Thursday, June 4, 2020

Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !


KUANTAN  -  Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan isu premis warga asing yang "tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan" di bandar ini.

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan jam 2.30 petang semalam. Terdahulu pihak MPK dipercayai telah membuat laporan polis terhadap beliau dan dia dipanggil untuk siasatan kes yang sama pada Isnin.

Meurut Shukri, laporan terpaksa dibuat memandangkan beliau mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan berlaku di PBT terbabit hingga lambakan premis warga asing dibiarkan beroperasi tanpa sekatan terutamanya di Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar dekat sini.

Beliau yang mencetus kontroversi baru selepas isu warga asing di Selayang baru-baru ini mendakwa, banyak perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini. Jika tidak isu warga asing menjalankan perniagaan dalam negara ini tidak akan selesai.

"Laporan polis terhadap PBT ini adalah pemangkin kepada laporan berikutnya di PBT seluruh negara. Saya akan gerakkan kesederan rakyat tentang mengapa kita perlu bangkit sekarang. Saya yakin memang ada unsur khianat dalam isu ini hingga menyebabkan warga asing bermaharajalela menjalanan perniagaan," dakwa Shukri.

Beliau turut mendakwa, jawapan daripada pihak PBT ialah semua premis terbabit mematuhi SOP, kerana ada lesen dan pemiliknya pula adalah warga tempatan. Maka mereka tidak boleh ambil tindakan, malah warga asing hanyalah pekerja sahaja.

Walhal katanya, beberapa kali mendedahkan ada penyelwengan berlaku terhadap isu ini. Warga asing menggunakan nama wanita tempatan untuk tujuan lesen perniagaan mereka disini.  Wanita terbabit menerima bayaran tertentu setiap bulan dan hanya akan dipanggil bila ada operasi oleh pihak berkuasa. Hari lain, warga asing yang berada di premis terbabit sebab modal, serta segala urusan dibuat mereka bukanlah pemilik asal. Justeru lesen yang dialibaba wajar ditarik balik kerana ia jelas mencabar kedaulatan dan undang-undang negara ini.

"Warga asing berada disini atas pas lawatan dan kerja, bukannya dibenarkan membuka perniagaan. Mereka jelas menipu atau bersekongkol dengan pihak berkuasa untuk mengaburi mata masyarakat", kata Shukri.

Difahamkan beliau juga akan membuat laporan berikutnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini. 

"Mereka yang khianat ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Isu ini memang sudah sekian lama terjadi dan tiada pihak yang membangkitkannya secara lebih detail seperti ini. Banyak isu yang saya huraikan bagi membuktikan kes warga asing ini serius sekarang. Jika terus dibiarkan, pasti negara ini akan dijajah secara terhormat oleh mereka sebenarnya.

"Justeru kesedaran adalah penting agar kita dapat mewarisi kedaulatan negara ini dengan sempurna kepada generasi akan datang. Kita tidak mahu mereka menyalahkan kita akibat kealpaan dan tidak berjuang menentag isu ini secara efektif," dakwa Shukri lagi.

Sementara itu difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau oleh isteri warga asing Bangladesh yang berbangsa Melayu. Ia berikutan Shukri membuat hantaran di facebook gambar premis beliau beberapa hari lalu. Siasatan lanjut menyusul. #pahangdaily

0 Komen Artikel Ini: