SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Cucu Berjaya Dalam Sessi Ujibakat TV Antara

Tanggal 26 Jun 2009, Cucu telah berangkat ke Pejabat Operasi TV Antara di Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Rezeki Cucu, dipanggil untuk ke ujian bertulis dan seterusnya bakal terpilih sebagai Krew TV Antara jika lulus ujian tersebut. Cucu bertolak dari Kuantan menaiki bas Transnasional sekitar jam 12.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur jam 4.30 pagi. Sambil menunggu hari siang Cucu meronda-meronda sekitar kawasan Puduraya untuk menyaksikan panorama semasa dinihari di ibukota. Sekitar jam 7.30 pagi menaiki bas Rapid KL ke KL Sentral. Dari sana Cucu kemudian telah menaiki Tren Komuter terus ke Shah Alam. Sampai di Stesyen Komuter Seysen 15 Shah Alam, Cucu terus menaiki teksi ke Pejabat Operasi TV Antara yang terletak berhampiran dengan pejabat PKR Negeri Selangor. Tempat jam 9.40 Cucu naik ke Studio TV Antara dan bertemu dengan Encik Fauzi pegawai yang bertugas di situ. Tidak lama kemudian, tiba beberapa orang lagi calon yang layak ke pusingan akhir ujibakat, iaitu seorang lelaki dan lima perempuan. Kami kemudian dipanggil masuk ke bilik mesyuarat TV Antara untuk sessi ujian bertulis selama dua jam. Soalan terlampau banyak dan gagal untuk disiapkan sepenuhnya. Masing-masing mengeluh kerana soalan yang panjang berjela. Kami kemudian diberikan masa rehat sekitar satu jam dan naik semula ke pejabat untuk diberikan keputusan. Boleh dikatakan ketujuh-tujuh calon berjaya termasuk Cucu sendiri. Setelah perbincangan dibuat dengan pihak pengurusan Cucu mengambil masa untuk membuat keputusan untuk menyesaikan beberapa perkara yang berkaitan. Pihak TV Antara memberi masa sehingga jam 12 tengahri Khamis ini untuk Cucu membuat keputusan penerimaan tawaran terbabit. Segalanya terletak ditangan Cucu sekarang sama ada mahu menerima tawaran terbabit atau sebaliknya. Namun, perkembangan terbaru akhirnya Cucu terpaksa melepaskan dulu jawatan terbabit demi untuk meneruskan perjuangan bersama Pakatan Rakyat di Pahang. Cucu mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda dan masih tercari-cari peluang pekerjaan mereka. Cucu memohon maaf kepada pihak pengurusan TV Antara kerana terpaksa melupakan hasrat untuk berkhidmat dengan saluran TV alternatif terbabit. Sekiranya ada waktu dan kesempatan mungkin suatu hari nanti Cucu akan bersama mereka kembali. Teruskan perjuangan buat semua krew TV Antara !!

0 Komen Artikel Ini: