Friday, December 25, 2020

Pencerobohan Tanah: Bukan Bermakna Isu Sudah Selesai, Sebab 'Dalang' Dan 'Tali Barut' Mereka Masih Bermaharajalela !

Setelah keputusan ditangguhkan pada 9 Disember, namun 23 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 110 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka. 

Dilaporkan, keseluruhan sebanyak 204 pekebun memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Royal Pahang Resources PKPP Sdn Bhd dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

Walau pun kemenangan ini masih terlalu  awal buat rakyat. Namun, sekurang-kurangnya ia memberi harapan baharu untuk kita melihat perubahan sistem pentadbiran dan penguatkuasa hutan dan tanah di seluruh negeri Pahang khasnya dan seluruh negara amnya.

Difahamkan juga, semasa membuat keputusan hakim perbicaraan juga ada menegur kerajaan dari sudut  penguatkuasaan. Tindakan yang lemah  menyebabkan kes ceroboh tanah di Raub ini begitu beraani dengan sewenang-wenangnya menceroboh tanah untuk ditanam durian 'Musang King' tanpa disedari oleh jabatan yang berkenaan. 

Sebagai permulaan, suara rakyat menang tapi tindakan oleh pihak berkuasa di Raub terhadap tanah terbabit masih menjadi pertikaian dan persoalan. Penceroboh perlu keluar dari tanah-tanah terbabit, namun siapa yang akan memantau semua ini?. Rakyat di sana, perlu menjadi 'mata dan telinga' kerajaan untuk melaporkan kepada kami sekiranya mereka melihat ada tindakan yang mencurigakan.

Kita tidak mahu, keputusan sudah dibuat oleh pihak mahkamah diatas 'kertas. Namun di atas 'tanah' penceroboh tetap dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Justeru, kita mahu melihat pula mereka yang menceroboh ini dikenakan tindakan saman dan denda mengikut akta yang telah ditetapkan. Juga kepada 'dalang' yang telah 'bersekongkol' dan membiarkan pencerobohan ini berlaku sejak sekian lama juga perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya. Mereka masih berkhidmat dengan jabatan yang berkenaan. 

Apa pun apa yang berlaku di mahkamah hari ini baru permulaan perjuangan rakyat sebenarnya.

Banyak lagi kes pencerobohan haram didalangi 'orang dalam' dan 'berpengaruh' yang berlaku di seluruh negeri Pahang sebenarnya.

Maka itu, kita akan terus bersuara untuk melihat adengan seterusnya dalam kes ini. Kita tidak mahu akhirnya rakyat hanya "menang sorak, kampung tergadai". Maknanya kita menang di mahkamah, tapi mereka bebas beroperasi seperti biasa kerana ada pihak tertentu yang cuba melindunginya kelak.

Biar pun wakil NGO Pembela yang terdiri daripada Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi) dan Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi) tidak dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan.

Hanya Ketua Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, iaitu Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi yang juga merupakan seorang peguam yang dibenarkan masuk. Namun begitu kita merasa lega kerana ia akhirnya berpihak kepada rakyat.

Syabas juga kepada semua NGO yang hadir memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat di Komplek Mahkamah Kuantan hari ini. Tidak sia-sia kita menghantar memorandum kepada KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Seri  Paduka Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negera dan Istana Abu Bakar, Pekan pada 21 Disember baru-baru ini.

Tahniah juga kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali dan anggotanya yang banyak membantu di lokasi. Beliau turut memberi teguran dan nasihat agar semua pihak mematuhi SOP Covid-19 ketika sidang media diadakan di pintu masuk Komplek Mahkamah Kuantan.

Walau bagaimana pun, keadaan terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sokongan rakyat dari kejauhan juga amatlah membantu kami untuk meneruskan perjuangan rakyat ini. Suara Rakyat Suara Keramat.

Terimalah nukilan sajak dari saya, 

khas untuk rakyat marhaen sahaja


"PENCEROBOHAN HARAM"

(Buat Yang Memahami)


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada penguasa yang melindungi

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada pegawai yang mendalangi


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada dalang yang bersekongkol

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada indvidu yang terima rasuah


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika penguatkuasaan berjalan betul

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika puak2 talibarut tidak berleluasa


Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika ada orang politik ingat rakyat

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika pemimpin setempat tidak bisu


Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika jabatan kerajaan tak tutup mata

Pencerobohan tidak akan berlaku

Jika tiada kakitangan rakus kumpul harta


Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika mereka bekerja kerana amanah,

Pencerobohan tidak akan berlaku,

Jika semua ingat mati, takutkan Allah.


"Cakna Demi Rakyat"


Salam Perjuangan dari

Wakil Rakyat Marhaen:


MOHD SHUKRI B MOHD 

RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO

Angkatan Pembela Rakyat

[ A N G K A R A ]

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com


Tonton Video kenyataan NGO Pembela :-


Tn Hj Aminuddin Yahya (Pengerusi)

Dato' Syed Nasarudin Syed Abd Hadi 

(Peguam/Ketua Pembela Pahang)

https://youtu.be/iFqJeWqyu1c 

- Keputusan mahkamah


Ustaz Masrizi Sat (Naib Pengerusi)

https://youtu.be/XFZY2hOWwJs

- Ini hanya satu permulaan

0 Komen Artikel Ini: