Ramai yang terkejut bila dalam laman facebook, CMK ada mendedahkan tentang beberapa kerat individu dalam "parti pembangkang" yang mempunyai projek secara langsung dengan Lynas Corporation, iaitu syarikat yang ditentang habis-habisan kononnya akan menghasilkan "sisa radioaktif" akibat bahan buangan hasil pemerosesan "rare aerth" di kilang mereka dekat Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Pendedahan CMK itu mendapat komentar panas daripada semua pihak, malah ada yang mahu CMK dedahkan terus siapakah individu yang terlibat?. Di fahamkan, individu terbabit bukan sahaja mendapat projek dalam syarikat Australia itu malah ada diantara mereka turut membiarkan ahli keluarga dan saudara mara bekerja di situ. Mereka ternyata khianat kepada perjuangan rakyat yang mahu kilang itu dinyahkan dari bumi Pahang ini. Di depan mereka menyokong berapi-rapi kempen bantahan Lynas. Tetapi dibelakang mereka "main projek" dan makan besar hasil keuntungan yang diperolehi. Apakah begini caranya mereka berjuang?. CMK kesian melihat pemimpin seperti YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) serta lain-lainnya. Mereka bermati-matian membantah projek tersebut, tetapi ada pula pihak yang "makan hasil" daripada perjuangan itu. Anehnya, mereka menyokong agar Kerajaan Negeri Pahang batalkan projek Lynas. Jangan jadi munafik dalam perjuangan. Atas apa jua alasan sekali pun, tolong jujur dan adil kepada mereka yang berjuang. Jangan depan berjuang belakang makan untung besar. CMK akan dedah dan bongkar isu ini dalam masa terdekat. CMK harap mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan projek Lynas akan mengundur diri dengan segera atau akan dimalukan bila pendedahan dibuat. Jika UMNO yang buat pendedahan mungkin kita akan kata mereka sengaja mahu jadikan isu politik. Tetapi jika CMK dedahkan, jangan pula tuduh CMK dibeli atau sebagainya. Ini tanggungjawab sosial yang perlu CMK lakukan tanpa prejudis. Mana yang benar CMK sokong, mana yang tidak betul CMK perlu tegur. CMK bagi tempoh sebulan supaya mereka yang terlibat buat tindakan termasuk tarik diri dari terlibat dengan projek Lynas.
Tolong bongkarkan. Kita mesti boikot mereka dan bagi tekanan.
JinHou
CMK, jangan bagi sehari pun , terus bongkarkan kami nak tahu dengan segera. Jangan jangan CMK ini sengaja nak hot hot kan CMK wed site sahaja. kalau berani buat segera . itu lah jantan.
bongkar je la..orang yang bekerja dan dapat projek kat lynas tu bukannya bodoh..Sebab tu kite kena mengaji sampai habis dalam sesuatu perkara..kalau bab radioaktif kene belajar sampai habis..bg bukti scientific yang boleh figth dengan Lynas..kilang Tioxide di kemaman waste pun tanam kat tanah dah 20thn pun jalan..takde ape isu pun..