Wednesday, May 1, 2019

Tindakan Tidak Bertanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh Mereka Di Sabah


Tindakan BN dan PAS tidak meletakkan calon mereka pada PRK Sandakan adalah sesuatu yang tidak baik untuk menguji pengaruh pembangkang di negeri Sabah sebenarnya.

Atas apa jua alasan sekali pun, BN dan PAS sepatutnya menyertai PRK Sandakan walau pun tahu kekuatan mereka tidak sehebat di semenanjung.

Umum mengetahui UMNO lumpuh di Sabah selepas pemimpin dan ahli mereka berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Warisan. Namun, ia mungkin hanya di atas kertas, atas padang belum tentu lagi.

Biar pun BN dan PAS gusar kekalahan mereka akan menyebabkan moral ahli sedikit luntur selepas mendapat kemenangan hatrik dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

BN dan PAS juga harus menguji sokongan rakyat terhadap mereka di Sabah. Bahkan, ia juga sebagai pemangkin untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) menjadi "Kerajaan Sepenggal".

Sabah dan Sarawak adalah Fix Deposit BN setiap kali pilihanraya umum selama ini.. kecuali PRU14 lalu. Maka, bagaimana harus pembangkang ambil alih tampuk pimpinan negara jika majoriti kerusi parlimen di kedua-dua negeri tersebut kini bersama Pakatan Harapan?.  Bukan PRK Sandakan boleh dijadikan ujian untuk melihat banyak mana sokongan rakyat terhadap pembangkang. Soal menang atau kalah perlu ditolak ke tepi.

Pertembungan DAP dengan PBS dan lain-lain calon bebas tidak menggambarkan pertembungan sebenar dalam PRK Sandakan. Pemerhati boleh melihat dengan jelas bahawa Pakatan Harapan sudah pasti akan menjadi pemenang kali ini, sama seperti apa yang berlaku di PRK Rantau sebelum ini. 

Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

0 Komen Artikel Ini: