SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

CMK Hadir Ke Majlis Penerangan Parti KITA. Oleh Datuk Zaid Ibrahim Di Jerantut Hill Resort (6 Okt)

CMK sempat hadir ke Majlis Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Jerantut Hill Resort pada 6 Oktober 2011 (Rabu) yang lalu. Kehadiran CMK adalah atas jemputan Ketua KITA Cawangan Pahang, Saudara Md Nor Jaafar yang merupakan bekas Ketua Cabang PKR Jerantut satu ketika dulu. Program yang diadakan secara santai itu, banyak membuka CMK tentang apakah matlamat sebenarnya kewujudan parti KITA. Ketua Parti, Datuk Zaid Ibrahim yang turut hadir banyak membuka minda dan menerangkan berbagai perkara yang sememangnya berlaku dalam politik di negara kita. Beliau juga banyak menjelaskan tentang hala tuju parti itu yang bertujuan untuk menjadi pemerhati dan penegur yang baik kepada kerajaan dalam apa juga situasi sekali pun. Memang benar bagai dikata, politik di Malaysia hari ini memang sudah melampau. Politik assobiyah dan balas dendam sudah menjadi amalan dalam kehidupan kita. Politik seperti ini sudah tidak relevan lagi buat rakyat Malaysia sebenarnya. Memang kita tahu, di Malaysia politik tuduh menuduh, fitnah menfitnah telah menjadi asam garam sebenarnya. UMNO BN menuduh pembangkang tidak betul sebaliknya mereka sendiri juga tidak betul. Begitu juga pembangkang yang menuduh UMNO BN tidak betul, tetapi apabila kuasa ada pada mereka maka apa yang tidak betul itu dilakukan. Contohnya, ketika BN memerintah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sekarang maka mereka menyekat peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada wakil rakyat yang terbabit. Anehnya, bila pembangkang pula menguasai negeri itu maka tindakan yang sama dilakukan pula terhadap wakil rakyat UMNO BN itu tadi. Akhirnya rakyat yang susah dan menanggung derita. Politik cara begini amatlah tidak wajar.


Datuk Zaid Ibrahim dan Md Nor Jaafar, Ketua KITA Cawangan Pahang

CMK sempat bergambar dengan Datuk Zadi dan kepimpinan KITA Pahang
Datuk Zaid juga banyak mendedahkan kenapa beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya, dia berhasrat dan merasakan PKR sebuah parti yang ingin membawa perubahan buat rakyat. Di luarnya kelihatan baik dan elok, tapi bila berada didalam PKR dilihat lebih teruk dari apa yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO BN. Pemilihan yang diadakan dalam PKR hanyalah gimik semata-mata, sebaliknya pucuk pimpinan parti itu sudah ada calon-calon tertentu yang mahu diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti. Akhirnya berlakulah penipuan dan penyelewengan yang kekal sehingga ke hari ini. Bagi CMK mmalan tipu undi, pengundi hantu dan segala macam yang dituduh kepada SPR yang akhirnya terpalit kepada PKR tidak sewajarnya berlaku. PKR sebenarnya tidak relevan untuk menjadi tulang belakang pembangkang di negara ini. Bayangkan jika satu hari nanti pembangkang pula menjadi kerajaan, maka amalan yang sama seperti hari ini pasti akan dilakukan. Malah, mungkin lebih teruk dari itu sebenarnya. Politik hari ini perlu bebas dari sebarang tekanan dan jujur. Ramai pemimpin dan ahli parti yang tidak jujur kepada perjuangan walau pun diluar ia nampak begitu. Mereka taksub dan menyokong segala yang dilakukan oleh pucuk pimpinan walau pun atas perkara yang salah dari segi moral dan prinsip asasnya. Mereka takut untuk menegur keran gusar dituduh sebagai pengkhianat. Lantaran itu mereka akan terus berada dalam parti, biar pun mereka sendiri tahu parti itu sudah dirosakkan dari dalam. Alasannya, mungkin satu hari nanti parti akan berubah. Sokongan membuta tuli ini tidak wajar berlaku kerana ia jelas menipu rakyat. Semua pihak perlu jujur dalam perjuangan dan berani untuk membuat perubahan.



Dalam berpolitik mana yang baik kita perlu sokong, mana yang tidak betul kita perlu tentang. Inilah asas kehidupan kita sebagai manusia atas mukabumi ini. Masakan semuanya betul apabila ia terjadi kepada parti kita, tetapi kepada orang lain semuanya tidak betul. Sikap sebegini perlulah dihapuskan. CMK tahu ramai sahabat-sahabat dalam parti yang memang sudah benci dengan sikap sesetengah pemimpin tertentu, namun dek kerana mahu mencari peluang mereka masih terus menyokong dan cuba menutup kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Sikap ini amat tidak baik kepada rakyat. Mereka harus sedar bahawa jika kebathilan itu terus dibiarkan maka satu hari nanti parti akan terus rosak. Apakah mereka rela orang yang tidak bertanggungjawab terus memimpin parti yang kononnya mewakili rakyat. Perubahan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas, bukan sekadar retorik semata-mata. Apapun, CMK ucapkan syabas dan tahniah kepada KITA yang sebenarnya lebih jujur dalam membuat perubahan politik di dalam negara kita ini.

1 Komen Artikel Ini:

  • Faizal R says:
    Jul 18, 2013, 2:39:00 PM

    Kenapa KITA tak bertanding PRU 13 ni? KITA pun bubar..