SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

"Blok Ketiga", Kuasa Baharu Di Malaysia, Hantar Suara Mereka Ke Dewan Rakyat Dan DUN Pada Pilihanraya Umum Nanti !

Akibat keliru dan menyampah dengan senario politik negara pada masa ini, saya difahamkan akan muncul "blok ketiga", atau "3rd Force" yg akan menjadi kuasa baharu untuk bela rakyat. 

Mereka terdiri dari golongan profesiona, aktivis dan individu yang tidak terikat dengan mana2 politik kepartian dalam negara ini. Mereka merupakan pejuang yang berpihak kepada rakyat dan menangani dan mengangkat isu2 mereka dek kerana orang politik sibuk dengan politik sepanjang masa. 

Malah lebih hina lagi, ada yang tergamak untuk khianat mandat rakyat yang memilih mereka dengan "melompat ke sana sini" untuk berpaut didahan yang rendang. Rakyat melihat semua ini dan mereka akan membuat keputusan pada Pilhanraya Umum Ke-15 akan datang.

 Kemenangan pilihanraya ditentukan oleh "silent voters" dan "pengundi atas pagar" yang tidak berparti sebenarnya. Cuba lihat berapa ramai ahli parti dan berapa banyak undi yang diperolehi pada pilihanraya? . Jika mereka ubah untuk undi "blok ketiga", maka bertambah meriah politik negara.

Bayangkan pemimpin NGO dan aktivis pula masuk ke Dewan Rakyat Dan Dewan Undangan Negeri untuk bersuara. Saya rasa "bergegar" di buatnya. Sebab nak harap orang2 politik bawa isu premis warga asing, pencerobohan tanah, pembalakan haram, perlombongan haram dan berbagai lagi isu, agak sukar sebab terkadang yang terlibat itu adalah orang2 yang ada hubungan dan mereka kenali. Akhirnya isu dibiarkan tanpa ada siapa nak perjuangkan.

Jika ada pun, hanya "sekadar melepaskan batuk ditangga" sahaja sebab ia bertentangan dengan dasar parti politk yang mereka sokong. Mereka sanggup "tutup mata" melihat apa jua kemungkaran dan penyelewengan yg dilakukan  kerana melibatkan pemimpin mereka.

Apa saja kebaikan yang dibuat musuh akan dianggap kejahatan, dan apa saja kejahatan yang dibuat oleh pemimpin sendiri dianggap kebaikan hatta rasuah, korupsi serta lain-lain benda yang jelas salah dari segi undang2 dunia dan akhirat. Asal ada duit, semua boleh jadi.

Justeru, kemunculan "blok ketiga", mungkin jadi jalan penyelesaian buat rakyat. Tiba masanya mereka tolak orang politik yang bila ada kuasa, maka ramai yang lupa kepada rakyat marhaen. Projek, kontrak, tender, komisyen dan apa saja perjuangan mencari kemewahan akan diletak dihadapan.

Bolot projek, tanah, kerja2 bagi dan berbagai2 lagi. Itulah kerja orang politik sejak sekian lama. Akhirnya timbullah unsur2 khianat apabila sudah tidak ambil kira halal fan haram lagi. Apa yang penting dapat projek dan puak2 mereka menikmatinya. Rakyat hanya di cari tatkala menjelang pilihanraya.

Janji tanah lot, geran tanah, projek dan lain-lain akan didendangkan agar rakyat memberi lagi undi kepada mereka. Bila dapat kuasa maka mulalah usaha mencari kemewahan dengan berbagai cara sekali pun. Akhirnya terbongkar isu pencerobohan tanah dan hutan yang mama ia dinaungi oleh orang2 yang ada kuasa politik. Asal jadi duit, apa pun boleh jadi gamaknya.

Rakyat merintih, menangis, merayu agak hak mereka tidak dinafikan. Namun, kuasa yang ada digunakan sebaiknya untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka membela nasib. Namun apa yang terjadi, hari demi hari satu persatu projek, tanah, hutan, ladang terjual kepada warga asing terutamanya dari Singapura.

Orang Melayu hanya didendangkan dengan lagi  Warisan "Anak Kecil Main Api". Namun hakikat yang berlaku, merekalah yang menjual projek dan tanah Melayu kepada orang luar. Mereka kaya raya makan hasil komisyen, rakyat pula makan debu sejak zaman  berzaman.

Maka itulah muncul "blok ketiga", untuk beri peluang kepada rakyat merubah iklim politik negara agar kuasa tidak lagi bernaung di kalangan pemimpin politik tertentu. Biar pemimpin NGO dan aktivis pula bersuara dan menegur segala kepincangan yang berlaku.

Syabas kepada "blok ketiga", saya dengar mereka akan bertanding ri 150 kerusi parlimen di seluruh negara dengan menggunakan lambang yang sama. Hebat, memang tidak pernah berlaku selama ini. Oleh itu, rakyat yang bosan dengan permainan orang politik, boleh mengundi calon2 "blok ketiga", kerana suara mereka mewakili sepenuhnya suara rakyat.

Semoga mereka akan membela rakyat tanpa membezakan fahamam politik kepartian masing-masing. Saya sekadar memberi sokongan dari kejauhan dan seronok melihat perkembangan terbaharu ini.. Ubahlah demi masa depan generasi akan datang.


"Cakna Demi Rakyat"


MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Wakil Rakyat Marhaen

DUN Terjah, Parlimen 007


Penyelaras NGO

Angkatan Pembela Rakyat

[   A  N  G  K  A  R  A  ]


www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

0 Komen Artikel Ini: