Isnin lalu (17 Okt), CMK sempat hadir untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih Kuantan. CMK tiba di kawasan masjid berkenaan sekitar jam 7.20 malam. Jalan masuk ke lokasi penuh sesak dengan lalulintas bermula dari persimpangan lampu isyarat Taman LKNP Bukit Setongkol-Kg.Tiram ke Pusat Bandar Kuantan. Ternyata, sambutan yang diberikan oleh orang ramai sungguh menggalakkan. Malah, CMK rasa malam itulah menjadi satu sejarah kepada kuliah Ustaz Azhar yang berjaya menghimpun sebegitu ramai manusia. Dari yang tua sehingga yang muda, semuanya berbondong-bondong mahu mendengar kuliah beliau. Ketika CMK sampai, kuliah sudah bermula. Sementara itu deretan gerai jualan telah dipenuhi orang ramai di sepanjang kiri kanan jalan masuk ke kawasan masjid berkenaan. Banyak ilmu yang bermanfaat telah disampaikan oleh Ustaz Azhar. Beliau banyak menyentuh soal kematian terutamanya persediaan dalam menguruskan jenazah. Kuliah beliau yang diselang seli dengan unsur humor (lawak) itu telah berjaya menambat hati orang ramai. Mereka tidak kering gusi tertawa dengan jenaka santai yang disampaikan oleh Ustaz Azhar. Disamping berjenaka beliau juga sempat memberikan nasihat yang berguna kepada semua. Kuliah berakhir sekitar jam 9.30 malam sebelum sesi soal jawab dan solat Isyak yang diimamkan oleh beliau. CMK sempat meronda dan meninjau-ninjau ke gerai-gerai jualan yang berada di situ. Inilah kali pertama CMK lihat begitu ramai manusia hadir ke kuliah Ustaz Azhar di masjid berkenaan. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau hadir menyampaikan kuliah di masjid itu. Paling membanggakan CMK juga sempat bergambar dengan beliau ketika terserempak di sebuah restoran selepas program itu. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus. Sesungguh beliau adalah pendakwah yang cukup popular pada masa ini.
Pertemuan singkat dengan Ustaz Azhar Idrus malam itu, walau pun buat seketika namun ia cukup bermakna untuk CMK meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara tercinta. Sesungguhnya, CMK turut terharu apabila Ustaz Azhar sendiri mengakui sudah lama ikuti tulisan CMK, cuma tidak kenal orangnya. Maka kami bersalaman dan berbual mesra berbincang sesuatu yang penting untuk kesinambungan perjuangan orang terdahulu. Semoga semua ini akan memantapkan lagi api perjuangan.

0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan