Salam perjuangan ! Cucu hadir ke hari pencalonan pilihanraya kecil Manek Urai hari ini. Menaiki keretapi dari Kuala Lipis ke Kuala Krai. Cucu bertolak sekitar jam 3.00 pagi dan sampai 4 jam kemudian. Terus menaiki kereta sapu ke Masjid Johar iaitu lokasi penyokong PAS berkumpul untuk berarak ke pusat penamaan calon. Sampai di masjid terbabit, kelihatan penyokong PAS dari seluruh negara telah mula membanjiri lokasi terbabit. Sekitar dua atau tiga ribu orang dilihat berada diperkarangan masjid dan masih ada yang sampai. Hasrat untuk mandi di masjid itu terbantut kerana masalah tandas yang tidak selesa dan mencukupi. Akhirnya Cucu hubungan Ustaz Azhan Atan untuk memaklumkan keadaan yang berlaku. Beliau pula sejak awal-awal pagi sudah berada di lokasi berhampiran dengan tempat penamaan calon. Maka terpaksalah Cucu berjalan kaki sejauh 1.4 km untuk sampai ke lokasi terbabit. Dalam perjalanan, sempat memerhatikan kelibat petugas PAS dan penyokong yang sudah mula memenuhi kawasan terbabit. Ketika itu jam masih menunjukkan pukul 6.30 pagi. Cucu singgah di Mahkamah Syariah Kuala Krai dan mencari tandas atau bilik air untuk mandi. Kelihatan beberapa orang petugas PAS dari Bukit Gantang yang turut berada dalam sebuah surau disitu. Mujurlah orang tidak berapa ramai dan Cucu berpeluang untuk mandi serta berehat seketika di situ.
Cucu kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke lokasi pusat penamaan calon. Sempat singgah dan mengambil beberapa keping gambar berkaitan untuk disiarkan didalam blog ini. Sampai di kawasan gerai, Cucu berhenti seketika untuk mengisi perut. Keadaan masih tenang ketika itu. Hanya terdapat beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang sudah mula sampai dan turut menjamu selera di gerai berhampiran. Cucu meneruskan perjalanan kes lokasi penamaan calon. Kelihatan beberapa orang anggota polis yang berkawal dan menjaga laluan masuk ke lokasi. Dalam jarak lebih 200 meter, Cucu terpaksa merempuh kawalan pihak polis untuk tiba di tapak. Ustaz Azhan Atan sedang menunggu di khemahnya. Beliau sedang menyusun barangan berkaitan untuk dijual kepada penyokong Pakatan Rakyat. Kami sempat berbual beberapa perkara termasuk show beliau di Kuala Lipis sebelum itu. Sekitar jam 8.00 pagi orang ramai sudah mula berarak dalam kelompok yang kecil. Kelihatan selepas itu kelompok besar yang terdiri dari lebih 10,000 penyokong tiba. Suasana ahak panik kerana gerai niaga kami dirempuh oleh luatan manusia. Mujurlah keadaan agak stabil dan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini ketika orang ramai berasak-asak itu.Dari jauh, Cucu dapat melihat ketibaan calon PAS diiringi oleh Presiden Tuan Guru Hj.Hadi, Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Salahuddin Yaub, Saifuddin Nasution dan ramai lagi. Malah turut kelihatan ialah Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri UMNO yang kini bersama dengan Pakatan Rakyat. Suasana sungguh meriah ketika itu. Pihak polis dan FRU berkawal sambil melintangkan kawad duri bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan yang dilarang. Seketika kemudian Ustaz Azhan selaku bekas Juara Akademi Nasyid TV9 mula memasangkan speaker box yang dibawanya. Alunan zikir munajat bergema sambil diselang seli dengan ucapan aluan daripada wakil pemuda PAS kawasan. Kemudia pengacara memanggil beberapa orang tetamu untuk berucap. Antaranya ialah Dato' Husam Musa, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Ustaz Azhar, Ustaz Budak dan ramai lagi wakil kaum Cina dan India. Suasana sungguh meriah ketika itu, kerana rakyat sedang menunggu pengumuman calon oleh Pengerusi Pilihanraya. Kemudian, Cucu diminta berucap pula tentang kes Saiful Bukhari Azlan. Memandangkan nama Cucu sering dikaitkan dengan blog Pahang Daily Online, maka Cucu mengambil peluang antara 10 hingga 15 minit untuk membuat ucapan panas itu. Tepukan gemuruh bergema menyemarakkan lagi semangat Cucu untuk membuat kenyataan. Hampir dua ribu orang berada dihadapan ketika itu.
Selepas berucap, Cucu mempromosikan barangan yang dijual di gerai Uztaz Azhan Atan seperti buku, CD, bookmark, pen dan sebagainya. Orang ramai berpusu-pusu membeli barangan terbabit sebagai kenangan. Selang beberapa ketika, kendengaran orang ramai meminta Ustaz Azhan menyampaikan beberapa buah lagi nasyid beliau. Untuk tidak mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat yang ramai disitu, beliau telah menyumbangkan beberapa buah lagu sebagai hiburan bersama. Suasana sungguh meriah, malah Cucu juga sempat menjadi juruhebah untuk mempromosikan porgram ceramah dan produk Ustaz Azhan Atan disitu. Program berakhir selepas pengumuman calon dibuat. Barangan agak laris macam goreng pisang. Selesai acara Cucu smpat bertemu dengan YB Zuraida, Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang untuk berbual dan bertukar maklumat semasa terutamanya isu saman Saiful terhadap Pahang Daily Online. Turut berada disitu ialah Dr.Lo' Lo' dan Ustazah Zailah (PAS). Selesai acara kami makan tengahari di sebuah restoran dekat bandar Kuala Krai. Ustaz Azhan kemudia menghantar Cucu ke Kota Bharu untuk menaiki bas balik ke Kuantan. Kesihatan Cucu agak terjejas ketika itu. Cucu bertolak balik ke Kuantan menaiki bas Transnasional Ekspress sekitar jam 9.30 malam dan tiba jam 5 pagi esoknya. Salam buat semua rakan-rakan di Manek Urai. Teruskan perjuangan semua dan pastikan PAS menang dengan majoriti yang lebih besar hendaknya.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan