Mat Kilau mengajar ilmu persilatannya. Bukankah lokasi ini amat sesuai untuk dijadikan set pengambaran utama filem "Mat Kilau". Kenapa Perak yang dipilih?
Sejarah penentangan Mat Kilau terhadap British bukan berlaku di Perak tapi di Negeri Pahang. Atas apa jua alasan, segala adengan dan pengambaran wajarlah dilakukan di kampung asal kelahiran pahlawan Melayu iatu atau pun lokasi lain sekitar negeri Pahang.

Tindakan pengarah filem terbabit memilih Perak sebagai lokasi pengambaran jelas sekali cuba memalsukan sejarah yang telah terpahat dalam ingatan sejak zaman berzaman. Mana mungkin kami boleh menerima filem ini sebagai sejarah perjuangan Mat Kilau sekirangya ia tidak menggambarkan kejadian di bumi Pahang itu sendiri.

Jangan dek kerana membariskan pelakon popular seperti Adi Putra, Fatah Amin dan lain-lain lagi, pengarah filem Mat Kilau merasakan sudah cukup untuk melariskan filem tersebut. Selain Adi, filem ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A.Galak, Yayan Ruhiyan dan Nadiya Nisaa.



Paling mengecewakan Adi Putra adalah pelakon dan penyanyi dari Singapura dipilih memegang watak utama sebagai Mat Kilau dan Yayan Ruhian pula ialah pelakon dari Indonesia. Tindakan Syamsul membelakangkan pelakon dari Pahang untuk memegang watak utama filem ini amatlah dikesali. Ia seolah-olah cuba mencemarkan sejarah yang sudah terpahat itu sebenarnya.


Dua pelakon dari Singapura dan Indonesia pula terlibat

Jangan hanya mahu mencari keuntungan semata-mata. Ini bukan filem kisah cinta, seram atau aksi, di mana lokasi pengambaran boleh dipilih di mana-mana yang difikirkan terbaik oleh pengarahnya. Filem Mat Kilau adalah pengkisahan sejarah, makanya ia oerlu dibuat di lokasi yang sepatutnya iaitu kampung asal tempat perjuangan Mat Kilau itu sendiri.

Fadli Abd Halim, pereka set filem dan pasukan sedang berbincang
tentang pembinaan set filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof

Mereka bukanlah mahu benar-benar membangkitkan semula sejarah perjuangan Mat Kilau agaknya tetapi lebih kepada tujuan komersial. Ini amat mengecewakan anak-anak Pulau Tawar, warga Pahang dan serta cucu cicit Pahlawan Mat Kilau yang masih ada hingga ke hari ini.

Kampung kelahiran Mat Kilau masih wujud, bahkan Masjid Mat Kilau tempat beliau isytiharkan dirinya Pahlawan Melayu Pahang itu pun masih tersergam indah hingga ke hari ini. Maknanya lokasi asal perjuangan Mat Kilau itu masih wujud dan boleh dilihat, bukan dalam hutan belantara atau sudah musnah ditelan dek zaman.

Makanya memilih negeri Perak sebagai lokasi pegambaran filem Pahlawan Melayu Pahang adalah satu langkah untuk mencemarkan nilai sejarah itu sendiri. Malah, ia jelas sengaja untuk mempersendakan sejarah yang sudah sekian lama menjadi ingatan sejak sekian lamanya.

Sidah beberapa kali filem Mat Kilau dirancang dan sekali lagi pengarahnya gagal menjaga sentimen rakyat Pahang sebenarnya. Tidak munasabah dan masuk dek akal, tajuk filem Mat Kilau, tapi lokasi pengambaran di Perak.

Bukankah ia sengaja mengelirukan sejarah. Sebelum ini pengambaran filem Mat Kilau itu di buat di Pasir Kubur Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.




Pengambaran filem Mat Kilau pada tahun 2015 di Sungai Lembing

Namun filem itu hilang entah ke mana?. Mungkin kerana tersalah memilih lokasi, walau pun di bumi Pahang. Inikan pula di luar negeri Pahang seperti dilakukan Syamsul Yusof ini.



Satu lagi filem berkisar mengenai sejarah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, yang pernah dilancarkan sekitar tahun 2009 oleh syarikat penerbitannya, Lagenda Studio, yang diketuai oleh Rodzee A.Razak.



Majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang, turut dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.



Kos penerbitan filem tersebut yang dikatakan mencecah RM10 juta, turut dilaporkan bakal menjadi filem kedua termahal selepas "Puteri Gunung Ledang" kerana banyak menggunakan teknologi terkini dalam bidang perfileman terutama imej janaan komputer (CGI) dan grafik 3D.


Filem yang dibintangi pesilat muda Hairul Nizam, Mazlina Omar, Khir Rahman, Shaharuddin Thamby, Badrul Muhayat dan Z.Zamri ini bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan senyap sepi begitu sahaja. Kos lebih tinggi dari kos Syamsul Yusof sekarang.



Sementara itu, pada tahun 2016 sekali lagi percubaan menerbitkan filem Mat Kilau telah dilakukan oleh syarikat Masa Pro dengan kerjasama dgn syarikat Topaz 7. Kisah mengenai Mat Kilau itu bertajuk "The River Warrior". Namun ia juga hilang entah ke mana.



Sepatutnya sebelum merancang untuk menerbitkan filem ini, pihak terbabit dapatkan dulu pandangan daripada orang-orang di sini. Berilah penghargaan kepada penduduk Pulau Tawar dan keturunan Mat Kilau di Batu 5 Kuantan untuk sama-sama melibatkan diri dalam pembikinan filem ini.

Bukankah jika pengambaran dibuat di sini, ramai anak-anak Pahang boleh terlibat sama sebagai pelakon pembantu, kerana mereka lebih memahami nilai-nilai sejarah yang ditinggalkan. Jika pun Pulau Tawar bukan lokasi sesuai untuk pengambaran filem ini, banyak lagi tempat lain di bumi Pahang boleh dijadikan pilihan. Kenapa perlu di Perak?.


Pahang ada ramai pelakon-pelakon berbakat yang boleh diketengahkan, malah mempunyai ketokohan untuk menjadi pelakon utama dalam filem ini seperti Norman Hakim (Kuantan), Fizz Fairuz (Raub), Kamal Adli (Pekan), Fazura (Pekan) dan ramai lagi.



Malah masih lagi anak seni teater di negeri Pahang seperti Roslan Madun, AK Hidayat, Man Kayan dan ramai lagi yang boleh diketengahkan untuk memantapkan lagi perjalanan filem ini. Apa yang penting mereka ini lebih memahami sejarah, budaya, seni dan peradaban bangsa Pahang. Kenapa perlu memilih pelakon luar jika mahu mengangkat martabat negeri Pahang itu sendiri.


Jika Syamsul Yusof boleh libatkan pelakon luar negara dalam filem ini, kenapa tidak pelakon dari bumi Pahang dipelawa menyertai pembikinan filem ini?. Bukankah ini satu penghargaan untuk anak seni Pahang. Kenapa mereka ini tak diberi peluang?.

Alangkah bangga anak-anak Pulau Tawar (tempat lahir Mat Kilau) jika pengambaran filem kisah perjuangan pahlawan itu di buat di kampung asalnya. Penduduk boleh terlibat sama-sama memberi sokongan terhadap filem ini.
 
Memilih lokasi lain, seolah sengaja mengundang persepai negatif sebenarnya. Terasa kecewanya kami bila filem itu ditonton kepada umum nanti, dan mereka tahu adengan pengambaran itu bukan di tempat asal yang tercatit dalam sejarah, tetapi di tempat lain yang tiada kaitan langsung sebenarnya.



Contohilah apa yang dilakukan oleh filem sejarah "Bukit Kepong". Sebahagian besar daripada generasi yang lahir sebelum 1980 di pekan Bukir Kepong, telah diambil jadi pelakon tambahan dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Lenga, tidak jauh dari lokasi asal keadian berdarah pada 23 Februari 1950. Inilah sejarah dan ia tidak boleh diubah sesuka hati sebenarnya.



Begitu juga dengan Pengarah Filem Mamat Khalid yang dilaporkan akan menerbitkan filem "Pasir Salak Pasir Berdarah" yang membariskan pelakon tempatan seperti Khir Rahman, Datuk M Nasir, Soffi Jikan, Eman Manan, Namron, Datuk Rahim Razali, Bront Palarae dan Hasnol Rahmat. Malah beliau sendiri mencadangkan lokasi set pengambaran akan dibina di tepi Sungai Perak. Malah kajian mengenai filem tersebut telah dibuat sejak 1998 lagi.

Filem ini juga mendapat kerjasama dengan FINAS sebenarnya, dan ia berkisar tentang perjuangan Pahlawan Melayu Perak menentang penjajahan British di negeri itu. Ini bukti, bila filem berkaitan sejarah maka ia perlu dibuat di tempat asal kejadian berlaku atau pun yang berhampiran dalam negeri tersebut. Peliknya Mat Kilau buat di Perak !!.

Justeru, mohon Syamsul Yusof mempertimbangkan semua ini demi kebaikan semua pihak. Apa guna membuat filem "Mat Kilau" akhirnya sekali lagi gagal ditayangkan seperti sebelum ini. Mungkin kerana gagal mendengar keluhan anak Pahang itu sendiri gamaknya. Kita kan tengok sejauh mana perkembangan filem ini. Apakah ia berpijak dibumi yang nyata, atau pun sama seperti filem-filem fantasi yang lain sekadar mengaut keuntungan semata-mata.

"ANAK JATI PULAU TAWAR"

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
www.cucumatkilau.blogspot.my

23 Komen Artikel Ini:

  • Anonymous says:
    Apr 1, 2018, 6:12:00 PM

    Perlu ke perkara macam ni diperbesarkan
    Banyak filem berunsur sejarah sama ada tempatan atau luar negara boleh saja buat filem di lokasi lain walaupun tak sama tempat dimana peristiwa sejarah itu berlaku..
    Pernah tengok filem last samurai lakonan tom cruise..filem tu buat kat new zealand walaupun ia bertemakan pasal pahlawan samurai di Jepun
    Seelok2nya tak perlu lah nak pertikaikan pun
    Pelakon utama adi putra walaupun bukan orang pahang tapi kalau pengarah nak dia jadi pelakon itu pilihan pengarah...pengarah nak pelakon yg boleh beri impak pada pasaran filem tu...itu saja
    Yang penting orang melayu juga yang lakonkan mat kilau tu..
    Asyik bergaduh sesama bangsa bila nak maju apabila bangsa sendiri nak maju lepas tu ada bangsa sendiri nak jatuh menjatuh antara satu sama lain...macam mana ni???
    Seelok2nya lokasi perfileman tak perlulah nak pertikai mungkin ada sebab pengarah dan pihak penerbit pilih lokasi tertentu atas alasan yang mereka sendiri tahu...saya percaya mereka tak da pun niat nak ubah2 sejarah dan menhyindir serta merendah2kan tokoh ulung melayu seperti mat kilau
    Apa2 pun kita tunggu filem tu keluar kalau dalam filem tu ada fakta yg diubah2 barulah kita mengkritik filem tersebut....sekian

  • atan says:
    Apr 1, 2018, 8:21:00 PM

    Berkenaan pemiluhan pelakon, nukan main ikut sedap je. Pengarah mesti dah buat kajian kesesuaian setiap watak dengan pelakonnya.

  • Duan Riduan says:
    Apr 1, 2018, 9:15:00 PM

    Aku rs ko ni delusional dengan angan2 sendiri...ibarat kalau mat kilau tu dari bulan maka penggambaran perlu ada di bulan....tahukah sedara filem2 epik yg berjaya bukanlah di buat penggambaran di lokasi asal...malahan kebanyakan di buat di depan layar hijau sahaja....saudara bincang mcm la saudar pakar perfileman malaysia...tumpu benda lain la saudara...jangan bikin malu...

  • Anonymous says:
    Apr 1, 2018, 9:21:00 PM

    Bukan mengubah sejarah..perak hanya lokasi shooting..dalam filem ia tetap disebut pahang..lagi satu...cmk tulis m .nasir pelakon pasir salak tu pelakon tempatan..sebenarnya dia pun kelahiran singapura juga.. dapat warganegara pun selepas beberapa lama cari makan di malaysia..sama je macam adi putra tu..bukan isu besar pun lokasi ni..kalau fakta sejarah dalam filem tu tak dipesong..lainlah kalau dalam filem tu dia sebut mat kilau pahlawan perak..patutlah dipertikai pun

  • Anonymous says:
    Apr 1, 2018, 10:01:00 PM

    Bodoh la lu mat...

  • Anonymous says:
    Apr 2, 2018, 1:55:00 AM

    Sebelum buat bantahan, belajar dulu tentang perfileman... Takde lar nampak bodoh sangat bila nak bantah tu...

  • Anonymous says:
    Apr 2, 2018, 6:52:00 AM

    ni tak kaji dunia perfileman pula. memang la mat kilau tu pahang.. kalau dlm cerita tu sebut perak, lu pegi la nak dakwa ke, saman ke, apa ke kt pengarah tu... kaji jgak ye bro dunia perfileman barat mcm mna.. apa objektif pengarah filem nk kuarkan filem Mat Kilau ni..

  • ruse says:
    Apr 2, 2018, 7:34:00 AM

    La. Ngape tak amik terus mat kilau berlakon kan lagi baik? Pasti tak terusik sejarahnya..

    Owh, jgn lupa. Sepatutnya penggambaran dibuat pada tahun 1946, bukan 2018

  • Anonymous says:
    Apr 2, 2018, 7:52:00 AM

    Sy setuju..lokasi berubah tidak mengapa..jangan diubah sejarah sudah..

  • Budak feri says:
    Apr 2, 2018, 7:54:00 AM

    Main2 dgn org pulau tawar..bdarah mat kilau kan....hehe

  • Mohd Haidil Jasmin says:
    Apr 2, 2018, 8:07:00 AM

    x nk komen ape2..cuma best baca komen dlm ni..klaka2 sume..sy bg 5 ha.. pd admin sila muhasabah diri yer..

  • Anonymous says:
    Apr 2, 2018, 8:55:00 AM

    Artikel yang panjang,tapi ulang isi yang sama. Kenapa tak buat di pahang, kanapa tak ambik orang pahang dan macam2 lagi. Cucu mat kilau, bersyukurlah ada orang nak buat filem sejarah tentang mat kilau. Hollywood pun buat filem dia tengok topografi tempat tu. Kalau sesuai, mesti dia buat disana. Orang filem bukannya sukahati diorang je nk shoot filem.mesti diaorang nk servey dulu tempat yang sesuai.

  • Anonymous says:
    Apr 2, 2018, 10:18:00 AM

    Yang ko touching-touching sangat ni kenapa admin. Jangan wakilkan orang pahang, aku orang pahang ok je, xde nak butthurt dia buat filem kat mana. Lokasi je pun. Haish. Ko touching dia x amik ko berlakon ni eh haha. mengaku cepat. orang mcm ni yang buat malu orang pahang. gi keluar pahang cepat.

  • Anonymous says:
    Apr 2, 2018, 11:57:00 AM

    Bengap. Sepanjang shooting star wars tak pernah g shoot kt angkasa lepas pn lahanatullazi.

  • Abra Cadabra says:
    Apr 2, 2018, 3:42:00 PM

    Filem Puteri Gunung Ledang pun buat shooting di Air Terjun Lata Kinjang, Perak & bukan air terjun Gunung Ledang di atas sebab faktor logistik dan lain-lain lagi. Harap faham realiti kerja2 produksi perfileman.

  • CICIT TOK GAJAH says:
    Apr 2, 2018, 7:39:00 PM

    SAYA RASA RAMAI YG KOMEN TAK FAHAM APA YG DIMAKSUDKAN DALAM LUAHAN HATI BELIAU INI SEBENARNYA. SEBAGAI ANAK PAHANG SAYA RASA ADA BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN.

    1. MAT KILAU ADALAH FILEM SEJARAH, SAMA MCM BUKIT KEPONG. JINS SHAMSUDDIN MEMILIH LOKASI YANG BERHAMPIRAN DENGAN BUKIT KEPONG UNTUK BANGKITKAN SEMANGAT PERJUANGAN DALAM FILEM TERSEBUT. TERNYATA FILEM ITU BERJAYA MENYEMAI SEMANGAT NASIONALISME DI KALANGAN GENERASI MUDA. MALAH TIDAK JEMU UNTUK DI TONTON BERULANG KALI KERANA JALAN PENCERITAANNYA REALISTIK DAN BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. SEBAB ITU UNTUK LEBIH REALISTIK, PENGARAH FILEM MAT KILAU PERLU MEMBERI PENGHORMATAN DAN MENAIKKAN IMEJ KAMPUNG KELAHIRAN MAT KILAU IAITU DI PULAU TAWAR, JERANTUT PAHANG DAN BUKANNYA DI PERAK. BELIAU SUDAH MENUNJUKKAN BUKTI TIGA FILEM MAT KILAU SEBELUM INI BERKUBUR GARA-GARA SIKAP EGO DAN TIDAK MAHU MENDENGAR KOMEN YANG JUJUR DAN IKHLAS DARI MEREKA YANG LEBIH MEMAHAMI PERJUANGAN PAHLAWAN MELAYU PAHANG ITU.

    2. MENYAMAKAN FILEM MAT KILAU DENGAN TITANIC, TRANSFORMER, STAR WARS ADALAH IDEA PALING BIADAP SEBENARNYA. SEJARAH MAT KILAU ADALAH KISAH BENAR YANG PERLU DIJADIKAN PEDOMAN, PANDUAN SERTA SEMANGAT OLEH GENERASI MUDA HARI INI. IA BUKAN SEKADAR LAKONAN YANG BOLEH DIBUAT DI MANA-MANA SEKALI PUN. FILEM BARAT BOLEH DIBUAT DALAM STUDIO KERANA IA BUKAN SEJARAH YANG BERLAKU BERTAHUN2 LAMANYA. IA BUKAN DIKENANG SEBAGAI SEJARAH PERJUANGAN. IA HANYA KEJADIAN YANG BERLAKU KETIKA ITU SEPERTI TITANIC. BUKAN SEJARAH YANG BERLAKU SETIAP TAHUN.. TETAPI DI PULAU TAWAR, MAT KILAU DILAHIRKAN DAN DI SITU BERMULA PERJUANGAN MENENTANG BRITSIH DI PAHANG. MAKANYA IA BERLAKU BERPULUH TAHUN, MALAH MAT KILAU MUNCUL SEMULA DI PULAU TAWAR SEBELUM MENINGGAL DUNIA PADA USIA 122 TAHUN (1970). MAKA INI BUKAN SEJARAH UNTUK DIMAIN-MAINKAN SEKADAR SATU HIBURAN SEMATA-MATA.

  • CICIT TOK GAJAH says:
    Apr 2, 2018, 7:40:00 PM



    3. JIKA FILEM MAT KILAU DIBUAT DALAM STUDIO, MUNGKIN IA TIDAK MENIMBULKAN ISU. NAMUN BILA PENGAMBARAN DI BUAT DI LOKASI LAIN YANG BUKAN TEMPAT ASAL, MAKA SUDAH PASTI MENIMBULKAN PERSOALAN DI KALANGAN ORANG PAHANG YANG MENGETAHUINYA. BERMAKNA FILEM INI SUDAH TIDAK REALISTIK DAN SEKADAR HIBURAN UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN SEMATA-MATA, TANPA KAJIAN DAN SEBAGAINYA.

    4. FILEM MAT KILAU ADALAH SATU SEJARAH DAN BUKAN KISAH SERAM, AKSI, KISAH CINTA ATAU SEBAGAINYA YANG BOLEH DIBUAT DI MANA2 SEKALI PUN. IA PERLU MENGAMBIL KIRA PENINGGALAN SEJARAH DAN LEBIH AFDAL DI BUAT DI KAMPUNG HALAMAN MAT KILAU YANG MASIH WUJUD ATAU PUN DI NEGERI PAHANG ITU SENDIRI.

    5. MENYAMAKAN FILEM MAT KILAU DENGAN PUTERI GUNUNG LEDANG, MAHSURI, HANG TUAH DAN SEBAGAINYA ADALAH SESUATU YANG MELUCUKAN KERANA SEMUA ITU HANYA MITOS DAN LAGENDA YANG BOLEH BERUBAH-UBAH DARI ZAMAN KE ZAMAN. MAKA IA TIDAK MENJADI HALANGAN UNTUK DI BUAT DI MANA2 SEKALI PUN. MALAHAN SEMUA NAMA ITU TIDAK MUNCUL PADA ZAMAN MODEN. BERBANDING MAT KILAU, BELIAU MUNCUL PADA TAHUN 1969 SELEPAS HILANG SEJAK SEKIAN LAMA. IA KISAH BENAR YANG PERLU DIFILEMKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK TATAPAN GENERASI AKAN DATANG. BUKANS SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA.

  • CICIT TOK GAJAH says:
    Apr 2, 2018, 7:40:00 PM

    6. MEMBUAT LOKASI PEGAMBARAN UTAMA DI SEBUAH KAMPUNG DI PERAK, BERMAKNA MENGANGKAT MARTABAT KAMPUNG TERBABIT DARI SEGI EKONOMI DAN PERADABANNYA. SEDANGKAN PENDUDUK KAMPUNG ASAL MAT KILU DI PULAU TAWAR YANG SEPATUTNYA MENIKMATI SEMUA ITU TIDAK DI BERI PERHATIAN. TIDAK KISAH BABAK-BABAK LAIN DI BUAT DI LOKASI LAIN, NAMUN LOKASI UTAMA BIARLAH DI KAMPUNG ASAL YANG MASIH WUJUD DAN TIDAK MUSNAH DI TELAH DEK ZAMAN.

    7 CADANGAN BELIAU, JIKA BENAR MAHU MENGANGKAT SEJARAH MAKA BERILAH PELUANG ANAK-ANAK SENI DARI PAHANG TERLIBAT KERANA MEREKA LEBIH BIJAK MENGUASAI LOGHAT DAN BUDAYA PAHANG. BIARLAH FILEM ITU BENAR-BENAR HIDUP BUKAN SEKADAR DARI SEGI PERSILATAN SEMATA-MATA, MALAH DRI SEGI JALAN CERITANYA. BUDAYA PAHANG PERLULAH DITONJOLLKAN OLEH ORANG PAHANG YANG LEBIH MEMAHAMINYA. PELAKON LUAR WALAU PUN HEBAT, BELUM TENTU DAPAT BERTUTUR DALAM LOGHAT PAHANG DENGAN BAIK.

    8. BENAR LOKASI PENGAMBARAN BOLEH DIBUAT DI MANA-MANA, TAPI ROH PERJUANGAN TIDAK ADA DALAM FILEM ITU. KITA TAHU TEKNOLOGI KOMPUTER YANG CANGGIH BOLEH MENGUBAH KEADAAN SEOLAH-OLAH IA BERLAKU DI PAHANG. NAMUN SEJARAH TIDAK BOLEH DITIPU SESUKAN HATI DENGAN TEKNOLOGI. RAKYAT PAHANG SUDAH TAHU SEMUA ITU DAN MEREKA AKAN MENGGANGGAP FILEM INI NANTI JUGA TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. LEBIH ELOK BUAT DALAM STUDIO SEPERTI ZAMAN P.RAMLEE DARIPADA MEMILIH LOKASI YANG TIDAK RELEVAN DENGAN PERJUANGAN PAHLAWAN MELAYU PAHANG.

  • CICIT TOK GAJAH says:
    Apr 2, 2018, 7:42:00 PM

    RAMAI YANG KOMEN IALAH ORANG-ORANG FILEM YANG SEKADAR MAHUKAN KEUNTUNGAN KOMERSIAL SEMATA-MATA, TETAPI MEREKA LUPA SEJARAH ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. SEBAB ITU BELIAU DEDAHKAN TIGA FILEM MAT KILAU TERDAGULU BERKUBUR GARA-GARA SIKAP ORANG FILEM YANG TIDAK MAHU MENERIMA PANDANGAN DARI MEREKA YANG LEBIH ARIF TENTANG PERJUANGAN PAHLAWAN MELAYU PAHANG ITU SENDIRI SEBENARNYA

  • CICIT TOK GAJAH says:
    Apr 2, 2018, 7:46:00 PM

    KALAU NAK BUAT SEKADAR HIBURAN, LEBIH ELOK BUAT KISAH "MAT DAUD KILAU" ATAU "MAT SILAU" ITU BARU NAMA HIBURAN. MALAH KALAH NAK BUAT DAN AMBIL PERJUANGAN DI PERAK, LEBIH ELOK BUAT FILEM SEJARAH "MAHARAJALELA", "TOK SAGOR", "NGAH IBRAHIM" DAN SEBAGAINYA. BARULAH BETUL... ANAK PULAU TAWAR BERHAK MENYATAKAN PANDANGAN MEREKA AGAR SEJARAH TIDAK DIPALSUKAN SEMATA-MATA KERANA IA MAHU DIFILEMKAN. JANGAN HANYA MAHU MENGEJAR KEUNTUNGAN TAPI MEMINGGIRKAN AURA PERJUANGAN PAHLAWAN MELAYU PAHANG ITU SENDIRI.. LEBIH BAIK BUAT FILEM AKSI LASAK ATAU SERAM.. BOLEH JER DI BUAT DI MANA-MANA TANPA ADA HALANGAN

  • PKMD Pekan Daerah Pekan says:
    Apr 3, 2018, 11:10:00 AM

    sibuk je la korang acah2 nak isi roh filem...orang meniaga mesti la nak untung bukan sekadar isi roh....adakah mau nasib filem ni mcm bidong n badang n tasik chini....modal berjuta pulangan tidak sampai 100k....lucu la kalau penekanan ulang2 fakta x beras....emosi lebih...keluar modal untuk buat filem langsung tiada...rakyat pahang optimis bukan pesimis seperti pandangan cicit tok gajah dan cmk...rasa2 mcm orang yang sama je jawab...pemilihan pelakon tu menggambarkan pengisian roh cerita...jika ambil anak pahang tp tidak sesuai malah kayu berlakon pun tak guna juga..acah2 konon cerita mat kilau..galeri mat kilau di simpang pulau tawar entah tau wujud ke tidak...

  • tokki semantan says:
    Apr 3, 2018, 11:24:00 AM

    PKMD PEKAN ni x dok jati diri anok Pahang ni ... Koi rasa betul hak deme kabo ...sejaroh jangan di uboh... kalau buat citer uboh2 tu dah tak jadi sejaroh. kalau nak pk untung meniaga... x payoh lar buat filem Mat Kilo... dah buat bg lah kredit kat negeri Pahang.. buatlah citer dan pengambaran di Pahang.. POLIS EVO 2 pun Zizan Razak boleh berlakon di Pekan dan Jerantut... tak kanlar filem Mat Kilo x boleh nak PK semua tu.. cer PK buat apa Jins Shamsuddin pilih pengambaran Filem Bukit Kepong dekat lokasi sana di LENGA... Kenapa tak buat di Perak? sbb nak bangkitkan aura perjuangan terhadap filem yg dihasilkan.. jangan hanya kejor untung jer.. fikir juga perasaan puok gerabok Mat Kilau yang masih ada.. dahlah royalti belum tentu ada... nak untung buat citer lain lar...

  • Anonymous says:
    Apr 3, 2018, 11:46:00 AM

    Apakah mereka sdah lupe kn asal usulnye dri mne dtngnye erti KEMERDEKAAN..
    @mereka xmemahami erti MERDEKA..
    @MEREKA sndiri yg blom MERDEKA..
    #Adakah kau Rase Dunia isinye,hnye kau yg punye??ko pikir ko siapa..?ko pikir ko Rajha..??
    ko besar Ego,mndabik Dada,ko Ludah ke langit,Jatoh ke muka ko Semula..
    Telan lh,Hadamkn betol2..
    "Biorkn ko Meskin Reta,Pngkat & kuase,tetapi jgn ko Meskin Jiwe"
    KALAH dlm MENANG(Shmsol usop Feet Pawi)