Bantahan terhadap kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan kini semakin memuncak sebenarnya. Apa yang disaksikan ketika Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora pada 9 Oktober 2011 yang lalu, jelas sekali menunjukkan bahawa rakyat berbagai bangsa dan agama terus bangkit dengan berani untuk menyatakan bantahan mereka. Apa yang menarik pada himpunan itu, pemimpin kerajaan dan juga wakil dari Ahli Parlimen Australia, Mr.Robin Chapple (foto) turut hadir menyatakan sokongan. Mereka sanggup bersama rakyat untuk menyatakan bantahan ini. Bagi CMK rakyat ada hak untuk menentang Lynas dan rakyat juga ada hak untuk menyokongnya. Mereka yang menyokong boleh aturkan majlis dan aktiviti masing-masing. Manakala mereka yang membantah bolehlah menyatakan bantahan menerusi salura demokrasi yang ada. Namun, masalahnya ketika himpunan terbabit pihak berkenaan bukan sahaja dipantau oleh pihak polis malah ada juga beberapa kerat pemimpin UMNO BN dan NGO Perkasa yang hadir untuk mengganggu himpunan aman berkenaan. Tidak cukup dengan itu, pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tiba-tiba membatalkan permit yang sudah diluluskan. Mereka juga membawa masuk acara lain ke kawasan itu bagi tujuan mengganggu. Dipunggahnya pelatih PLKN dan dipasangnya sound ssitem yang besar dengan persembahan hiburan yang melampau untuk tujuan tersebut. Apakah wajar tindankan ini dilakukan?. Bukankah hak rakyat untuk nyatakan bantahan itu sudah terkandung dalam perlembagaan dan amalan negara demokrasi. Kenapa perlu diganggu dan sengaja ditakut-takutkan?. Mereka yang menyokong Lynas sepatutnya mengadakan majlis seperti itu di tempat lain. Kumpul seberapa ramai rakyat untuk hadir bagi membuktikan mereka mendapat sokongan. Tidakan mahu wujudkan kekacauan dan pergaduhan adalah sesuatu yang tidak relevan di alaf baru ini. Apakah ini cara orang Malaysai bertindak?. CMK berada pada majlis itu hingga ke akhirnya. Mujurlah tidak ada kejadian tidak dingini berlaku biarpun tanda-tanda ke arah itu sudah nampak. Rakyat Kuantan berhak untuk menyatakan bantahan mereka tentang isu ini, kenapa perlu wujud unsur provokasi oleh pihak tertentu.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan