SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Blog Pahang Daily Online Di Saman RM2 Juta !!

Pertamanya Cucu mengambil kesempatan diatas segala sokongan rakan-rakan yang terus memberi kepercayaan untuk blog ini beroperasi di alam siber ini. Hari ini Cucu dikejutkan dengan satu berita yang mengatakan Saiful Bukhari, mangsa yang kononnya diliwat Anwar Ibrahim itu telah menyaman blog Pahang Daily Online. Bukan sikit jumlahnya, mencecah RM2 juta. Saiful dan peguamnya Zamri Idrus menfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Sebelum ini pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyoal siasat Cucu kerana ketika itu Cucu merupakan salah seorang krew Pahang Daily Online. Siasatan selama lima jam itu berkisarkan kepada blog Pahang Daily Online. Cucu telah memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis terbabit ketika itu. Buat masa ini Cucu sendiri masih belum dapat berhubung secara terus dengan "tuan punya" blog terbabit memandangkan beliau berkemungkinan beroperasi dari luar negara. Cucu banyak menulis perihal masalah rakyat dan isu politik di negeri Pahang sejak ia ditubuhkan. Selepas disoal siasat baru-baru ini, Cucu masih lagi menghantar artikel berkaitan dalam bloh tersebut menerusi email secara online. Dalam siasatan polis, Cucu telah ditekan supaya mendedahkan siapakah tuan punya blog terbabit. Lantaran itulah Cucu agak hairan bila Saiful dan peguamnya menfailkan saman RM2 juta hari ini. Masalahnya yang timbul, kepada siapakah beliau akan menyerahkan writ saman tersebut sekarang. Kemungkinan besar mereka akan menyerahkan writ tersebut kepada Cucu, berdasarkan kepada siasatan mereka yang lebih menjurus kepada tubuh badan Cucu sebelum ini. Sebagai seorang rakyat Malaysia, Cucu bersedia untuk berhadapan dengan pihak terbabit jika sudah suratan takdir terpaksa berbuat demikian. Cuma, apa yang Cucu harapkan semoga seluruh rakyat Malaysia dan para penyokong Pakatan Rakyat dapat memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk Cucu andainya perkara ini berlaku dalam masa terdekat ini. Buat masa ini, Cucu masih seperti biasa menjalani kehidupan sebagi rakyat Malaysia dalam sebuah negara demokrasi ala-Malaysia ini. Salam perjuangan !

1 Komen Artikel Ini:

  • big machinegun says:
    28 Apr 2009, 10:01:00 PG

    ala ko takut aper saiful tu bdo sebak domain tu bukan ko punya blogspot sebak dia terbuka
    tp dengan sampah mcm saiful xyah takut pr akan tolong