SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tahniah Buat Dua Pemimpin PAS Pahang

Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada dua orang pemimpin besar PAS Pahang yang telah berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden dalam Muktamar yang sedang diadakan di Shah Alam sekarang ini. Dengan kemenangan ini juga diharap ianya akan memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat dalam mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan ini juga membuktikan bahawa negeri Pahang tidak tandus dengan pemimpin yang berkaliber dan bakal memimpin negara sebenarnya. Kekuatan dan ketokohan Dato' Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi jelas sekali mendapat tempat dihati perwakilan. Inilah yang kita mahukan, akhirnya golongan ulamak seperti mereka diterima diperingkat pusat. Apa yang jelas kemenangan kedua-dua pemimpin ini bakal menyemarakkan lagi semangat perjuangan jitu Pakatan Rakyat di bumi Pahang Darul Makmur. Semoga ia dapat dibuktikan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

1 Komen Artikel Ini:

  • hasellusiby says:
    Jun 15, 2009, 2:11:00 PM

    salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian